Tuesday, November 14, 2017

1438H..

Syukur............

November 2016

Dapat surat tawaran mengerjakan haji dari Tabung Haji. Segala proses mengisi borang pun bermula...
Sementara menunggu jawapan, jadual untuk mengikuti kursus haji pun diberi.
Bermula lah jadual makcik menghadiri kursus haji.....setiap sabtu selama lebih kurang 18 minggu..

Selain kursus mingguan, ada kursus intensif (mengabung para jemaah sekitar daerah) dan kursus Perdana (meliputi jemaah seluruh negeri-Pulau Pinang) untuk memantapkan lagi pengetahuan para jemaah haji.

Makcik dan pakcik memang excited dalam debar......dok tunggu hari berangkat.

Mula lah cari kelengkapan....dari bag ke kain baju ke ubat ke makanan!

Siap buat list lagi....ya lah takut lupa itu ini. Bak kata penceramah tabung haji....
" bukannya tak ada kat sana, tapi sementara nak cari, atau kalau ada pun mahal..."

18 Ogos 2017

Tiba lah hari berangkat, flight bertolak pagi dalam 7.30 terus dari Penang----->Jeddah..
Check-in bermula seawal 2 pagi gitu

Segala proses termasuk urusan imigresen di buat di banggunanTabung Haji, selesai semua, jemaah naik bas terus ke kapal terbang


Gelang yang harus dipakai oleh semua jemaah 
sepanjang masa di musim haji

Sampai Jeddah, kami naik bas ke hotel.

Hotel Janadriyah, juga merupakan ibu pejabat TH di Mekah.

Hotelnya 6 orang sebilik, alhamdulillah roommate makcik semua best....

My Sempoi Mekah roommates; 
acik urin (on wheelchair), makcik, zahabah,Mah, Azizon & Nurul



Routine di sana adalah sama macam orang lain .......ulang alik masjid, selain tawaf kaabah, tawaf juga segala kedai yang di sekitarnya.....serta ulang alik klinik....demam batuk adalah sangat common



30 Ogos 2017 (8 zulhijjah 1438)

Selepas lebih kurang 12 hari di Mekah, tiba lah waktu puncak haji....Arafah, Muzdalifah serta Mina.....

Bermula perjalanan dengan bas dari Mekah ke Arafah......seterusnya Muzdalifah dan Mina

6 hari disana sebelum balik semula ke Mekah.

Bersiap sedia nak ke Arafah

Tag Kerajaan Arab Saudi...
kena pakai sepanjang di Arafah/Muzdalifah/Mina



Sedikit gambaran dalam khemah di Arafah. 
Masa ni khemah belum penuh lagi



Muzdalifah..


Sahabat makcik bersama pasangan


Awalnya.....makan bersama pasangan.....

Lama lama.......... serupa kenduri :))


21 September 2017

Bertolak dari Mekah ke Madinah. Bermulalah pula 9 hari di Madinah. Hotel Tabung Haji; Hotel Al-Haram pun dekat dengan Masjid Nabawi
Rakan sebilik bertukar, tapi tak ada masalah sebab kami semua sebenarnya, berjiran bilik je kat Mekah.

Dan satu penerbangan juga...


Latar belakang: Masjid Quba


1 Oktober 2017

 Seawal 3 pagi dah kena tunggu bas untuk dibawa ke Madinah Airport

Muka ceria ni pakat nak balik dah....
di Madinah airport


Tiba di Malaysia, sekitar 1 pagi di KLIA ........kemudian tunggu flight ke Penang.

Lain orang lain lah pengalamannya. Makcik dan Pakcik pergi ikut Muasasah Tabung Haji. Tak ada komplen. Segalanya adalah teratur dan kebajikan jemaah sangat dijaga.  Ikut saja arahan petugas TH, insyallah tak ada masalah. Kalau ada pun, tak adalah sampai memudaratkan kita.


Sekadar coretan untuk rujukan masa depan

Alhamdulillah...........

Nak cerita lebih lebih pun macam "enjin menulis" tak start penuh lagi..hahahah, dah sebulan setengah balik ke pangkal jalan nihhh.....tak boleh move-on lagi ke makcik????



Blog makcikkantin ni macam "not alive but not dead", I want to continue writing......sebabnya......... bila baca balik entry lama...aduhaiiii.....nostalgia......best oooo.....tak caya????
Cer start buat blog :))


Love


McK











3 comments:

  1. Alhamdulillah mck ... patut la senyap sunyi ye. Ain dulu pon pegi muasasah, alhamdulillah macam makcik kata, ok je. Tak tau la kenapa ada yg tau nak komplen je, siap kata org TH xbuat keje.
    My sis pon pegi this year, kalau tau I suruh dia cari u ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan para tetamunya... :)

    ReplyDelete
  3. Owh patutlah blog sunyi sepi... tapi betul, blog ni serupa diari jugak... best baca n3 yg lama-lama tu.... tpi saya tak boleh McK... rasa sedih pulak nak selak lembaran2 lama... sebab terbayang kembali peristiwa2 yang membuatkan catatan itu di buat.

    ReplyDelete