Love hate experience...........
As promised, nak update jugak apa apa walau short one kan??
Hi, makcik baru saja balik ke rumah selepas dekat seminggu kat luar kawasan, teman pakcik yang ada tugasan.
Harap harap bulan puasa ni tak ada lah pakcik kena outstation sangat, boleh kot pakcik adjust timing mana patut ya, rasa lebih selesa kalau berbuka kat rumah saja.
Kali ni makcik nak cerita sikit pasal kejadian awal tahun ni.
13 january:
Makcik and pakcik travel ke Ipoh atas urusan. Bertolak dari Penang pun dah lepas magrib, makcik yang drive.
Traffic pun tak heavy.
Drive ala santai gitu...(highway mana la boleh santai sangat kan), sambil borak borak gosip :))
Tiba tiba, makcik nampak ada ketoi besaq (haaaa, besaq baq hang), atas jalan...in our path!
Memang tak sempat elak. Dia nampak macam baru "keluar" dari kereta hadapan makcik, get it??
Debummmm, dah terlanggar la tu.......sempat tengok cermin......kereta belakang adalah hampirrrr dengan kereta kami.
Terus kereta pun jadi slow, lutut pun ada sikit lembut, dada pun dup dap dup dap, perlahan lahan drive ke sebelah kiri jalan (dari lane tengah)
Kat tepi jalan tu ada nampak beberapa kereta berhenti, tak terfikir apa2 pun masa tu..
Dah dapat indication "tayar nak flat" :)), drive slow sambil berharap jumpa nearest exit soon.
Memang, dalam tiga empat kilometer, kami exit ke Cangkat Jering. Lepas tol, park tepi jalan dan kebetulan ada tow-truck kat situ (macam tau tau ada kereta nak mintak ditunda)
Lepas tu, baru tengok 'kemusnahan' kereta. Body ok tak ada kemek, tayar sudah terkopak.
Ingat tayar saja lah yang kena tukar.
Ingat yang ni saja
kemusnahan yang berlaku
Tak payah nak cerita lah kegelabahan waktu itu ya, sudah lebih 11 malam, pasti workshop pun sudah tutup.
Pakcik cepat cepat jumpa driver tow-truck, cakap cakap dan dia bersetuju, bawa kami terus ke hotel yang kami nak inap malam tu...esok la baru nak cari pomen.
Makanya bermula lah perjalanan kami ke hotel inapan dengan menaiki tow-truck, pengalaman pertama.
Kami duduk dalam kereta, :)), bayang lah macam dok dalam bas dabeldeker tapi 'inclined-at-an-angle' hahahhaah nak gelak juga walau dada ni dup dap tak habis lagi, sambil dok pikir berapa keping kepala agung nak terbang.
Gambar sekadar hiasan: ikhsan google
Macam ni lah keadaan kami sepanjang 2 jam
Nak dekat dua jam juga baru kami sampai hotel. Park kereta, bayar ane tow-truck tu and check in.
ZZZzzzzzzzzzz....................
Bila bawak kereta ke workshop berdekatan, baru dapat tau yang rim kereta depan belakang sebelah kanan dah bengkok, mekanik kata; "kena depan, dia tendang pi kena rim belakang juga..."
Mampoih laaaaaa, semalam ingat tayar saja....hari ni rim pulak dah!
Sementara pakcik dok kat mekanik, makcik pi buat report polis kat balai berdekatan. Abang polis tu sangat membantu, tolong talipon plaza tol sana sini, nak pastikan procedure untuk makcik buat report ke PLUS pulak.
Lepas habis selesai repair, kami pun bertolak balik ke Penang, stop ke Tol Cangkat Jering untuk buat report. Sangat membantu, makcik di beritahu apa yang nak di buat, apa dokumen yang nak kena ada untuk report PLUS juga insuran. Terima kasih kakak tol cangkat jering membantu makcik malam tu.
Sampai Penang, esoknya bawak pula kereta ke service center, bagitau apa jadi and suruh dia check semua.....lepas check..............
"Kakak, i rasa you kena buat claim insuran ni sebab damage banyak....bawah rosak teruk..."
Aiyaaaaa, what to do?? Do i have other choice???
Rim terbengkok masuk...
bergesel absorber
Singkatnya.............kereta masuk dock dekat sebulan setengah juga, claim insuran. Kereta jadi serupa baru.........
Yang nak cerita ni juga, pihak PLUS juga sangat bertanggung jawab. Dalam masa 4 bulan dari buat report, makcik dapat bayaran dari pihak PLUS. In between, mereka (HQ-KL) akan call bagitau dah dapat dokument yang diperlukan (makcik submit melalui PLUS Penang Bridge)
Dalam surat ada diberitahu bahawa kejadian bukanlah tanggungjawab PLUS sepenuhnya, mereka selalu buat rondaan untuk memastikan keadaan jalan adalah selamat bagi pengguna.....dan pemberian $$ hanyalah saguhati atas budibicara, bukan untuk menampung kos keseluruhan baikpulih kenderaan.
Fully understood.
Bila dah jadi macam ni, makcik dengar banyak versi pendapat;
- Buat report, hanya untuk filing tapi PLUS tak akan buat apa2
- ambil masa yang lama sangat untuk dapat respond
Pengalaman makcik berurusan adalah sikit indah (kejadian terlanggar tu tak indah ya).
Memang ambil masa sikit, jumpa orang itu ini, call sana sini;
Ask the right people, do what is required
With right document, all you need is patience ( yang ni yang payah), tunggu.....
Gelabah fikir kot nak kena bayar sendiri setengah dari kerja repair tu pun buat stress juga
Sabar tu yang kadang susah kan; selalu senang, bila tak ada kereta, nak kesana tak boleh, nak buat tu payah................
Allah cuit sikit....nak kita ingat kat dia.
Terima kasih PLUS dan pihak pihak terbabit.
Love - semua; report & claim berjalan bagai di harap
Hate - kejadian terlanggar bendalah tu lah
Love
McK
Apakah sebenarnya benda yang dilanggar sampai begitu sekali kerosakannya?
ReplyDeleteApa-apa pun syukur kerana McK suami isteri tidak tercedera atau terjadi apa-apa yang tidak diingini. Kereta boleh repair jadi elok, kalau tubuh badan? Huhuhu
nampak macam exhaust lori.
Deleteheheh kakcik, badan kalau rosak....hmmm dah la limited editon, mana nak cari spare part? :)
Hi MCK, nasib no injury, only kereta rosak. Off course nobody want it to happen, but if got unknown obstruction on the road can't be help. Next trip turun JB info dulu ya, I can arrange my schedule to meet up with you. My son dah go back to school, so no need worry so much anymore.
ReplyDeleteHave a nice day, regards.
Amelia
Ya Amelia, lucky to escape body injury.
DeleteIf hubby has trip to JB and bawa i, will try to meet ya
Apa yg Mck langgar tu sampai bengkok rim... Hadoi la, ngeri saya... sib baik bawak santai-santai... kalau laju mau terbalik kereta.
ReplyDeleteRupanya macam eksos, tapi sure lori punya...besaq
DeleteHaah. nak tau jugak apa ke benda yang terlanggar tu? mesti masa buat report polis dan PLUS tu kena bgtau kan.. walaupun tak pasti...
ReplyDeleteSemoga dapat beri sedikit amaran dan peringatan kepada semua sekiranya berlaku benda yang sama apa perlu dibuat...
Terima kasih berkongsi pengalaman..tambahan dah dekat nk puasa n beraya pulak nanti.
Risau jugak menantu tu kalu balik kpg dia selalu gerak lewat/ malam.. Walaupun dekat n9 n Cheras jer.. ada bawak baby pulak tu...
TQ bunda_nora singgah sini. Masa report tu bgtau, benda macam ekzos....depa dah tau sebab, untuk kes tu saja makcik diberitahu ada lebih 10 repot hari tu
Deleteapa yg mck langgar..nasib baik mlm .org tak nmpk sangat naik truk tunda
ReplyDeleteHahahahah, betoi tu Nieda, ane tow truck tu siap suruh kami pasang radio & relax katanya, kereta dah ikat kuat, tak gelongsoq :))
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteUrusan selepas langgar itulah yang penatnya
alhamdulillah tuan empunya badan tak ada apa-apa.
ya, paper work, phone calls & menungguuuu
Delete