Wednesday, November 28, 2012

Twisted Puff

Dah larut malam sgt tapi mata tak mau lelap.....

Makcik bagi teaser....

Guna henfon tak boleh tulih banyak, keyboard cinonet jari gedebak






Makcik buat utk dinner tadi....

Good nite


Saturday, November 24, 2012

Durian Crepes - The Traffic Stopper.......

Ombak Durian Crepes melanda sekarang.....mengalahkan ombak rindu.....

Lebih sebulan lalu, makcik adalah ber'viber' ngan mamafami & she asked if like durian crepe...and dia kata durian flesh+ whipped cream.
Mak aih, lemak bercreamnyaaaa......

Then dalam chatgroupkawanskolah makcik pulak timbulkan pasal ni....

Rasa hati nak cuba...and masa melawat rumah Paty, memang nampak banyak resepi2 menarik yg makcik dah bookmarked...and this is one of them.


STOP if you like durian

LOOK if you are curious

GO if you don't fancy durian

Durian Crepes/Pancake/Parcel

sumber: Paty's kitchen


 

A:

80 g flour
20 g corn flour
20 g glutinous flour
30 g melted butter
40 g sugar (i only use 30 g)
300 g evaporated milk
2 eggs
1/2 tsp salt

B:
Durian flesh

C:
Whipped cream

Mix A until well combined.


I mix all in a blender


Heat pan, grease with oil or butter. Pour enough batter into pan and do like you would the 'kuih ketayap'.

Put filling when pancake is cool

Spread a little whipped cream at center of pancake.
Spoon durian flesh on the whipped cream
Spread another layer of cream if you like.
Fold nicely.

Pls go to paty's blog for a detailed 'how-to'





Note: If you fold into square parcel, jadilah dia crepes
          If you gulung lepas letak inti, jadilah dia 'ketayap durian'...pilihan di tangan anda.


Makcik perasan yang pancake tu tak boleh tebal, nanti susah nak lipat, juga tak boleh kecik sangat.
Masa buat tu makcik buat kecik je pancake dia, ingat nak bagi comel lah konon...sekali tangan yang melipat ni adala gedebak, susah nak lipat...Tu yang crepes makcik taklah sama lipatannya...
dah lepas buat yang kecik hampir separuh, baru perasan & buat yg besar sikit



Apa apa pun I prefer durian on its own.......fuhhhhh dok tunggu pakcik balik dari outstation niiii...dia kata beli durian (lagi!!!!) kat makcik....ohhh bahagiaaaa





Lihatlah dgn tak malunya, makcik ni santap durian tepi jalan....aduhhh















Thursday, November 22, 2012

Nasi Daging



"mem, i nak masak macam you buat hari tu...cari dalam blog tak ada resepi..." that's my schoolmate Jun texting about nasi daging yang makcik pernah buat masa dia orang datang gather gather kat rumah few years back.


Kerap juga buat tapi entah pasai apa, tiap kali masak, tak sempat nak ambik gambar dalam keadaan 'bersedia' ;lawa2.

Yang dapat selalunya yang dah dalam pinggan....tidak terkecuali, kali ni jugak.



Juadah simple and sedap. No fuss.






Nasi Daging:

1 kg daging di rebus bersama 1 sudu besar cuka serta sedikit gula batu ( kalau x ada gula batu,  gula biasa.pun ok, nak rebus gitu saja pun boleh, asal daging empuk).

1 kg beras basmathi, basuh dan toskan (1kg beras anggaran 3 tin evaporated milk)  **

4 1/2 tin air rebusan daging (kalau tak cukup tambah air biasa)

4  sudu besar rempah sup *
2 sudu besar rempah kurma *
2 sudu kecil garam masala *

6 ulas bawang putih; hiris halus
2 bawang besar;  hiris nipis
1 " halia; mayang halus
3 kayu manis
3 bunga lawang

Sedikit daun sup/daun bawang potong agak2 1 "

Sedikit minyak untuk menumis ( boleh tambah sedikit minyak.sapi)

- Panaskan minyak & masukkan kayu manis & bunga lawang. Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar, halia & kacau hingga lembut & naik bau.

- Masukkan rempah (*), kacau sekejap dan masukkan air daging, cukupkan rasa garamnya.

- Bila dah mendidih, masukkan beras serta daun sup/bawang.

- Masak macam masak nasi biasa.

- Hidang bersama kerabu timun & hirisan daging cicah air asam

Note:

- (**)  ikut sukatan sendiri, kalau guna, cawan utk sukat beras, guna cawan yang sama utk sukat air)
- Guna beras biasa pun boleh
- Boleh juga makan dengan dalca atau lauk lauk lain kalau suka.
- Makcik masak dalam rice cooker; letak beras dlm rice cooker. Tumis bahan2 dalam periuk lain, bila mendidih, tuangkan dalam rice cooker dan tekan 'cook' seperti biasa.

Air Asam:

Sambal belacan
2 biji tomato - hiris
2 bawang besar- potong dua & hiris nipis
sedikit, tomato sauce

Gaul semua bahan & cukupkan rasanya-tambahkan sikit air asam jika perlu.



Kerabu timun:

2 biji timun, buang kulit, 'cakar dgn garpu', hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris nipis
Sedikit hirisan cili merah & hijau sekadar nak bagi warna.

Gaulkan bahan atas dengan gula, garam serta sedikit cuka - sesedap rasa.

























Sunday, November 18, 2012

Dancing in the rain 4......

Romancing the sun..............

Lepas Gunung Lang boat ride.......on the road semula..................

Then we realized we mengantuk weii.............cuaca pun panas.......

Masuk drive thru along the way...makan dlm keta sambil mata melilau cari sarang..........

Mulanya try satu resort kat Teluk Batik, tapi ramainya orang di sekeliling tempat tu....pening kepala....

Finally by noon, kita dapat juga ...........

Apa lagi...bum lah kejap.........

4pm kita keluar, mana boleh waste time kan.....

To marina island, pusing pusing...banyak tempat masih dalam pembinaan walau jetty baru ke Pangkor sudah berfungsi....

Marina Island adalah lokasi baru, menempatkan jetty ke Pulau Pangkor, ada kawasan parking yang besar.


Pakcik nak tembak sunset, tapi matahari pun cam malu malu.............

Kami ke pantai melalui kampung nelayan bersebelahan dengan jambatan ke Marina Island tu.

Makcik perhatikan, kebanyakkan remaja kat situ mempunyai aktiviti tersendiri; membantu di warung/restoran berdekatan, menjual buah,  membaiki jala atau membetulkan apa-apa 'structures' berkaitan di situ.............betapa beruntungnya anak anak kita yang waktu senggang mereka dihabiskan dengan main game atau hang-out kat kofibin kan. Insaf!


Tak ada gambar nak ditunjuk sebab tak ada subjek interesting.............kita orang balik sarang lah....on the way tu singgah makan siap siap, walau tak cerewet bab makan tapi yang ni ......hmmmmm.

Nota: Hotel ni walau pun rasanya tak ada bintang as compared to our previous hotel, tapi ada astro & free wi-fi, jadinya makcik pakcik pun layan astro & internet lah

Esoknya lepas check out sekali lagi perjalanan ikut tayar kereta yang berpusing...............

Kami singgah lumut...kawasan jetty lama ke Pangkor...pun ramai orang di situ.

To compensate an empty day, kami ke 'muzium kapal', sorry dah lupa apa nama dia......

Ia adalah kapal perang suatu ketika dulu..KD Rahmat. Dengan bayaran RM12 seorang, kita dapat naik ke kapal tu. Dapatlah kita bayangkan keadaan kehidupan kelasi masa bertugas....bilik enjin, bilik mesyuarat, bilik tidur, bilik mandi, bilik sakit (sick bay), bilik meriam  etc....

Laluan tengah agak agak muat orang size 'medium' berselisih, kiri kanannya menempatkan berbagai bilik seperti di atas.........

Ohhh, boleh bayang, kalu belayar selama 6 bulan....bilik kecil, keluar bilik  tengok laut terbentang.....makcik rasa, mereka mereka ini dah di'saiko' kan longggg before they really go sailing...kalau tidak, mau ramai orang histeria kat atas kapal tu.



Pengalaman baru...an eye-opener....kita rasa kerja kita teruk....orang lain pun tiada bezanya....


Pelantar ke muzium 'warship'






Aye aye Sir




Makcik pasti adik adik yang 'adventurous' akan sukakan tempat ni....


Jumpa juga Teluk Senangin di dalam 'peta perjalanan kami'......satu tempat perkelahan, ramai orang memancing hari tu...ada pertandingan kot......

Kita lunch dekat salah satu gerai,  bertemankan lalat yang amatlah banyak...:(


Sambil drive kita dengar berita radio mangatakan jalan2 ke Teluk Intan, Selangor,Melaka..........mula di naiki air......

Hajat nak turun sampai Melaka tak kesampaian.........


Kita singgah Taiping.....................

 


Sempat lah berlakun satu babak filem hindustan ....







The many 'actions' of pakcik, sepanjang 3 hari tu




http://youtu.be/UCO0GKautOo







Shiling pun dah habis   :))) ....jadi kita pun menghala ke alam nyata.................

Home Sweet Home..............

Penang??? Owhhh Summer lah





Thursday, November 15, 2012

Dancing in the rain 3.....

Lepas Gunung Lang, kita ronda cari sarang pulak..............

Kita dua orang ni bukanlah sangat kaki 'jalan jalan cari makan', jadi tak adalah sangat nak travel the extra mile for a particular food....

Kita jumpa sarang sesuai kat Ipoh.........

Lepas magrib kita ke shopping mall berdekatan dengan hasrat jamu mata jamu tekak.

Cari foodcourt kat dalam tu tak jumpa lah pulak....tak sungguh sungguh cari sebenarnya, sebab makcik & pakcik ni jenis......."kita jalannnn, bila lapaq, jumpak kedai kita singgah noooo..."

Lepas menikmati piza Papa John, its time to head back to sarang......

Opppsssss, lupa musim hujan, keluar saja mall, we were greeted with heavy downfall...

Masuklah semula cari payung ....dapatlah (teerpaksa) dari wat-sen...



Tak romantik la pakcik ni.............



Ada ka beli 2 payung........
berkenankan gambar tu sebenarnya...







ZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..............



Lepas breakfast kami check out and terus tuju ke Gunung Lang semula..

Sampai sana about 8.30am. Masa kemarin tu dia orang cakap buka 8.30, bila sampai...kata 9.00 pulak..

Tak apalah..............makcik cari tempat labuh punggung, pakcik gi ronda sekeliling tempat tu.....

Kemarin tu we noticed gunung waterfall tu is a 'stand-alone' structure, meaning sekeliling gunung tu adalah air tasik......so kita fikir maybe air terjun tu adalah di-pump.....

Memang betul pun telahan kami....

Masa sampai tu, tak ada air terjun dari gunung.........

Air terjun je cuti, boat jalan...




Terjunan air hanya pada hujung minggu & public holiday
(this was on sunday)



Hari lain air terjun cuti....
(masa ni hari senin--->monday)



A 3 minute @RM3/ea boat ride took us to the other part (not accessible by foot) that houses a mini park-kampung-zoo like area.

Berdindingkan gunung, udara yang sedikit sejuk, it was nice to be there, well maintained.

Pakcik pun oooo-aaaaaa ooooo-aaaa kat situ, katanya best (ada subjek la tu...)


@ jetty




Beberapa batang pokok macam ni....



 Close-up...abt 1.5 ft long




Pakcik kata ada something exciting (utk tembak la) 
kat pokok pisang tuuuu, makcik tak nampak punnnnn




Pakcik punya shot...from clock tower




Pokok pisang 'subjek' pakcik



Kitaran hidup setandan pisang....
pls don't ask how the pokok come about..i have no ideaa











Dulu kalau orang kata pokok duit..haa ni lah dia...



Contoh rumah kampung


Beberapa ekor yang ni & 2 ekor ostrich were all i saw 
kat 'mini zoo' selain (of course la) burung2 yg berterbangan


Lama tak tengok bunga kebangsaan....




Kesiannnnnnn, 
jenuh pakcik "tonyoh" muka model ni nak kasi licin





Okaylah....shiling pun tinggai setengah tin, ada lagi satu episode ya....





Salam Maal Hijrah 1434











 

Tuesday, November 13, 2012

Dancing in the rain 2

Lepas dah bawak shiling tu kan, kami pun pergi la ke Straits Quay.....saja nak cari ilham tentang hala tuju......






Ingat nak sewa bot Mat Salleh ni (sila lihat tepi boat)...tapi depa tak terima pulak deposit guna duit shiling.....ishhhh....

jadi kami pun kata; okay lah we travel by land......


Tak sempat jalan lagi dah beli so-ber-near


Tak dapat boat, naik feri pun jadi lah no.......ada orang tak pernah tengok feri?

Feri, ikhsan google


Lepas tu bermula lah journey kami. Masa dalam feri pun masih lagi dok bincang nak pergi mana...

Perjalanan tu biasa saja, yang excitednya ialah kami tidak ada tujuan dan tidak juga book hotel.

Separuh jalan......

 Hujan!!

Dan, satu incident yang buat makcik amat amat amat tersentuh......

Kita sangkut dalam jam atas highway........there was a fatal-accident. Makcik ternampak lelaki ni terbaring atas jalan...bleeding......hujan.....motornya lebih kurang 50 meters away.........sedihnya......
Ya Allah, tempatkan lah saudara itu bersama-sama orang yang Kau ampuni......


Singgah Kuala Kangsar and pakcik tersangat lah happy sebab dia jumpa 'subjek'

ini bukan hasil bidikan pakcik, 
tapi makcik rakam saat happy dia tu



Dah petang barulah ingat tempat nak tidur...........




Tapi masih sempat melencong sekejap, ke Gunung Lang. Kami bercadang datang semula keesokannya....nak sewa boat.

Yang paling best untuk hari tu.....


Beli sebijik durian, makan kat tepi jalan...rasanya sangat lah sedap....nak letak gambar makcik.....buruk bebenor ghupernye...pakcik hensem sikit




Kita sambung esok lah ye.............selamat malam







Sunday, November 11, 2012

Dancing in the rain 1....

Kami nak pi jalan jalan......

Ala ala backpacking......

Tapi bawak bag la....

Backpack tak dak.......

Bawak shiling satu tin.......

Ok dak













McK

Friday, November 9, 2012

Chicken Pot Pie

Salam Jumaat.

Hari ni last day of school. Those who have school going children, haruslah dok pikir apa nak buat cuti skolah ni kan. Lama oooo cuti......

Hari ni kita share my few days ago punya food.......

I like yang senang nak prepare sebenarnya...malas nak 'songeh songeh' pun ya.....
 Selalu, kalau first time cuba resepi, i will follow as per instruction. Lepas tu will adjust ikut selera di rumah and kependekan masa orang yang membuat.

Chicken Pot Pie.
source: makcik







1 mangkuk mince chicken atau cubed chicken fillet
1 mangkuk cubed bawang besar
1 mangkuk mixed vege
2 tin mushroom soup (i used campbell)
Lada hitam, garam secukup rasa.
Butter.
Short crust pastry (i used brand Kawan)










- Cairkan butter dalam kuali dan goreng bawang besar, biar layu
- Masukkan chicken chunks, kacau
- Masukkan Mixed vege and kacau rata.
- Tuangkan mushroom soup, tambahkan air.
- Kacau rata, biar mendidih sekejap.
- Perlahankan api dan biar mendidih.
 -Tambahkan air lagi jika perlu; bergantung pada berapa lembut & pekat you want you mixture to be.
- Tambah lada (makcik tak letak garam dah) ikut rasa.

Letakkan mixture di atas ke dalam mangkuk yang sesuai.
Tutup dengan pastry.
Sapu dengan telur (eggwash)
Bake @ 180* C, 30 minit atau hingga masak (bergantung pada oven)

Kalau nak buat cara asal;

Boil whole chicken sampai lembut, carik2kan isinya, continue rebus tulang ayam to get stock.
Cendawan butang, hiris nipis
White sauce (tepung + melted butter & air)
Buat macam di atas, cumanya masukkan stock ayam, cendawan, rebus sampai semua bahan lembut (bukan hancur).
Masukkan white sauce Untuk dapatkan kepekatan yang diingini.

Note: Inti chicken pie pun makcik buat macam ni jugak, cumanya bagi kering sikit dan lapik pastry di bekas sebelum letak inti

- maaf kalau resepi 'looked' too simple, makcik mmg macam ni...kecualilah buat cookies/cakes/kuih melayu or things yang kalau silap sukatan....hancur. otherwise, ambillah resepi sebagai reference dan olahlah ikut kita...tak lah stress sangat bila bahan tak cukup.



Selamat berhujung minggu

McK



Wednesday, November 7, 2012

A Time worth spending....

A night to remember.....

Salam  Rabu dari Pearl Island. not wordless wednesday...i want to celoteh here....

Cuaca ? Cantik aaa. Matahari tak nampak lagi, langit nampak sikit kelabu......hehe ini pejabat kajicuaca ka apa....

Good day to my two sons, good day pakcik who's also away....

Good day to all my fellow 'colleague-d-maya'

Hari ni tak mau letak resepi lah, kita cerita lain lah no.....

Makcik pasti ramai kita yang pernah tengok concert, tak kira la concert apa pun, rock ka, K-pop ka, jazz ka...... anak anak tadika buat year end graduation pun kira concert la kan.

Makcik pun berpeluang hadiri concert buat pertama kali nya baru baru ni....

23 Oct:

Son1 beli tiket for 2;  Tiba harinya, bapak dia pulak dah ada hal yang tak dapat nak tepis...jadinya mak dia ni ajak lah kawan dia (kawan mak dia la...saja nak buat komplikated).







Tapi susah hati jugak...."dia minat ka? dia boring ka? dia terpaksa nak ikut ka?..." despite all these 'ka' in mind, kami pergi lah jugak meredah hujan lebat di area rumah makcik and traffic jam di area along the coastal road hingga ke tempat tuju.

Sampai pun dah terlewat and we missed performance my son1 punya friend, Ray.

Sorry Ray, maybe next time i will.

This Solo concert by Guitarist, Tommy Emmanuel.

Sebelum masuk, I was thinking whether i can sit listening to this guy playing JUST guitar for 2 hours!

Wow...dok bayang la mata berayaq, mulut dok menguap, bayang2 bantal pun sipi sipi menjelma.....

I was wrong! It was actually a night to remember.

Tak jemu...

Dengan hanya guitar (atas stage tu dia ada 4 bijik Acoustic Guitar), dia boleh create an orchestra.

Sambil main tu, ada lah dia selit2 cerita/sembang2....

to be good you have to practice practice practice but DO NOT practice in front of your family/friends, only play to them when you have practice enough...& that is music"

Makcik perhati (dah jakun tak pernah masuk concert kannn), he played with his heart. Sebabnya his body responded to every chord he made.

Mimik muka tu yang mahai...sat macam orang makan ciskek, sat macam orang makan mempelam masam cicah kuak rojak mak bee, sat sat macam orang nak kent** pun ada.......

Silalah jangan gelak wahai adik2, biasalah kan, telinga dengaq muzik, mata tengok body language


Makcik pun terfikir........"ish kalu aku ni main gitar...., mesti lah tak dak nak frozen shoulder, sakit lutut, kebaih jari, kejang tengkok dsbg......" basically every part of his body moved.

Hmmm, dahla tu makcik oiiii, jangan jadi mat jenin (minah jenun?) ada dua hobi yang major pun dah tak terbuat......jangan dok mimpi lah nak main gitar pulak.

Note: kemas rumah tu bukan hobi okay :)

Anyway, back to story. It was a good night. 2 jam tak terasa......

Rupa2nya, son1 pun sebenarnya dok perhati (checking on)  kawan makcik juga....takut she's not enjoying......ternyata makcik silap..


Hahahaha, dalam samar samar tu nampak kepala kawan makcik ni (dah la pakai tudung kaler putih) dok terhinggut hinggut you!! oooo okay, she's enjoying.

Nasib baik lah kawan ni pun memang minat muzik (makcik tak tau sebenarnya)

Thank you Son1 for giving me this experience and thanks dolly for the company.






I like this song....masa kat penang dia tambah 'element' lagi to create the drum- woooshhh lagi best dari yang ni...


Hmmmm, by the time nak publish ni, matahari dah menyilau.....(tadi stop sat pi breakfast, pi maket, pi hantaq kawan pi airport...)

Have a good day.

McK





Tuesday, November 6, 2012

Jom Masak Lagi - Savoury Bread & Butter Pudding

....From the newspaper, this recipe was given by my friend Hanim...

"Bila you buat, panggil lah I makan...."

That's what i did yesterday.............

And seperti selalu jugak, makcik ni kekadang derhaka juga dgn resepi ni...ikut apa yang ada kat rumah & perasan diva agak agak serupa MasterChef gitu....

Senang cakap, apa yang kita masak, kita olah is a new resepi kan?

Tak ada rules kata nak buat A mesti letak bahan bahan a, b, c, d......


Okay sebelum letak resepi....rasanya makcik dah kelirukan you all dengan resepi kat sini http://makcikkantin.blogspot.com/2012/11/ayam-duduk.html  tu kan.

Sorrylah if you all confused:

- Masa perap ayam tu, letak garam juga.

- Coke tu adalah tin yang berisi coke, buka tudung dia (lift tab), with coke still in can, position the chicken such that it sits on can & the open can is inside chicken's body.

- Coke inside can will evaporate during baking process, thus allowing chicken to stay moist throughout.

- it will not explode as the can is opened - DO NOT PLACE UNOPENed tin, cari nahas weiii

- Nak perap dengan apa pun boleh...ikut suka, nak buat ayam percik duduk pun boleh juga.....


Okay back to today's agenda (cheeehhhh, che gu speaking....)

Savoury Bread & Butter Puddding

source: NST 6th feb 2012.




The recipe:

6 slices bread, cubed
2 cups spinach; chopped & slightly sauteed in butter & garlic
1 cup button mushroom, quartered
1 cup vegetarian meat, cubed
2 tomatoes, quartered
1 cup grated cheese
6 eggs
1 cup milk
1 cup yoghurt/cream/milk
Salt and pepper
1 tsp paprika/cili flakes
Knob of butter

Preheat oven @ 180'C
Grease baking dish with butter
Spread bread in the dish
Fill dish with spinach, mushroom, vege meat and tomatoes
Beat eggs, milk, yoghurt, cheese, paprika, salt and pepper.
Pour over bread and vege
Bake for 30-35 minutes or until custard sets
Sprinkle some more cheese and serve warm.


Bread Sauce

1 large onion
3 cloves
3 cups milk
4-5 slices of bread, crusts removed & crumbed
1 bay leaf
Pinch of nutmeg
Salt & pepper
Knob of butter

Peel onion and stud with cloves. Place onion and milk in saucepan and heat to just below boiling point.
Add crumbs, bay leaf and nutmeg and stir till sauce thickens
Add butter and season to taste.





i atas ni adalah resepi asal dari paper ye...bawah ni resepi derhaka...
Dah derhaka, tak payah tulis la in so detail kan....

Resepi derhaka:

1. Roti,cubed & letak dalam bekas
2. Dalam bekas lain mix 1 can Campbell mushroom soup, milk, eggs(6), sedikit pepper and cayenne
    pepper.
3. Saute (guna butter) capcicum 3 colours-diced, tomatoes-diced, spinach- chopped. Tak payah lama, sekadar melembutkan saja.

    Masukkan 3 dan 2 ke dalam 1, kacau sebati.
    Sendukkan ke dalam bekas of your choice.
    Tabur cheese and cili flakes...and lada hitam jika suka.
    Bakar as required.
 



Frankly, i don't fancy the sauce as i don't quite like the 'clove' taste but no harm trying kan


Satu dua tiga empat
Rasa rajin, cuba la cepat



McK






















Sunday, November 4, 2012

Ayam Duduk.....

Makcik mula tengok kat blogresepi lama dulu. Resepi tak terlekat tapi gambaran ayam tu terpahat di kepala.
Ijan pun sejak balik m'sia ni dah tak update blog dia...sibuk kut.

Bila nak cari resepi semula  lambatlah pulak.

Jadi dah teringin, makcik guna resepi sendirilah......


Ayam Duduk
(Roast Chicken la sebenarnya)
-makcik-

Cuci bersih, toskan;
1 medium chicken (makcik suka yg kurus, banyak tulang)


Blend semua bahan ni;
4 batang serai
10 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
6 biji cili padi (tambah sendiri ikut pedas)
1 teasp serbuk kunyit
2 tabsp tepung jagung


Campukan pada bahan yang di blend
1 teasp serbuk lada hitam
1/4 cup minyak masak (agak2)
Garam
Gula/Honey (jika suka, makcik tak letak)



Marinate ayam dengan bahan di atas, cucuk sikit bahagian ayam yang tebal supaya perapan masuk ke dalam.
Perap sejam - makcik perap semalaman.

1 tin coke (yang berisi air coke)

Oven: 180'C
Masa : 1 jam (ikut size ayam & oven)

Gunakan bekas yang dalam sikit, takut2 ayam tu terlentang nanti.....makcik guna my dutch-oven yg di lapik aluminium foil (tak nak susah gosok periuk tu nanti)

Buka tudung tin coke


buka cam ni saja


Letak tin coke ke dalam ayam yang berlubang tu, dudukkan elok2 dalam bekas.


Letak elok2....macam ni..


Bakar lebih kurang sejam. Lepas 30 minit pertama, check ayam tu...kalau bahagian atas tu dah agak hitam sikit, tutup dengan foil





Tutup bahagian atas....

Continue baking sampai ayam tu masak....



Siap!



Side view




Qurbani laaa....cicah ayaq asam







McK