Friday, April 6, 2012

Tumpang tanya.....

Adakah orang yang nak kawin di mestikan mengisi apa apa borang yang memerlukan kedua2 pihak terlibat, mengetahui detail (peribadi) masing2 seperti no kad pengenalan contohnya ?

Makcik tanya sebab masa zaman makcik kawin dulu tak ada kursus itu ini, borang kebenaran kawin pun bapa yang buat (gamaknya lah).....tak ingat pulak makcik mengisinya.

Makcik tanya sebab pagi tadi makcik agak terkejut....

Routine makcik setiap hari ialah membeli suratkabar buat MIL, jadi sebelum sampai ketangan dia, makcik akan belek belek lah dulu.

Pagi ni kat muka depan ada cerita pasal satu orang yang berjawatan tinggi jugak & pastinya punya kebijaksanaan yang bukan sikit.

Tapi cerita hari ini....dia berasa telah ditipu oleh "isteri"nya setahun selepas berkahwin.
Tipu apa? Dia rasa yang 'isteri'nya itu adalah seorang lelaki.....ya tuan tuan; lelaki yang telah BERtukar....... (sila lah bayangkan..)

Tapi sebab apa lepas setahun? Antara yang di tulis adalah dia syak kerana nombor akhir kad pengenalan 'isteri'nya adalah ganjil {odd number} (perempuan =no akhir kad pengenalan adalah genap).
Heran jugak kan? Itu adalah 'isteri' ketiga beliau & dia kawin kat negara jiran.....tapi lepas kawin tu tak kan lah tak ada urusan langsung yang melibatkan cik abang ni meneliti kad pengenalan 'isteri' kan?

Mengikut berita, dia sekarang mahukan DNA 'isteri'nya diambil.........

Sikit pelik kan tapi benar......

Kalaulah selama ni dia sembunyikan perkahwinan ketiga ni ........hmmm habislah, satu malaya dah tau.

Ishhhh apa dok sibuk pasal orang kan? Hal sendiri pun tak habis......

Harini makcik rajin sikit, so i masaklah........jom makan.


Pegaga masak lemak dengan ikan bilis & kentang

Udang black pepper...(apa blacknya pulak kan?)

Tauhu sumbat


Sorry lupa nak hidang nasi......:)




McK



Wednesday, April 4, 2012

Kitchen Tip...




How i keep my santan; Put in small container/s and freeze.
6 small containers= 500gm santan in total