Thursday, June 8, 2017

Ramadan Kareem....




Dah masuk 13 hari kita berpuasa.................

Selamat berpuasa buat kita semua, moga amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun yang terdahulu.

Moga Allah terima amalan kita & makbul doa, aamiin..



Puasa & bazar/pasar Ramadan, ringkasnya PARAM memang tak dapat dipisahkan.

Makcik dah tinggal 2 orang dengan pakcik, walau kadang nak masak, kebanyakan hari kita beli saja.

Pakcik punya favourite adalah soya bean gula hitam atau air tebu, jadi salah satu ni mestilah ada tiap hari....and bila dah pi nak beli minuman, harus lah tengok lain lain juga.

Jualan ni pun kena tengok2 juga.....biasa lah kan, tak semua masakan menepati cita rasa kita.


Selalunya, minggu pertama tu makanan kat Param, boleh tahan lagi, masuk minggu kedua, dah ada yang letak makanansemalamtakhabis-carryforward. Kadang tu sampai waktu berbuka dah tak elok,  pasti mengundang kecewa kan.

Nak letak gambar makanan pun tak ada....... tak letak gambar pun macam tak best kan...

Jadi makcik tayang lah trifle yang makcik buat sewaktu anak saudara makcik kawin beberapa tahun lalu.






Love


McK




7 comments:

  1. Assalamu'alaikum McK.

    Setakat ini kakcik belum masuk (untuk tahun ini) lagi ke Bazar/Pasar Ramadan. Pergi bukan tak pergi, tapi duduk dalam kereta sementara En Bob masuk beli apa yang dia/anak-anak suka... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)))). Laaaa. Ingatkan dok masak tiap hari rupanya ada "tukang beli".

      Delete
  2. Hi MCK, Selamat berpuasa. This year I belum pergi bazar ramadhan lagi. I heard from my office staff tahun ni the food at Bazar Ramadhan very expensive and not nice. Have to jaga jaga those 'carried forward food'...in JB pun sama. My staff tu ari beli popiah but inti basi. And karipap tahun ni macam karipap belon, nampak gebu and besar but inti kosong. :))

    Best regards,
    Amelia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amelia,
      Sudah pergi bazar ramadan? :)). Betul lah tu some operators prepare banyak sgt food, tak habis kena carry forward.
      Normally kalau beli i tgk juga tapi kadang terkena juga yg tak elok :((

      But today i cook, grill chicken, air asam, pengat ubi mix n fruits.

      Happy sunday to you

      Delete
  3. Mana aci triffle tahun lepas baru post hari ni... tu kira dah basi jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jangan la mare sweetie, kite dah awet bendalah tu....:))

      Delete
  4. selamat hari raya mck ...maaf zahir dan batin

    ReplyDelete