Ada lah lagi projek pakcik yang "in progress" sekarang. Pokoknya, he kept himself occupied.
Saturday, July 10, 2021
Carpenter Vs Tukang Kayu
Ada lah lagi projek pakcik yang "in progress" sekarang. Pokoknya, he kept himself occupied.
Friday, March 26, 2021
Nisfu
Masa MCO 2020 (bermula 18 march), semua orang tetiba kena duduk rumah, tak boleh keluar.
Setengah orang rasa janggal, setengah rasa ok
Yang biasa dok rumah oka lah, yang selalu pi kerja pasti rasa tertekan, yang dok pi sekolah memula tu rasa syok lah kannnn. :))
Yang biasa dok rumah pun mula rasa pelik, tetiba ja penuh rumah, husband & anak2 semua stay at home,
Mula lah kitchen dibuka 24jam. makan tak stop, masak tak henti.
Bagi makcik & pakcik, kami memang selalu berdua saja kat rumah, bezanya, tak boleh nak keluar ronda2.
Pasar pun pakcik pergi, groceries pun banyak beli online, kirim jiran or pakcik beli, kiranya makcik 100% dok dalam rumah saja.
Masa tu lah juga pakcik terfikir nak bela kucing. Makcik tak mau, sebab tau dah nanti "hak penjagaan" akan jatuh pada makcik. But who am i to decide, makanya "terhadir" lah satu anak kucing kat rumah ni
Umur dalam 2 bulan, baby MCO. Pakcik beli tapi tak bagitau harga, nak marah pun tak boleh.
Comotnya baby kucing ni, hidung penyet sangat.
Kebetulan, masa tu kucing my anak#2 ada di rumah, jadi kucing anak (Boni nama dia) secara automatic jadi macam mentor/bigsister.
Dia akan ikut mana baby ni pi, kalau baby masuk litterbox, dia akan tunggu, bila keluar Boni akan "check"; cium ponggong baby. ada kala dia akan gigit baby, ada lah kot yang tak kena tu,
Kami namakan kitten ni NISFU......sebab ada sekali tu dia jalan macam Ahmad Nisfu dalam cerita P Ramlee :))
Kot kucing dapat rasa yang makcik tak berapa nak jaga dia kot, mana makcik pi dia ikut...akhirnya Nisfu sudah "terlekat" dengan makcik -- gone case.
Lepas beberapa bulan, nisfu pun dah makin besar, makin sihat, dah vaksin, dah castrate, dia makin attached. mula lah pandai naik atas, masuk bilik bagai. Mula tidur bawah katil, dalam bilik air....lama2 dia pandai panjat katil & mai tidoq dengan makcik! Oh dear, nak marah pun kesian sbb ingat dia membesaq tanpa seorang ibu, makanya bermula lah fasa nisfu tidoq celah ketiak makcik, mungkin dalam sejam setiap tengah malam.
All I can say now, he is adorable, teman "sembang" makcikpakcik, walau dia tak pernah menjawab (pelik kan?)
Makcik pasti ramai yang ada pengalaman bela kucing macam ni kan, setengah tu terlebih manja la pulak.
Apa2 pun, kalau dah bela tu.....sayangilah depa...makcik selalu terbayang kucing ni sebatang kara mai duduk rumah kita.....just to fulfill human desire to own a pet.
Adakah kita tergolong dalam makhluk yang kejam?
Love
McK
Monday, December 15, 2014
Boyz to men..........
2 Dec 2014....
Walau dah lambat, tapi menyimpan memori tu yang penting.....
Nak update awal, dok jalan sana sini, lepas tu data plan pulak habis...yang tu buat semua internet activity terbantut!
Tahniah my son2@chewbacca@bambam@adil yang dah tamat pengajian tempuh hari....
"....My last convo unless I decided to persue my masterlah..." cehhhh, statement dia.
Apa pun, student life mungkin dah over but actually there is no end to learning.
Welcome to the working world; a different kind of learning begins....
Sekarang, bila nak cari masa bersama, mesti check schedule 3 orang!
Haishhhhh, how i missed those days yang bila man-of-d-house cuti ja, boleh pack and pi jalan...
Tuesday, January 7, 2014
Nostalgia...........
Minggu pertama setiap tahun...mesti sibuk.....
Mak bapak pakat2 ambik cuti hantar anak2 7 tahun masuk skolah rendah......anak2 13 tahun masuk skolah menengah.
Bila tengok situasi tu, teringat zaman makcik hantar anak ke sekolah.......lebih kurang sama...makcik ambik cuti...gi hantar ke skolah & settle hal2 berkaitan, pantau masa rehat...mula sit together tengok dia makan, then second day masih pantau tapi dari jauh saja....hari ketiga pun pantau tapi tanpa pengetahuan anak...kira dok usyar usyar dari jauh laaa....
Those were the days......sekarang dah besar pun masih usyar usyar juga......tapi cara orang dewasa lah kan.......Alif & Adil, we love you.
Makcik pun masih ingat masa makcik masuk darjah satu.....
Rumah kat kampung dekat dengan sekolah kebangsaan (kira aliran melayu la, masa tu) tapi ayah makcik nak hantar gi skolah orang putih.
Sekolah tu pulak jauh, ~ 20+ km dari rumah...jadi kenalah naik bas skolah.
All i remember masa darjah satu....masa cikgu dok ajaq...first day tu lah, makcik dok tiup belon!
Dan masa tu, sebagai budak kampung yang hidupnya tidak lah senang, mana ada TV, infact tak tau pun TV tu wujud. Radio ada la....
Bahasa orang putih tu amatlah asing bagi makcik........ sepatah pun i donno
Tadika pun tak pernah tau...yang tau masa kecik2 dulu pernah ikut arwah mak pi kelas...depa panggil kelas dewasa. Kelas dewasa ni di wujudkan oleh kerajaan untuk mengajar orang2 kampung yang rata2 buta huruf...... kiranya kelas ajar A B C pada orang dewasa lah.
Jadi dah masuk skolah orang putih, omputih kata orang sekarang, semuanya adalah baru......
Bukunya sangatlah basic, simple and boleh ingat sampai la ni......
CONTOH:
Jadi secara budak2nya faham perempuan adalah girl, selain itu dia juga she :))
Lama2 pandai sikit.......
I come to school by bus......
I come to school by walk ......but we learn fast.
Pandai jugak makcik cakap omputih bila dah besaq.
Thank you to my arwah ayah who was very 'forward thinking'...masa tu, budak perempuan skolah sampai darjah6 saja, but my father bagi my elder sister skolah sampai form5. And when others sent their anak2 to school nearby, my father sent us to english school.....and my father was only someone who kerja sendiri.....kerja kampung...not even a 'gomen-servant'
Zaman berubah, orang semakin moden, kaedah belajar juga semakin canggih..............
Makcik try google "budak sekolah perempuan" tadi...nak cari image "Aishah" .........masyallah, tak sanggup nak tengok.
Tapi kerenah budak2 sekarang ni, lebih menarik dan sesetengahnya tu "adventurous"
Wednesday, January 1, 2014
2014...........
Beberapa jam lagi kita akan masuk ke tahun baru
Walau pun tahun baru, yang pasti kita adalah masih sama ya
Mengimbau 2013.
Setiap orang pasti melalui
Suka duka, senyum tangis, sedih pilu, tawa gembira..................
Apa juga keadaan kita....................
Kita kena "reflect" semua kejadian.....
Mesti ada kecekalan untuk merubah keadaan....
Turn over a new leaf, kata omputih.....
Tukar daun...eh?? tak lah.....
Determination, tu lah dia.
Usaha, doa tawakkal mesti seiring.
Nak usaha, badan kenalah sihat jadi jaga lah kesihatan
Nak doa kena lah sembahyang, jadi rajin rajin lah sembahyang.
Nak bertawakkal juga mestilah di iring dengan doa berterusan dan usaha yang kuat
Ishhhh panjang sangat aih.........
Selamat Tahun Baru
Thursday, December 12, 2013
It Works...................
Alhamdulillah, my cloroxology works...at least until now....already past my one week suspense.......
Terima kasih pada yang bagi suggestion untuk avoid sang kucing dari 'down-loading' di tempat yang tak sepatutnya.....
- Minyak Tanah
- H2O aerosol
- Half-filled mineral water bottles
- Lemon zest
- Kasi kucing minum klorox?? hahaha...
- Cacak kulit kayu manis kat empat penjuru
Terima kasih banyak2, pada yang ada masalah sama macam makcik, sila lah pilih dan cuba salah satu dari petua ni, moga berjaya.
Setakat ni makcik dah berjaya....tak kan kucing tu nak tahan berak sampai seminggu kan? mesti dia dah dapat port lain untuk 'download'
Ok lah, makcik pun agak2 ke'tandusan' waktu sikit masa ni.
Insyallah, ada peluang, kita jumpa di alam maya lagi ye...
Mintak maaf banyak2 pada rakan2 blogger yang datang ke Penang pada waktu ni.....makcik tak dapat nak berjumpa ya, sebab waktu nak 'keluar lama2' amat terbatas.
Tak ada sangkut-paut dengan cerita......hanya untuk hiasan
Saturday, November 30, 2013
Sun-less Saturday.....
Tapi dah dekat pukul sebelas dah......................
Cuaca luaq tingkap, mendung, jalan pun basah......
Hujan hujan manja ....................
Makcik&Pakcik pi cycling pagi tadi....masa tu tak hujan.
Awat dok cerita pasal cycle saja ni....
Sajaaa...........naik basikal tu riadah, bukan nak eksyen :)
Tapi masa dok kayuh tu, terserempak la dengan 'orang2 asing' ni pi kerja...
Tempat kami lalu tu......kira depa kerja kat construction site la....
Ada yang jalan kaki, ada yang naik basikal, ada naik motor.
They progress with time.
Kagum juga tengok semangat depa, walau sikit geram tengok kat mana2 pun sekarang ni....
Muka depa.......
Perang dengan kucing belum tamat, i was lucky yesterday, no 'download' . Hari ni kena sambung lagi petua, moga berjaya....
Moga langkah kita di berkati, jangan putus berdoa.....
Monday, October 21, 2013
Kalau tak hujan............
Kalau lah cuaca elok, mood pun elok.....
Selalunya, pagi sabtu atau ahad, pakcik & makcik akan buat lah aktivity berbasikal.
Ada kala kawan turut sekali.....
Tapi kalau depa tak ikut..................
Kalau lagi tak ada apa2 jadual.......................
Kita merayau rayau............macam tourist.........
Tapi kann, makcik tetap malu pada mereka2 yang rasanya lebih tahu Penang dari makcik sendiri.....khatam tak habih lagi bak kata orang....
Insyallah nanti makcik kena sharpen lagi my Penang knowledge.
Sunday, October 6, 2013
Our Saturday.................
Hari merayau/riadah
Tak ada plan...ikut kata hati masa tu je...............
Pakcik nak ke Seberang Perai......menembak...........
Ehhhh bukan pong! pong! pong!......
Balik rumah...................
Petang pulak...............
Tengok ketebang nak landing......................
Maghrib di masjid berdekatan then soruuuu (dinner la tu) @ kedai berdekatan.....tomyam campur, daging merah, sayur campur, sup ekoq, ayaq temikai, nasi - 2 orang RM24/ sup ekoq terpaksa tapau sebab perut dah ketat
Notakaki: Mungkin ada orang kata...."awat yang ni pun nak cerita...?".....Well esok2 when old....boleh rekindle..."oh this was us when young...:))..."
Lagi pon anak2 di perantauan tu kadang2 dok tengok blog juga.....
Tuesday, June 18, 2013
Superman............
Pagi pagi lepas bangun tidoq.....
Pakcik: My 'mission' today is to buy my wife the BEST durian....
Makcik: (smiling.....hati got big bunga bunga....)
Mai tengahhari, we went to a friend's kenduri aqiqah.....cadangnya lepas tu nak ronda ronda.....'merendek' la
Lepas kenduri..makan nasi minyak...kelopak mata pakcik dok 'turun' ke bawah...
Ah, balik tidoq sat....then kita keluaq..
makcik: hmmm habeh dah durian terbaek aku......:)))
6pm....."jom pi QB..."
Maka bertolak lah kami dari rumah ke qb, yang hanya mengambil masa 10 minit-tak-sampai...
Sampai saja, pakcik terus check wayang..................ok dapat.
So lepas magrib kat situ, kami pun jalan2 lah sekitar mall lepas makan.
Sempatlah belikan pakcik advanced birthday present...yang dia mau lah-no surprises.....
And we watched movie after that.....
Best juga ceritanya....supporting actors mantop...hero ja cam 'selembut sutera...:)' tapi standard la, hero mmg kuat kan....
Terbang laju gila, terguling2 atas jalan/tanah, terhempas kat bangunan...tapi tetap hensem, kain merah (cape) tu pun sikit tak koyak! hebat.
Dalam pada tu teringat satu waktu lamaaa dulu...makcik buatkan untuk sorang budak kecik tu.....
Tetiba, macam dapat rasa, dia post kat insta gambar tu......ohhhh.....
And kalau wayang punya superman adalah sebatang kara........ makcik punya superman ni ada mempunyai sorang adik......and depa punya sukalah nak jadi apa pon....selain superman......hahahaha
Sunday..............
Smile..................
Sebijik durian ada 3 kucing tidoq...haaaaaa sedapnya.....we makan dekat gerai tu..breakfast ni... lepas lunch pulak......lagi...... we have durian again as dessert :))
Rugi oooo sapa tak suka derian ....tapi bila makan....dah umoq pun ala ala senja, sendiri kena ber'hengat' laaa kannn
Minggu depan kita pi cari "ang-hare" "udang-kunyit"....na pakcik.....yang atas u durian species kampung.
Tuesday, June 11, 2013
Makan, makan & Makan....
Dua tiga hari ni, Pulau di liputi hujan......boleh tahan lebatnya.........
Sekarang pun tengah laju turunnya........
Tak tau apa nak di kata la ...........otak mendung sama cam cuaca kat luaq sana kot...
Entry ni sepatutnya untuk cerita minggu lepas, tap minggu lepas sibuk
Selalu sebelum balik rumah cuti semester, son 2 akan call dan bagitau apa dia nak makan......
Jadi, mak dia kena aturkan jadual lah untuk juadah juadah pilihan.........
The next time he is home, it will be puasa month......hmmmmm....