Insaf 1:
Lama la sangat tak berblog.............bulan December tu (tahun lepas nunnn) , ada lah buat ikrar kat pakcik & anak...."ok ok, i will try to update at least once or twice a week, short ones.
Hmmm, hampeh! 5 months dah masih kat tahap tu.....
Nak kata tak dak masa....tak juga...
Nak kata ada banyak masa pun tak juga............
Tapi yang buat makcik terharu bila buka blog dan nampak komen;
Terima kasih sebab masih jenguk rumah makcik yang serba suam kuku ni......
Nak buat ikrar lain ke??? hahahaha takuttttt, tapi makcik cuba update kerap sikit :))
Sebenarnya kemarin makcik dah buat entry ni....ber-iya iya tulis, tetiba computer kata tak boleh save sebab ada error....perasaan masa tu macam mana ya? Frust sambil terpaksa log off dengan harapan segala entry tu akan dapat 'diselamatkan'.
Apakan daya...bila check.....habis semua entry hilang....maka mood pun sikit hilang, idea pun sikit tergugat.
So pagi ni cuba tulis secepat mungkin dengan segunung harapan - all goes well with the computer/internet.
Insaf 2:
Satu hari makcik shopping kat tesco, nampak beberapa murid sekolah menengah berpakaian T-Shirt (cop sekolah), mungkin kokurikulum kot....
Beberapa kaunter di'monopoli' oleh budak2 ni. Makcik nampak satu murid perempuan ni tengah tolak troli.....sambil di kejar oleh cikgunya dari belakang....dan cikgu sempat menarik lengan baju murid itu.......
Dekat satu kaunter ni, makcik nampak seorang murid lelaki sedang memberi duit pada cashier....tehn nampak 2 cikgu yang ada bersama dia tergelak sambil salah seoang cikgu tu mengambil duit dari handbagnya dan memberi pada cashier tersebut.
Melihat pada logo di t-shirt, makcik talipon kawan makcik yang kebetulan manjadi Pengetua di sekolah tersebut....
Katanya, memang hari tu adalah hari oting bagi murid murid istimewa tersebut. Mereka di bawa dengan bas ke usm untuk berenang, kemudian ke tesco berdekatan untuk "melihat dunia sambil belajar memilih/membayar...kira belajaq shopping la senang kata.
Dia juga kata, sesetengah murid tu TAK PERNAH di bawa oleh ibu bapa keluar rumah, selain ke sekolah.......kesiannya.
Mungkin malu?? atau mungkin rasa payah nak handle anak istimewa ni?? Tak ada masa??wallahualam.
Melihat cikgu wanita yang "berlari lari mak" mengejar murid perempuan yang "berlari lari anak" tolak troli tu....serius makcik tergelak...sambil teringat gelagat anak2 kecik yang baru pandai berjalan......bayangkan anak kecik jalan sambil tolak stroller....nak brake tak reti....hahahha gitulah....
Ni bukan budak kecik ok, mereka ni adalah pelajar sekolah menengah. Sekolah ni, selain mendidik murid2 biasa (normal) juga ada beberapa kelas peralihan, entah apa term yang digunakan, khas untuk murid2 yang nampak normal tapi istimewa;
Wahai ibu bapa, jangan lah asyik nak salahkan cikgu kalau anak kita tidak jadi seperti yang kita mahu.
Tak di nafi, memang ada cikgu yang kurang ikhlas bekerja, tapi ramai juga yang bekerja dengan rajin dan ikhlas.
Macam kes kat atas, kita nak bawak sorang anak istimewa pun rasa susah, apatah lagi cikgu yang harus mengawal ramai murid2 istimewa ni?
Insaf insaf
Ok stop dulu, takut tak boleh post pulak nanti
Love
McK
Hai mck ;) ... akhirnya I jumpa Ig u ...
ReplyDeleteHai ain, we got connected again, yeah :)
DeleteSaya jengok jugak sebelum ni tapi tengok tak ada entry baru, saya diam je.
ReplyDeleteOh ya? Adam tak ketuk pintu....tu yg tak perasan :=D
DeleteAt last... keluar jugak n3 baru... nak kata tak da masa utk update tak jugak kan... sebab sempat je lagi 'merayau-rayau' kat tesco tu... hehehhe... paham, kadang2 idea tu ada tapi tak reti nak mula, itu yang buat takde update n3.
ReplyDeleteAnak-anak OKU ni kalau dididik betul2 buat kerja rumah, boleh di harap jugak tau McK. Jiran saya ada anak istimewa ni... perempuan, pandai memasak, mak dah takde... dah meninggal, dia di jaga oleh ayahnya... dah anak dara... saya tengok boleh di harap buat kerja rumah.
Hahahaha jenoh tunggu nooo.
DeleteBetul tu setengah OKU lebih cekap buat kerja....kita pulak maluuuu kat depa
oh! terharunya...
ReplyDeletenampaknya pungguk dah tak rindukan bulan lagi dan bulan dah pun jatuh ke riba.
you go girl!!!
Bulan jatuh ke riba? Yr paha feels hot?? :))))
DeleteTq for waking me up. Insyallah, nanti2 ada entry baru
Hi MCK, how you doing? Good to see you back in action, aku pun ada malas sikit.. stop blogging 3 bulan juga. hihihi... But I try lah to update at least once a month.
ReplyDeleteHave a nice day, regards.
Amelia
Hi Amelia,
DeleteThank you. We actually have to inspire each other kan. Tengok kat sini pun kawan2 yg komen bukan update blog selalu, tapi with one comment, you tau ada kawan yang visit & that makes you gigih mau update :))
Have a nice day, keep blogging ya