Thursday, August 3, 2017

Perginya dialukan, kembalinya tidak diundang......



Nak bagi salam Syawal pun dah lepas........

Dah masuk Zulkaedah  pun.........

Kemeriahan Syawal pasti masih terasa, terutama bagi yang banyak menghadiri jemputan rumah terbuka.

Kenangan dan pengalaman di setiap rumah adalah berlainan kannn...

Tambah tambah lagi sekarang ni dah macam trend.....pakat ada konsep bila buat majlis.....



Makcik sekeluarga pulak, tahun ni beraya di KL sebab ni kali pertama mak mertua ada di sana.

Anak anak pun turut ada sana pada hari raya pertama......

Hari kedua, kami anak beranak kembali ke Penang.

Bila kita cerita raya, apa yang terbayang ialah ketupat, kuah kacang, rendang, kuih kuih & segala macam lagi. Almaklumlah baru lepas dari Ranadhan....bulan "takbolehmakandisianghari".


Sebelas bulan punya gigih kumpul lemak badan.......tiba Ramadhan, walau tidak lah diet sangat, tapi kebanyakan kita pasti hilang juga "kilo-kilo" yang kita ternak sepanjang tahun tu kan???

Ha ha ha, makcik pun tak terkecuali, berat macam tak banyak turun, tak sampai satu kg pun......tapi nampak la badan sikit susut.

Kebiasaan, bila tengok badan menipis, perut kempis maka hidung pun kembang kempis la bangga kaannnn,

:"Aku dah kurus woiiiii...." kata hati

Tapi cer tengok bila tiba Syawal.

Makan sampai lupa diri....

Sudahnya.....habis Syawal, lemak lemak ternakan yang bawa diri pergi entah kemana semasa Ramadhan dengan senyum simpulnya, mencari jalan pulang. Dengan bijaknya  depa jumpa pulak tempat berteduh depa dulu......haishhhhh, pinggang, punggung, lengan, peha mula lah membesar dengan jaya nya.

Gamaknya lemak ni sama dengan setan dak?

Orang kata masa Ramadhan setan kena ikat, lepas tu dia mai la balik......begitu juga lemak ni kan

Itu lah putaran............

 Kembalinya lemak dan setan yang memang sangat tidak di undang.



Dah merepek banyak, kita tengok lah pulak suasana beraya ala Ridz the Maroon 5 ni ya...




Setahun sekali ikat sampin...:))


Aidilfitri jatuh pada hari lahir pakcik; 
Happy Birthday Pakcik


Wajah wajah Kesayangan Hamba



Manja aih....


Tahun ni tak ada proper family potrait, 
 ni saja yang ada .....
sebenarnya ni video....tengah nyanyi tu...
Missing is Hfiy....in sya allah next raya

Casualty...pakcik buat hal...
hahaha tengok tu, 
dia buat derkkkkk jer


Masa on the way balik Penang......
hohoho balik kampungggg hohoho balik kampung


Di Penang.......
Tudia Pizza 4 rasa in the making..
tray tu adalah 16 x 16 okay


Love


McK




Thursday, June 8, 2017

Ramadan Kareem....




Dah masuk 13 hari kita berpuasa.................

Selamat berpuasa buat kita semua, moga amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun yang terdahulu.

Moga Allah terima amalan kita & makbul doa, aamiin..



Puasa & bazar/pasar Ramadan, ringkasnya PARAM memang tak dapat dipisahkan.

Makcik dah tinggal 2 orang dengan pakcik, walau kadang nak masak, kebanyakan hari kita beli saja.

Pakcik punya favourite adalah soya bean gula hitam atau air tebu, jadi salah satu ni mestilah ada tiap hari....and bila dah pi nak beli minuman, harus lah tengok lain lain juga.

Jualan ni pun kena tengok2 juga.....biasa lah kan, tak semua masakan menepati cita rasa kita.


Selalunya, minggu pertama tu makanan kat Param, boleh tahan lagi, masuk minggu kedua, dah ada yang letak makanansemalamtakhabis-carryforward. Kadang tu sampai waktu berbuka dah tak elok,  pasti mengundang kecewa kan.

Nak letak gambar makanan pun tak ada....... tak letak gambar pun macam tak best kan...

Jadi makcik tayang lah trifle yang makcik buat sewaktu anak saudara makcik kawin beberapa tahun lalu.






Love


McK




Tuesday, May 23, 2017

Terima Kasih


Love hate experience...........


As promised, nak update jugak apa apa walau short one kan??

Hi, makcik baru saja balik ke rumah selepas dekat seminggu kat luar kawasan, teman pakcik yang ada tugasan.

Harap harap bulan puasa ni tak ada lah pakcik kena outstation sangat, boleh kot pakcik adjust timing mana patut ya, rasa lebih selesa kalau berbuka kat rumah saja.

Kali ni makcik nak cerita sikit pasal kejadian awal tahun ni.

13 january:

Makcik and pakcik travel ke Ipoh atas urusan. Bertolak dari Penang pun dah lepas magrib, makcik yang drive.

Traffic pun tak heavy.

Drive ala santai gitu...(highway mana la boleh santai sangat kan), sambil borak borak gosip :))

Tiba tiba, makcik nampak ada ketoi besaq (haaaa, besaq baq hang), atas jalan...in our path!

Memang tak sempat elak. Dia nampak macam baru "keluar" dari kereta hadapan makcik, get it??

Debummmm, dah terlanggar la tu.......sempat tengok cermin......kereta belakang adalah hampirrrr dengan kereta kami.

Terus kereta pun jadi slow, lutut pun ada sikit lembut, dada pun dup dap dup dap, perlahan lahan drive ke sebelah kiri jalan (dari lane tengah)

Kat tepi jalan tu ada nampak beberapa kereta berhenti, tak terfikir apa2 pun masa tu..

Dah dapat indication "tayar nak flat" :)), drive slow sambil berharap jumpa nearest exit soon.

Memang, dalam tiga empat kilometer, kami exit ke Cangkat Jering. Lepas tol, park tepi jalan dan kebetulan ada tow-truck kat situ (macam tau tau ada kereta nak mintak ditunda)

Lepas tu, baru tengok 'kemusnahan' kereta. Body ok tak ada kemek, tayar sudah terkopak.
Ingat tayar saja lah yang kena tukar.

Ingat yang ni saja 
kemusnahan yang berlaku




Tak payah nak cerita lah kegelabahan waktu itu ya, sudah lebih 11 malam, pasti workshop pun sudah tutup.

Pakcik cepat cepat jumpa driver tow-truck, cakap cakap dan dia bersetuju, bawa kami terus ke hotel yang kami nak inap malam tu...esok la baru nak cari pomen.

Makanya bermula lah perjalanan kami ke hotel inapan dengan menaiki tow-truck, pengalaman pertama.
Kami duduk dalam kereta, :)), bayang lah macam dok dalam bas dabeldeker tapi 'inclined-at-an-angle' hahahhaah nak gelak juga walau dada ni dup dap tak habis lagi, sambil dok pikir berapa keping kepala agung nak terbang.




Gambar sekadar hiasan: ikhsan google
Macam ni lah keadaan kami sepanjang 2 jam






Nak dekat dua jam juga baru kami sampai hotel. Park kereta, bayar ane tow-truck tu and check in.

ZZZzzzzzzzzzz....................


Bila bawak kereta ke workshop berdekatan, baru dapat tau yang rim kereta depan belakang sebelah kanan dah bengkok, mekanik kata; "kena depan, dia tendang pi kena rim belakang juga..."

Mampoih laaaaaa, semalam ingat tayar saja....hari ni rim pulak dah!

Sementara pakcik dok kat mekanik, makcik pi buat report polis kat balai berdekatan. Abang polis tu sangat membantu, tolong talipon plaza tol sana sini, nak pastikan procedure untuk makcik buat report ke PLUS pulak.

Lepas habis selesai repair, kami pun bertolak balik ke Penang, stop ke Tol Cangkat Jering untuk buat report. Sangat membantu, makcik di beritahu apa yang nak di buat, apa dokumen yang nak kena ada untuk report PLUS juga insuran. Terima kasih kakak tol cangkat jering membantu makcik malam tu.



Sampai Penang, esoknya bawak pula kereta ke service center, bagitau apa jadi and suruh dia check semua.....lepas check..............

"Kakak, i rasa you kena buat claim insuran ni sebab damage banyak....bawah rosak teruk..."

Aiyaaaaa, what to do?? Do i have other choice???

Rim terbengkok masuk...
  bergesel  absorber




Singkatnya.............kereta masuk dock dekat sebulan setengah juga, claim insuran. Kereta jadi serupa baru.........

Yang nak cerita ni juga, pihak PLUS juga sangat bertanggung jawab. Dalam masa 4 bulan dari buat report, makcik dapat bayaran dari pihak PLUS. In between, mereka (HQ-KL) akan call bagitau dah dapat dokument yang diperlukan (makcik submit melalui PLUS Penang Bridge)
Dalam surat ada diberitahu bahawa kejadian bukanlah tanggungjawab PLUS sepenuhnya, mereka selalu buat rondaan untuk memastikan keadaan jalan adalah selamat bagi pengguna.....dan pemberian $$ hanyalah saguhati atas budibicara, bukan untuk menampung kos keseluruhan baikpulih kenderaan.

Fully understood.
Bila dah jadi macam ni, makcik dengar banyak versi pendapat;
- Buat report, hanya untuk filing tapi PLUS tak akan buat apa2
- ambil masa yang lama sangat untuk dapat respond

Pengalaman makcik berurusan adalah sikit indah (kejadian terlanggar tu tak indah ya).
Memang ambil masa sikit, jumpa orang itu ini, call sana sini;
Ask the right people, do what is required
With right document, all you need is patience ( yang ni yang payah), tunggu.....

Gelabah fikir kot nak kena bayar sendiri setengah dari kerja repair tu pun buat stress juga




Sabar tu yang kadang susah kan; selalu senang, bila tak ada kereta, nak kesana tak boleh, nak buat tu payah................

Allah cuit sikit....nak kita ingat kat dia.

Terima kasih  PLUS dan pihak pihak terbabit.

Love - semua; report & claim berjalan bagai di harap

Hate - kejadian terlanggar bendalah tu lah

Love


McK












































Sunday, May 7, 2017

Insaf........



Insaf 1:

Lama la sangat tak berblog.............bulan December tu (tahun lepas nunnn) , ada lah buat ikrar kat pakcik & anak...."ok ok, i will try to update at least once or twice a week, short ones.

Hmmm, hampeh! 5 months dah masih kat tahap tu.....

Nak kata tak dak masa....tak juga...

Nak kata ada banyak masa pun tak juga............

Tapi yang buat makcik terharu bila buka blog dan nampak  komen;








Terima kasih sebab masih jenguk rumah makcik yang serba suam kuku ni......

Nak buat ikrar lain ke??? hahahaha takuttttt, tapi makcik cuba update kerap sikit :))



Sebenarnya kemarin makcik dah buat entry ni....ber-iya iya tulis, tetiba computer kata tak boleh save sebab ada error....perasaan masa tu macam mana ya? Frust sambil terpaksa log off dengan harapan segala entry tu akan dapat 'diselamatkan'.
Apakan daya...bila check.....habis semua entry hilang....maka mood pun sikit hilang, idea pun sikit tergugat.
So pagi ni cuba tulis secepat mungkin dengan segunung harapan - all goes well with the computer/internet.

Insaf 2:

Satu hari makcik shopping kat tesco, nampak beberapa murid sekolah menengah berpakaian T-Shirt (cop sekolah), mungkin kokurikulum kot....

Beberapa kaunter di'monopoli' oleh budak2 ni. Makcik nampak satu murid perempuan ni tengah tolak troli.....sambil di kejar oleh cikgunya dari belakang....dan cikgu sempat menarik lengan baju murid itu.......

Dekat satu kaunter ni, makcik nampak seorang murid lelaki sedang memberi duit pada cashier....tehn nampak 2 cikgu yang ada bersama dia tergelak sambil salah seoang cikgu tu mengambil duit dari handbagnya dan memberi pada cashier tersebut.

Melihat pada logo di t-shirt, makcik talipon kawan makcik yang kebetulan manjadi Pengetua di sekolah tersebut....

Katanya, memang hari tu adalah hari oting bagi murid murid istimewa tersebut. Mereka di bawa dengan bas ke usm untuk berenang, kemudian ke tesco berdekatan untuk "melihat dunia sambil belajar memilih/membayar...kira belajaq shopping la senang kata.

Dia juga kata, sesetengah murid tu TAK PERNAH di bawa oleh ibu bapa keluar rumah, selain ke sekolah.......kesiannya.
Mungkin malu?? atau mungkin rasa payah nak handle anak istimewa ni?? Tak ada masa??wallahualam.

Melihat cikgu wanita yang "berlari lari mak" mengejar murid perempuan yang "berlari lari anak" tolak troli tu....serius makcik tergelak...sambil teringat gelagat anak2 kecik yang baru pandai berjalan......bayangkan anak kecik jalan sambil tolak stroller....nak brake tak reti....hahahha gitulah....
Ni bukan budak kecik ok, mereka ni adalah pelajar sekolah menengah. Sekolah ni, selain mendidik murid2 biasa (normal) juga ada beberapa kelas peralihan, entah apa term yang digunakan, khas untuk murid2 yang  nampak normal tapi istimewa;

Wahai ibu bapa, jangan lah asyik nak salahkan cikgu kalau anak kita tidak jadi seperti yang kita mahu.
Tak di nafi, memang ada cikgu yang kurang ikhlas bekerja, tapi ramai juga yang bekerja dengan rajin dan ikhlas.
Macam kes kat atas, kita nak bawak sorang anak istimewa pun rasa susah, apatah lagi cikgu yang harus mengawal ramai murid2 istimewa ni?

Insaf insaf


Ok stop dulu, takut tak boleh post pulak nanti

Love








McK