Thursday, December 7, 2017

Ho Chi Minh

Dec 01- Dec 04 2017.






My first visit. Booking semua pakcik yang buat.

Date yang dicari tu, banyak hotel yang dah tak dapat......

Dapat la satu apartment, ikut description 15 minit dari Ben Thanh Market.

Hari pertama sampai airport, tuan punya apartment jemput kat airport, harus lah letak greeting banner nama "ai oll" kann :)).
Tak sempat nak ambik gambar dia bersama banner tu....first time sampai situ, jakun sikit...malu pun ada juga, maklumlah orang2 kat luar tu memang lah dok pandang ke kita.....

Masa dari airport ke apartment adalah lebih kurang 20 minit, tapi katanya kalau jam, kadang boleh sampai 40 minit.

Alhamdulillah, kita sampai dalam 20 minit saja.


Notice board dalam apartment 



Traffic from our first floor apt

Abang t-shirt hitam tu...agak stress nak lintas jalan


Belum sampai market, jumpa mamat ni...
heaven kopi dia - 15,000 dong (RM3/-)

Orang kata tak mai vietnam la kalau tak mai sini kannnn....
sila lah google untuk informasi yang lebih lengkap
Rupanya hanyalah 5 minit-tak-sampai dari apt kami


Dalam Benh Thanh Market...
(lebih kurang) a bigger version of Penang chowrasta market, 
macam macam ada...mak bapak saja tak dak.....
tapi...kalau depa ikut sekali, mesti lah ada kannn :))

Hasrat nak cari seafood, selain halal authentic vietnamese cuisine, google sedia membantu




Hasrat nak seafood, tapi sebab  kelaparan, 
kami order daging ala pho, ayam serai n kerabu mango
...semua sedap....495,000d (~RM99). Thumbs up


Jalan2 night market; di buka jam 8pm (9pm malaysian time) sampai midnight (kot).
Ronda2 sat, balik bilik awai, ingat nak turun semula dalam 10 lebih macam tu....sekali semua orang zzzzzz........


Day 2;  Tawaf Ben Thanh Market juga, pi balik pi balik, pusing pusing round and round....cari la tempat nak lunch pulak. Kami breakfast dalam bilik...sekadar kopi/mineral and roti saja. Kalau nak makan pun ada ja kedai dekat "Malaysian Street" buka pagi, tapi kami tak mau lah makan roti canai for breakfast kan...sini dah selalu makan.

Banyak kedai halal disitu. Bak kata seorang kawan..."it is difficult or almost cannot find halal food in vietnam, so when many malaysian come here, they 'created' this stretch to have halal eateries..." gitu la lebih kurang.....

Dalam banyak kedai tu......kedai Musa Kariem ni menjadi pilihan...just because we happened to stop in front of the shop..... 



No regret! Makanan sedap.....




Pho noodle, siakap steam, Taugeh goreng, Udang cili, 
650d (~RM130). Double thumbs up


Malam kita jalan kat Nguyen An Ninh aka Malaysian Street, and jumpa orang jual kebab, kira macam street food lah ni, so abang sado pun sangat lah happy sebab dia kata, "tak mai negara tu kalau tak makan street food dia..." 


Haaaa, tuuuuu...dia punya syok bak hanggg, 
sampai 3 ketoi dia makan.....
yang kakcik pakai spek blakang dia tu pun tak mau kalah!
Awek cun tudung hitam di kanan tu adalah tokey kebab-atas-motor

Abang sado sangat happy.....
kopi pun berulang ulang tapau





Kedai makan tu ha...


Lagi......


Building yang cantik


Dekat dengan apartment....tapi no halal food

Me and my adik depan Presidential Palace, 
jadi bahan tontonan saja...mr presiden tak dok sini

Notre Dame Church...under renovation


Central Post Office, 
bersebelahan Notre Dame Church...
banggunan peninggalan French Colonial


 - ‎bạn có mệt mỏi anh trai


(are you tired brother?)




Day 3: makan kat sini...taugeh goreng, spring roll sup ekor....
860d (~RM170).....
serius cakap..tak sedap...or rather tak menepati citarasa kami

Malamnya kami makan ala "fine dining" kat satu restaurant ni, tapi sekadar seafood, macam starter saja, no main dish, tapi dessert dia sedap.



Gerai buah merata rata sekitar Ben Thanh, 
dah kupas siap 3 bekas RM10/-. 
Durian dan limau Bali harga lain


Perkarangan War Museum



Kedai kopi depan War Museum 



Russian Market: 
diberitahu yang sini ada jual good leather products, 
maka menapak lah kami sejauh ~2km, 
tapi yang ada jual hanya lah winter clothings....
and sikit barang, bag etc...macam kat ben than market

Google banyak membantu dalam mencari tempat yang nak dilawati, jalan ke sana, tempat makan dll. Makcik beli simcard sana, mobifone, 200d(~RM36), boleh WA and WAcall. 
Kalau roaming, rm38/day....rabak poket.

Banyak juga tempat menarik yang makcik google sebelum pergi....dah sampai sana...heheheh dok pusing situ saja.

Ucapan Terima kasih tidak terhingga pada penaja utama ........sponsor semuanya untuk kami bertiga...makcik, abang sado & adik makcik. Abang sado sorang lagi serta bini sado tak dapat ikut sebab depa ada tugasan waktu itu. 

Terima kasih daun keladi
Nanti2 belanja la lagi.

:))



sesi bergambar bersama penaja...:=D





Love


McK





12 comments:

  1. Tak ajak...

    Hujung-hujung tahun ni, semua org bercerita pasal bercuti. Jauh2 pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom.....tak lah jauh kalu nak di kira dgn orang2 yang gi holiday bawak baju tebai kannnn

      Delete
  2. Saya tak pernah lagi sampai Vietnam. Pasaipa baq hang Mck... cheq tak suka suasana crowded gitu. Tapi kalau ada org sponsor ikut juga... hahhahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah ramai orang sweetie.......pasar tu pun dah macam bazar malaysia

      Delete
  3. Kopi Vietnam memang sedap...berulang2 minum. Masa kakcik ke sana, kedai makan Amin Halal je jadi 'port'. Cuba Hajah Basiroh tapi 'kureng'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi kakcik, mck minum sbb ada susu...kalu kosong gitu, tak minum kot.

      Sekarang banyak dah kedai makan kat jalan tu....

      Delete
  4. Hi MCK, wow... nice holiday, shiok jalan jalan and cari makan. hihihi...thanks fro sharing your tour with us.

    Happy New Year and wish you all the best in 2018.
    Regards,
    Amelia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year amelia n thanks for dropping by. I love their kopi and yes, learn to lintas jalan in between the bikes... Phew... Berpeluh jugak :))

      Delete
  5. Replies
    1. Selamat tahun baru sVs, moga kita lebih rajin berblog naaa tahun ni.

      Delete
  6. Waahh best best dah ada banyak kedai makan halal, Alhamdulillah senang nak makan kat sana tak macam dulu2..

    ReplyDelete