Monday, July 21, 2014

Ikan Bakar Portugis.....


Tang mana yang Portugis tak tau la....ntah ntah Cristiano Ronaldo pernah makan ikan ni kot....
Bila puasa ni, bukan semua lauk kita nak makan.......macam pakcik dah kasi tau awal2...

"kari tak nak...."

Walau pun alam maya ni berlambak resepi.....bukan semua masuk ngan tekak kita juga...kadang tu kalau lain sangat pun tak berani nak cuba...takut kecewa waktu berbuka...

Jadinya menu selamat selalunya yang kita pernah/selalu dok makan, dengan sedikit olahan....

Safe!




Ikan Bakar Portugis
(sumber: aziejaya.blogspot), TQ

Resepi:

I ekor ikan (size ikut sendiri, tak payah potong)
5 daun limau purut (kaffir lime leaves)
3 sudu besar minyak bawang putih-garlic oil (*)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Foil/Daun pisang untuk membakar

Bahan Kisar;

3 sudu besar cili mesin
2 biji buah keras
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 btg serai
2 hiris lengkuas (makcik tak letak)

Lapik foil/daun pisang, atur daun limau purut (makcik letak juga daun kunyit)

Letak ikan dan lumurkan dengan bahan2 kisar.

Balut kemas,

Bakar hingga masak, anggaran 20 minit (ikut saiz ikan)

Keluarkan, buka pembalut dan bakar/grill semula anggaran 5-10  minit untuk keringkan/garingkan sikit.

Siap.






(*) Garlic Oil
      Bawang putih cincang di goreng dengan minyak hingga kuning.

     Note: makcik selalu ada simpan dalam fridge, sebab boleh guna dalam banyak masakan.....buat
     sayur simple dah boleh garnish dgn garlic ni......makan megi boleh letak garlic & oil ni sebagai
     penambah perisa



McK




Tuesday, July 15, 2014

Senang Rupanya............

Teka teki....(yang semua orang dah tahu dan boleh jawab...)

Apakah nama buah yang bila masak dia naik atas??

Hahahaha, lawak bulan posa :)

Buah melaka dan puasa ni macam ada kaitan....asal bulan ramadhan je, ingat buah melaka....


Baru2 ni son2 ada beli gula melaka masa dia ke Melaka...katanya yang pure..RM10 untuk 3 ketul.


Guna gula yang ni untuk buah melaka sangat best;

Gulanya tak keras, tidak melekit.

Mungkin semua orang tau buat kan, tapi Mck nak letak juga basic recipe ni untuk rujukan son1 and son2....kot kot la depa teringin nak cuba nanti....

Buah Melaka
( ondeh2 kata setengah orang, kelopong kata abah zino)

1cawan tepung pulut
1/2 cawan air daun pandan (agak2)

Gula melaka, dipotong cube, saiz bersesuaian

Masukkan air daun pandan sikit2 ke dalam tepung pulut, uli hingga tepung tak melekat pada tangan/mangkuk.

Ambil sikit, agak2 besar ibu jari, penyetkan, masukkan gula melaka yang dah di potong dadu.

Tutup (biar gulanya kat dalam ya) and bulatkan.

Rebus air hingga mendidih, masukkan tepung pulut berisi gula melaka yang dah di bulatkan tadi.

Bila betul2 masak, buah ni akan timbul. Sejatkan dalam penapis.

Guling dalam kelapa parut yang di gaul dengan sikit garam








Seriously, gula melaka ni sangat best......macam mana nak dapatkan stock nanti ya....



McK





Wednesday, July 9, 2014

Serba Tak Kena.......

Kerap kali kalau jumpa kenalan, ayat pertama yang akan keluar....

" ehhhh, hang berisi laaaaa......."

"Awat kuruih sangat niii..."

Apa2 pun, kita selalu tak puas dengan apa yang kita ada......orang kata dah ok, kita kata a little too 'meaty' :)

Bila orang kata berisi, sikit sentap lah pulak. He he, perkataan sentap ni adalah amat sensitive....

Bukan semua orang ye yang macam tu.

Beauty lies in the eye of the beholder.

Asal sihat, sedap mata memandang, alhamdulillah....




Image di kongsi oleh rakan WA Mck




McK




Saturday, July 5, 2014

Ramadhan 7..

Lama rasanya tak update resepi kan...

Selain nak share, ia juga sbg "buku resepi" bergerak...kat mana pun boleh refer, bila2 pun boleh cari.

Haritu ada kawan minta resepi agar2 gula merah......makcik google dan beri padanya..

Then teringat pulak nak buat......dah buat....sesuai simpan untuk rujukan.

Agar Agar Gula Merah
(sumber: google)


10gm serbuk agar agar
1 liter (4 cawan) air
150 gm gula merah/gula melaka
1/4 cawan gula pasir
250ml santan pekat (boleh juga santan pekat dicampur air tapi mesti total 250ml)
1 biji telur ayam
sedikit garam & daun pandan

1. Masak gula merah & gula pasir bersama 1 cawan air, masukkan daun pandan.
2. Tapis dan jadikan jumlah air gula 2 cawan. Ketepikan
3. Campur telur dengan santan, pukul sekadar nak pecahkan telur dan masukkan secubit garam.
4. Masak serbuk agar2 bersama 2 cawan air hingga mendidih.
5. Masukan air gula. (Note: McK cuma letak 3/4 dari air gula tu, rasa kemanisannya)
6. Masukkan santan/telur, perlahankan api dan kacau selalu.
7. Kalau kurang manis tambah lah baki air gula tadi, kalau dah cukup, tambah air sebanyak air gula
    yang tinggal tu (paham?).
8. Biar mendidih, tapi kacau selalu supaya tak meruap.
9. Bila mendidih, kita akan nampak agar2 tu berbintik2 (curdle). Tutup api
10. Tuang dalam bekas yang sesuai.




Gambar ni ja ada...
bila dah berbuka..ngap! terus lupa nak snap gambar



McK



Tuesday, July 1, 2014

Heels and Hats = Bags!

Harini dah masuk 3 hari kita menjalani ibadah puasa......

Senang sebab makan cuma, sekali (berbuka) or dua kali (sahur) sahaja, cuma  fikir nak masak apa tu yang sikit pening.......sikit ja.....

Masak apa harini untuk berbuka?

Lama dah tak update so kita tengok bag sajalah nooooo





Awaiting delivery.....




Yang ni tuan tanah punya......








McK


Thursday, June 19, 2014

Good for blood circulation.......


Ni kisah pagi tadi...............

Scenario macam ni memang biasa kat kawasan market.....tempat yang makcik pi ni pun tak terkecuali...

Dekat ja dengan rumah.....

Almost tiap hari makcik jalan ke market-by-the-road ni......

Dan selalu jugak akan jumpa orang yang ingatdiasorangbayarroadtax!

Ceritanya.....

Bising betul dengan pinnnnn ponnnn pinnnn ponnnnn kenderaan disitu...bising betoi...

Ada satu mala-un dah park kereta macam tempat tu pak dia punya...


Not this car...tapi park sebijik cam ni lah




Keliling tu orang dok menyumpah.......kotla......sebab makcik tak paham.

Then celah celah tu makcik dengaq...." co cia co cia....huanna....."

Ohhhhhh, that i understand!

Darah makcik yang dah lama tenang ni mula la panas......

I decided to stay, wait and see...........

Ada sorang peniaga ni tolong pulak jadi traffic controller situ...mmg kacau la kan.

Sambil2 tu makcik doa....not huanna and not lady......

Lama jugak la...darah dah dekat nak boil dah ni.....

Tup tup mai lah mala-un ni.............

Haaaaa, hambik! adik beradik hangpa jugak....

Not huanna, not a lady, not old! ..mmg stoooooopid tahap &%$.

Nasib baik idong makcik tak keluaq api.


Rupanya, sekali sekala sungai yang tenang pun kena kocak jugak.....baru orang tau sebenaqnya ada boya rupanya.........paham??


McK



Tuesday, June 10, 2014

Lumrah Alam.............

Salam tuesday :).

Masa mck nak hadap computer agak terhad .....

Tapi ada peluang, ada ja internet di tempat 'berlabuh' insyallah, akan ku BW.

Agak rindu dengan kawan2 maya.............

Salam rindu.......


The givers and the takers..........







Di alam nyata......ada juga sebaliknya.....

Apa pun, we need one another..........:)



McK