Saturday, March 3, 2012

Talam Pisang

Lama tak update, lama juga tak jengok rumah kawan kawan maya ni..............

Nak kata sibuk pun nanti digelakkan orang pulak kan?
Tiap orang di peruntukan masa yang sama; 24 jam.
Makcik dapat 24 jam, you all pun 24 jam, jutawan bukhary tu pun 24 jam.....

Camna dia boleh kaya raya ye?

Macamlah tak tau jawapan kan, semua tu bergantung pada rezeki.
Usaha, doa & tawakkal...rezeki tak datang bergolek......balak je yang boleh golek.

................................ooooooooooooooooo..............................

Resepi ni lama juga makcik simpan. Asal dari Bro Rozan yang tersangatlah pandai dan rajinnya memasak, tengok blog dia, kita boleh malu tau.

Terima kasih Bro, izin saya c&p ya.

Nota: untuk resepi ni, makcik guna 1 kg santan pekat sahaja, campur air untuk dapatkan jumlah sukatan dalam resepi dibawah.




TALAM SERI PISANG

Bahan-Bahanisan Bawah

Lapisan Bawah:
130 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
130 gm gula
1 sudu teh garam
½ sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

Lapisan Tengah (Pisang)
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1200 ml santan ( 800 ml santan kotak KARA + 400 ml air)
120 gm gula
1 ½ sudu teh garam
½ sudu teh vanilli

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

Lapisan Atas: Atas
130 gm tepung beras
40 tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
140 gm gula Melaka (jenis baik)
80 gm gula
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna cokelat

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

6-8 biji pisang Raja yg masak ranum (dipotong-potong)

Loyang bulat 32cm/13 inci
(ambil sedikit minyak dan sapu rata2 pada Loyang .

Cara:

1. Panaskan kukusan dgn secukup air. Gunakan api yg sederhana besarnya. Sementara menunggu air mendidih, siapkan adunan lapisan bawah.

2. Tuang adunan lapisan bawah ke dalam periuk. Ambil satu lg periuk yg kecil sedikit dan didihkan air ke dalamnya. Bila mendidih, tindihkan periuk berisi adunan tadi ke atas periuk air yg sedang mendidih dan kacaulah adunan ini selama 10 minit sehingga naik wap. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

3. Sementara menunggu lapisan pertama masak, siapkan adunan Lapisan Tengah dgn kaedah yg sama. Cuma, bila dah naik wap, masukkan potongan2 pisang tadi ke dalam adunan dan kacau sebentar. Setelah lapisan pertama masak, baru tuangkan pula adunan pisang ini. Kukus sehingga 30-40 minit.

4. Kemudian siapkan pula Lapisan Atas juga dgn kaedah yg sama. Bila dah naik wap, tuangkan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 20 minit.

5. Setelah siap di kukus, buka penutup kukusan dan laplah permukaan kuih dgn tissue jika terdapat wap di atasnya. Biarkan betul2 sejuk, baru dipotong mengikut citarasa sendiri.






7 comments:

  1. WAH SEDAPNYE... BOLEH CUBA BUAT NIH..

    ReplyDelete
  2. Cubalah Hajar, tapi kalau nak makan di rumah saja, reducelah resepinya....banyak giler yg ni.....

    ReplyDelete
  3. nampak sedap.. i want some auntie! hihi

    ReplyDelete
  4. Salam Makcik,
    Takut saya dengar sampai 1 kg santan tu. hihi... Kalau banyak sangat, makcik tungguuuuu, kami sampai tolong perabiskan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1kg tu is actually just 2/3 of the actual requirement...lemak tuuu
      Resepi ni yields a big round pan, makcik guna that big pan pun masih ada adunan lebih.....kalau nak buat untuk sendiri, maybe just buat 1/3 or 1/4 of the resepi

      Delete