Sunday, September 2, 2012

Awat pendek sangat......

Dah bulan September...teringat pulak lagu Sharifah Aini  dulu dulu...

"...ku nanti nanti, selalu ku nanti nanti,

....September dengan mu....."

Son 2 merungut pada satu hari...katanya blog makcik ni sekarang cerita dia pendek benor.......

Nak buat camna chek oiii, mak tak dak idea nak karang novel, mak letaklah cerpen....baik ada dari tak dak kan?

Sekarang ni bulan oktober, bulan 10, bulan Syawal dalam islam pun bulan 10 jugak, tapi bulan cina baru bulan 7.

And bulan 7 ni, dia orang celebrate (celebrate??) bulan hantu - hungry ghost. Makanya pada waktu ini banyaklah gamaknya hantu hantu lapar yang berkeliaran ye, tah tah ada yang mai you all punya open house tak.
Masa ni jugak pentas pentas didirikan di tengah tepi jalan & ada amoi nyanyi sampai midnight.
Ini adalah tradisi orang cina bila tiba bulan 'hungry ghost' ni ya.
Dan bercakap pasal makhluk ni....ada setengah kita diberi keistimewaan boleh nampak makhluk makhluk ni.
Tetapi perlu di ingat, mereka ni tidaklah suka mendapat keistimewaan itu sebab apa yang di lihat tu kebanyakkannya tidaklah hensem macam aren ajis atau lawa macam maya karen.

Anak kawan makcik adalah salah seorang terpilih dapat 'melihat'.

Dan dia kata waktu  waktu macam ni, memang 'mereka itu' actually duduk 'makan' &'mereka' itu adalah sangat ramai, wallahualam makcik cannot 'see'

Dan hari tu masa gebang gebang dengan mechanic makcik, dia kata memang 'dia olang makan punya....itu concert pun dia olang tengok...."  

Cumanya lepas concert, kalu han2 kak limah dia balik rumah, kalau yg meilan ni tak tau lah pi mana....

Pasai apa makcik dok cerita ni?

1. Pasai nak bagi panjang sikit so son 2 daku tidak lah boring kot baca celoteh mak dia ni...

2. Di keheningan malam ni, makcik dapat dengar dengan agak jelas, amoi dok nyanyi menghiburkan pengunjung concert.....
    Kelas you!!!! dia nyanyi lagu fire in the rain....hohoho kalas kau han2, dengar lagu adele

Ish boring la tak dak gambaq pulak kan? no hungry ghost photo tapi.......



Hari ni makcik buat Mee Rebus/Mee Kuah.

Son 2 kata kawan dia bersama parents nak datang, makcik pun hambatlah ayam kat belakang  tu....
Laju sangat depa lari...last last dapat tangkap lembu ja....dia jalan slow sikit

So harini mee makcik ada daging........






McK


8 comments:

  1. Aslmkm Makcik. hehehe... panjang nya citer... kelakar ler Makcik ni. Dah abis raya ke... lembu hambat sekoq takkan dah abis kot. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari Along.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along, lembu ada lagi.....tinggai yang hujung hujung......nak rasa sup ekoq mai lah penang :)

      Delete
  2. Salam MCK, kalau tau hang buat mee kuah boleh singgah. Tiga hari ada kat Penang, baru balik wkemarin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan rezeki hang sekeluarga la tu.....tak pa lain kali...

      Delete
  3. sibbbb baca ni pepagi buta!

    meremang!

    ReplyDelete
  4. musim ni tetiba rasa nak keluarkan dvd mr vampire and tengok balik, syok!

    ReplyDelete