Friday, February 18, 2011

I've got pocket......you ada?


"Uli-less" pita bread


Masa blogwalk hari tu singgah rumah Along.....peeped thru her kitchen window and......hmmmmmmm
Balik rumah dgn menghafal petua petua dari dia, maka terhasil lah yang ni semalam.
Thanks Along & whoever that originally came up with this brilliant,simple idea .

Macamana nak buat?

2 keping roti, makcik guna gardenia (dapat 2 poket, nak lebih, tambah roti)
1 biji telur, lightly beaten
Breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng

Letak dua keping roti together.
Gelek nipis.
Tekap dengan gelas untuk dapatkan bentuk bulat atau biarkan seperti asal( empat segi)
Celup dlm telur
Gulingkan dalam breadcrumbs
Goreng 'deep fry' sampai cantiklah warna dia(brown)

Baru keluar kuali...sila abaikan 'stretch marks'

Potong dua. Anda akan dapat dua poket separuh bulat(kalau tekap dgn gelas) atau dua poket '
diagonal' (ish, payah sungguh nak susun ayat, maklum dulu BM tak pas)
Isilah poket tu, bukan poket you all tau dengan inti kesukaan keluarga.

Potong dua (halves)

Inti makcik

Bawang besar, potong dadu
Daging burger
Cili sauce/BBQ sauce
lada hitam

Panaskan minyak, letak daging burger, kerat keratkan into smaller pieces dengan senduk.
Campurkan bawang dadu tadi, goreng hingga daging burger agak garing (agak agaklah ye).
Masukkan cili sauce/BBQ sauce & lada hitam ikut citarasa.

Bila dah masak, gaulkan dengan mayonaise.

Letak sayur kesukaan dalam poket & sumbatlah inti/filing.
Selamat menjamu selera.



Nota kaki;

"Uli-less" = tak payah cari resepi roti pita

8 comments:

  1. belen-belen roti tu boleh buat jemput-jemput roti pulak kan...

    ReplyDelete
  2. betoi la KOG, ai dah lupa.....ish ish kan dah bazir...

    ReplyDelete
  3. kita pun dah buat tapi tak berapa jadi poketnya hehe.btol cakap kog tu..belennya boleh buat bingka atau cucur:)tak membazir

    ReplyDelete
  4. poket bocor ke CM? he he mesti duit banyak tu, overflo...

    ReplyDelete
  5. McK, you buat breadcrumbs sendiri or you beli? Sedap rupanya, tapi sejak 2-3 minggu roti rumah saya laku, so tak sempat nak masak cenggini. Maklumlah, saya mogok pots and pans lately ni, heheheh

    ReplyDelete
  6. Lupark,

    Yang ni guna breadcrumbs beli punya. Resepi camni spare utk waktu darurat je...tak nak beli tapi agak malas nak masak

    ReplyDelete
  7. Salam Mc. Wah, cantik gelembung je, inti pun best. Oooo baru paham apa dia uli-less kikiki. Belen roti tu kalau rajin buat ler breadcrumbs, next time tak yah beli. Tapi Along punya dok terperap...hehe.

    ReplyDelete
  8. As salam....cun jugak roti poket nie jika terkejut dek kawan dtg rumah tak bagi tau boleh prepare secara cepat. Terima kasih

    ReplyDelete