Showing posts with label NOODLES. Show all posts
Showing posts with label NOODLES. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Awat pendek sangat......

Dah bulan September...teringat pulak lagu Sharifah Aini  dulu dulu...

"...ku nanti nanti, selalu ku nanti nanti,

....September dengan mu....."

Son 2 merungut pada satu hari...katanya blog makcik ni sekarang cerita dia pendek benor.......

Nak buat camna chek oiii, mak tak dak idea nak karang novel, mak letaklah cerpen....baik ada dari tak dak kan?

Sekarang ni bulan oktober, bulan 10, bulan Syawal dalam islam pun bulan 10 jugak, tapi bulan cina baru bulan 7.

And bulan 7 ni, dia orang celebrate (celebrate??) bulan hantu - hungry ghost. Makanya pada waktu ini banyaklah gamaknya hantu hantu lapar yang berkeliaran ye, tah tah ada yang mai you all punya open house tak.
Masa ni jugak pentas pentas didirikan di tengah tepi jalan & ada amoi nyanyi sampai midnight.
Ini adalah tradisi orang cina bila tiba bulan 'hungry ghost' ni ya.
Dan bercakap pasal makhluk ni....ada setengah kita diberi keistimewaan boleh nampak makhluk makhluk ni.
Tetapi perlu di ingat, mereka ni tidaklah suka mendapat keistimewaan itu sebab apa yang di lihat tu kebanyakkannya tidaklah hensem macam aren ajis atau lawa macam maya karen.

Anak kawan makcik adalah salah seorang terpilih dapat 'melihat'.

Dan dia kata waktu  waktu macam ni, memang 'mereka itu' actually duduk 'makan' &'mereka' itu adalah sangat ramai, wallahualam makcik cannot 'see'

Dan hari tu masa gebang gebang dengan mechanic makcik, dia kata memang 'dia olang makan punya....itu concert pun dia olang tengok...."  

Cumanya lepas concert, kalu han2 kak limah dia balik rumah, kalau yg meilan ni tak tau lah pi mana....

Pasai apa makcik dok cerita ni?

1. Pasai nak bagi panjang sikit so son 2 daku tidak lah boring kot baca celoteh mak dia ni...

2. Di keheningan malam ni, makcik dapat dengar dengan agak jelas, amoi dok nyanyi menghiburkan pengunjung concert.....
    Kelas you!!!! dia nyanyi lagu fire in the rain....hohoho kalas kau han2, dengar lagu adele

Ish boring la tak dak gambaq pulak kan? no hungry ghost photo tapi.......



Hari ni makcik buat Mee Rebus/Mee Kuah.

Son 2 kata kawan dia bersama parents nak datang, makcik pun hambatlah ayam kat belakang  tu....
Laju sangat depa lari...last last dapat tangkap lembu ja....dia jalan slow sikit

So harini mee makcik ada daging........






McK


Sunday, January 9, 2011

Maggi Tergoda....

nama untuk masakan ringkas hari ni ye puan2 dan tuan2.


Masa balik dari KL kelmarin, sempatlah lawat2 rumah jiran maya ni. Dahlah tinggal sorang masa tu, perut pulak dok nyanyi lagu arab dah sikit2...hm TERmasuk dapur kawan ni.

Makcik pun tak nak kalah, selongkar dapur......

Tarra.....terhasil....resepi tak yah lah kot...satgi orang gelak pulak.


dah gelap waktu ni, tu yang gambar pun gelap sikit
(heh alasan baik punya)



Jempulah makan, minum beli sendirilah ye..

Sunday, December 12, 2010

Hokkien Mee




Jom makan mee.

Hujan hujan ni, pekena mee panas panas memang best kan?

Hokkien Mee
(makcikkantin's version)

Bahan tumis:

10 bawang putih - mesin
10 bawang merah - mesin
2-3 sudu besar cili mesin

1/2 cawan bawang goreng

Bahan sampingan:

Udang - direbus; kepala/kulit dimesin & tapis ambil airnya, isi utk letak atas mee
1 ketam potong 2 (optional)
Tulang lembu (optional)
Garam, gula secukup rasa.
Mee kuning & sedikit bihun - celur & toskan
Kangkung - celur
Taugeh
Telur rebus
Fishcake - celur & potong.

Note: masa buat ni makcik tak letak ketam & tulang lembu & guna mee saja.

Kuahnya:
  • Panaskan minyak & tumis bawang putih/bawang merah/cili.
  • Bila dah wangi, masukkan bawang goreng, kacau.
  • Masukkan air udang, ketam & tulang
  • Tambahkan air, agak agak 2.5 liter
  • Biar mendidih lebih kurang 30 minit, kecilkan api dan didihkan lagi lebih kurang 1 jam.
  • Sekatakan masin manis kuahnya ikut selera.

Nak makannya:
  1. Letak mee & bihun dlm mangkuk.
  2. Letak kangkung, taugeh, telur rebus, fishcake, bwg goreng.
  3. Siram kuah sesuka hati
  4. Nikmatilah.


Selamat menjamu selera


Lain orang mungkin lain caranya, untuk kepelbagaian resepi, silalah google ya.



Saturday, June 20, 2009

koay teow th'ng




This is another simple dish, suitable for lunch, dinner or anytime in-between.
 
Koay Teow Th'ng 

2 l water
2 chicken stock cube
white pepper
Fish ball of your choice- boil and put aside
Sawi - Clean, cut ,boil & strain
Bean sprout, boil & strain
1 clove garlic.

- Boil water. Add chicken stock and about 1 tsp white pepper.
- Finely chop garlic and fry till it turns slightly brown (careful not to burn it). Scoop into a container together with the oil.
- Cut cili padi (bird's eye cili) and pour black soy sauce.

Put koay teow/mee in a bowl, garnish with fishball, garlic oil, cili and bean sprout. Put enough soup and enjoy your food while hot.

Note: you may also add shredded boiled chicken flesh if you like


Friday, May 29, 2009

Fried Beehoon


Sebelum keluar 'merayau' tadi, sempat buat bihun goreng tomyam ni. Some people may called it mee siam, meehoon, small noodles or whatever. I put tomyam paste just to be slightly different.

Tomyam Fried Beehoon

Ingredients:

1 pkt beehoon (~400 gms) - soak in cold water abt 1 hr to soften and strain
4 cloves garlic
1 big onion or 5 pcs of the smaller ones
1 stalk lemon grass
1/3 cup blended cili
3 Tbsp tomyam paste (available at groceries)
3 Tbsp sugar
1 Tbsp Black soy sauce
Light soy sauce to taste
1/2 Round cabbage (thinly slice)
150 gm prawns, shelled

Method:

- Blend/pound garlic, onion and lemon grass.
- Saute pounded stuffs till fragrant.
- Add in prawns followed by cili and tomyam paste.
- Add sugar, black soy sauce and light soy sauce and stir for another 5 minutes
- Put in beehoon and stir so the beehoon is evenly covered with gravy.
- Keep stirring until beehoon is soft. 
- Add more soy sauce/sugar if necessary.
- Scoop in serving dish and garnish accordingly. 

Happy trying and have a good day 

Note: This dish tastes just nice & as in all cooking, TASTE is very subjective. Thus, you may want to add more tomyam paste or more cili to your preference. You may also add more leafy green vege & omit prawns for vegetarian.


Sunday, May 17, 2009

dua tiga hari rajin ku



I was alright at the kitchen department these few days that saw me cooking. I remember Xavier & Adisa when I made this mee rebus as  Xavier had asked for the recipe when we were in Lausanne in feb. To Xavier, here is the simple version for you (english version below).
  
Mee rebus ala makcik

500 gm mee kuning (celur dan toskan)
500 gm tulang daging- (rebus sampai empuk)-makcik beli yg potong kecil+ada isi sikit
500 gm ubi keledek (kupas,rebus empuk & mesin halus)
1 tin creamy tomato soup
5 ulas bawang putih - tumbuk
10 ulas bawang merah/1 labu bawang besar - tumbuk
1 cawan cili kering yang dah siap mesin (buat sendiri)
Taugeh
Garam, gula & Air asam jawa secukupnya (tomato puree pun boleh)

Cili hidup, daun bawang/sup, telur rebus, tauhu goreng, bawang goreng untuk hiasan

Cara nak buat kuah:

- Tumis bawang yang di tumbuk.
- Bila naik bau, masukkan cili, masak sampai naik minyak.
- Masukkan air asam jawa, gula garam.
- Masukkan ubi mesin, tulang bersama air rebusan, tomato sup dan sedikit air jika perlu.
- Biar mendidih (agak 5-10 minit), renehkan dia sampai kuah pekat sikit.
- Cukupkan rasa asam, garam, gula.

Bila nak makan:

Letak mee & taugeh dalam mangkuk.
tabur bahan bahan hiasan (betul ke term ni?-'garnishing)
Sendukkan kuahnya bersama sama tulang daging tadi, apa lagi soru lah....

Nota di kaki: Boleh juga tambah udang , rasanya lebih sedap;
Rebus kepala udang, mesin & tapis. Campurkan air tapisan semasa memasukkan air rebusan daging tu..
Isi udang di buat hiasan



Yellow noodles in spicy gravy

500 gm yellow noodle(boil 2-3 minutes), if use spaghetti, cook per instruction.
500 gm meat with bones- (boil till tender)
500 gm sweet potato/yellow potato (de-skin, boil, blend)
1 tin creamy tomato soup
5 cloves garlic - pound
10 shallot/1 big onion - pound
1 cup cili paste (can add more if you prefer spicy)
Bean sprouts
Salt, sugar & tamarind juice (or tomato puree)

Red cili, celery leaves, boiled eggs, fried bean curd, fried shallot for garnishing

Method;

- Saute onions, fry till fragrant
- Add cili paste keep frying for about 2 minutes.
- Put in tamarind juice, salt & sugar to taste.
- Add blended potato, meat & stock, tomato soup & little water if necessary.
- Let it boil ( 5-10 minutes), simmer till gravy is thick
- Add in more sugar, salt, puree if necessary.

To eat:
Put noodle & bean sprout in bowl.
Garnish with sliced cili etc
Spoon gravy to your needs and ENJOY

Footnote: Prawn stock may be used for added flavor, it actually tastes better;
Boil prawn's head, blend & strain. Add stock to gravy (same time when you add the beef stock)