Monday, September 17, 2012

Just like Ayah did...

Biasanya kalau dekat  raya, mestilah banyak lembu tumbang kan? Ya lah setiap rumah nak buat rendang untuk juadah hari raya makan dengan ketupat.

And my ayah, apart from the daging, without fail, will bring back kaki lembu! Yes!  the kaki with the "shoes" still intact!



Milik siapakah kaki ini...(nyanyi mcm lagu sudirman), 
source: google


Beliau lah yang akan bersihkan sampai putih. Ayah juga akan potong and rebus kaki tu, guna dapur kayu, dalam periuk besar.......just like that, cuma letak garam saja.

Selalunya, kerja membersih akan makan masa dan hanya siap pada tengahhari, jadi kerja merebus bermula sebelah petang hari dan berterusan sampai keesokan harinya......cuma jaga api saja

Ayah tak ada letak perencah sup bagai, hanya garam dan halia saja.
Bila dah masak tu, woish punya lah lembut........bukan tulang tapi yang dalam tulang tu...tah apa orang panggil, tidakla makcik tau. Makcik tau makan saja

Tulang kaki tu kan yang sekarang orang selalu panggil 'gearbox' tu adalah besar gedebak.

Bila ayah dah tak ada kami pun tak merasalah makan sup kaki lembu @ gearbox ni.

Yang makcik nak cerita ni......hari tu pi pasar ternampak lah orang jual benda ni...tapi dah bersihlah.

Teringin, makcik pun beli, tapi yang 'betis' dia....ada lubang at both ends.

Makcik buat macam ayah buat, rebus dengan garam je.....

Bila lembut, hmmmm makan lah....................



Gear saja, boxnya tak ada.....






Yang lembut dlm sudu tu berasal dari dalam 'terowong' tu lah






Tapi...........makan pun tak bestlah.....................sebab bukan ayah yang buat :(



AlFatihah buat ayah; Puteh Md Zin @ 17 sept 2002






10 comments:

  1. Al-fatihah..

    Macam tu jugelah saya teringat kepada sup gear box, serbat kelapa dan jeruk mangga aruah abah saya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Those memories remain....how we wish the clock can be reversed kan?

      Delete
  2. al-fatihah buat ayah McK dan DLL...semoga roh mereka dicucuri rahmat..aiiisshh sedih plak...teringat kat my dad kat kampung..sll sakit2 dah skrg..apakan daya mr.hubs ku bukan pilot mcm adam mukhriz..kalau tak bley je every weekend terbang balik jenguk my parents kat kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe blu, tak leh terbang....berenang je

      Delete
  3. Hi Makcik, I guess this will not be on my food list, ha ha.....
    Never keen on feet or legs, unless those in sarong kebayas, ha ha ha.
    Have a nice holiday.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha as usual, you with your shapely kakis.....well frankly....i hv never really expected it to be like that.....end product that i saw was fairly clean.....and of course the boots are not for consume...:)

      Delete
  4. som som dia yang lembut tu...kita pun suka. pak cik kita suka buat.bila buat sup, dia ada lendir-lendir sikit...best memang...alfatihah untuk arwah ayah mak cik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul....som som.....awat eksyen sgt otak ni tak ingat.....

      Delete
  5. Errr...saya tak makan part kaki ni..hehehehe..
    Kalau kat JB, glamour mee rebus gearbox tau makcik, tapi guna gearbox bukan kaki punya..entah part mana ntah..

    Al Fatihah buat ayah makcik..

    ps: saya akan migrate, kalau ada rezekinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc dear, gearbox tu semua part kaki lah....from the " shoulder to the boots" and of course boot tu tak makan. Yg utk mee rebus ( ada nampak dlm entry doc dulu) is definitely at the lutut....tak caya? Tanya lembu

      Delete