Kena tag lah.....
Lama betul rasanya makcik tak melalak kat rumah ni....sibuk sikitlah (alah macam dia sorang yg sibuk ye...).
tapi yes, i was quite busy (sorry kena cakap omputeh sbb ada kawan2 makcik yg tak paham BM) of late with;
1. sewing project-to meet delivery dateline & my own use
2. Follow pakcik here & there
3. catering
4. risik risik (update this some other time)
But for today, makcik will answer this assignment given by the boss;
Sambil baca tu, jemputlah makan cucoq bawang & neskepe ni...
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda?
Benda?? konfius...udara lah kot. tak de ni tak boleh napas weiii
2. Benda terakhir yang anda beli menggunakan duit sendiri.
Roti benggali dari mamak yg dok 'ting-tong-ting-tong' setiap petang kat area rumah.
3. Di manakah tempat anda ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?
Boleh kawen satu lagi ke?? sat nak suruh pakcik sain borang izin dulu, pastu makcik jawab
4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Yessssss, very much in love. Bomba semboq ayaq pon tak padam tauuuu. :-)
5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
Sampai hujung nyawa
6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?
Long lost by David Morell (dah lamaaaa sgt dah)
7. Di manakah anda selalu berjumpa dengan kekasih anda?
Dlm Mimpi....
8. Apakah nama penuh anda?
Khadijah binti Puteh bin Md Zin bin Md Saman (ic# nak?)
9. Antara mak dan ayah, mana yang anda lebih mesra?
Mesra alam.....makcik dah yatim piatu..
10. Namakan orang yang betul² anda jumpa dalam hidup anda?
Confuse - dah jumpa teman hidup
11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Mesin yg basuhkan
12. Di manakah tempat yang betul² anda mahu pergi?
France-London-Syurga?
13. Pilih satu- peluk atau cium?
Eh eh sebelum cium kan kena peluk dulu?
14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
a) yang pasti kaki dia dua saja
b) rasanya dia suka kira mengira
c) never fail to make me smile - eh boleh peluk cium ka?
15. 5 benda yang anda sangat sayang dalam hidup anda.
1) nyawa 2) pakcik 3) anak2 4) saudara/sahabat 5) all about life
16. 5 lagu yang anda suka dengar.
Lamanya tak dengar lagu..tapi kelmarin terdengar lagu ni...sedap gak "I want to be a billionaire' - Travie Mccoy/Bruno Mars
17. Bilakah tarikh lahir anda dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?
5 August - tahun depan bagi hadiah tau, tahun ni dah lepas.
18. 5 orang blogger yang anda mahu tag.
1. dolly
2. mamafami
3. yang lain2 tu sibuk kot..lain kali makcik tag okay.
19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag.
dia buat blog sebab saya suruh- alhamdulillah dengar kata orangnya...:-))
20. Kenapa soalan tag ini cuma 19?
saya tak tau ada 19. kucing ni bagi dah ada 20.....nak jadikan 21?