Sunday, December 29, 2013

29 Dis 2013............

Lamanya tak update blog..................

Masa agak terhad kebelakangan ni.....

Alhamdulillah, kesihatan MIL semakin baik,

tidak perlu lah "24-hour surveillance" kata orang

tapi masihlah tak boleh di tinggal sorang lama lama

Bila lama sepi.................

Maka blog pun bersawang................

Otak pun berkerawang.................

Macam tak tau mana nak start...................






Acar Limau MakTam



Masa mil sakit hari tu adalah kaum kerabat dari pantai timur datang ziarah.

Dan  kebetulan di rumah  ada  mak sedara yang tolong bantu jaga mil...

Jadi sedara dari Ganu ni dah request mak sedara ni buatkan acar limau .

Makanya pagi2 keesokan harinya, pergilah makcik membeli barang2 yang di perlukan untuk buat acar ni......dia orang nak pulang petang hari yang sama

Kiranya, tutorial untuk makcik jugalah........




Makcik tak ada sukatan khusus, cuma agak2 saja....nanti kalau buat sendiri insyallah mck bagi sukatan.

Bahan2 yang di guna untuk acar limau:

A
Hirisan bawang merah, bawang putih, halia , biji sawi dan juga kulit kayu manis untuk menumis

B

Bawang merah, bawang putih, halia di mesin halus 
Serbuk kari daging


C
Cuka

D

Limau kasturi, belah 4 tak putus, buang biji, perah air dan rebus sampai lembut, toskan.
Kurma
Kismis
Buah melaka (yg warna warni dlm gambar tu)
Lobak masin, rebus & toskan


E
Gula

F
Bijan; di goreng

G
Bawang merah, bawang putih, hirisan halia(julienne), di goreng dengan sikit minyak hingga layu/lembut


Bila siap semua ni, baru lah kita mula..............

Panaskan minyak & tumis A. Bila kekuningan masukkan B dan sedikit air.
Kacau selalu & biar sampai air kering sikit & naik minyak*.
Masukkan C, masak hingga mula mendidih.
Masukkan D.
Masak dengan api sederhana sampai pekat (agak2lah yang ni)
Masukkan E, kemanisan ni atas 'budi bicara (cousin kata "kalau kat ganu ni, kita kena maneh lagi" )
Bila dah sedikit pekat, tutup api dan biarkan acar tu sejuk sikit.
Campur F dan G


Note:


  • naik minyak*   - harap paham ye apa itu naik minyak...bukan yg lembu mengamuk tu tau :))
  • Bila sejuk, acar ni akan jadi lebih kering, jadi kena agak2 lah masa nak tutup api tu....
  • Jangan di campur air (kecuali  masa nak masukkan rempah tadi saja)





McK





Thursday, December 12, 2013

It Works...................



Alhamdulillah, my cloroxology works...at least until now....already past my one week suspense.......

Terima kasih pada yang bagi suggestion untuk avoid sang kucing dari 'down-loading' di tempat yang tak sepatutnya.....

- Minyak Tanah
- H2O aerosol
- Half-filled mineral water bottles
- Lemon zest
- Kasi kucing minum klorox?? hahaha...
- Cacak kulit kayu manis kat empat penjuru

Terima kasih banyak2, pada yang ada masalah sama macam makcik, sila lah pilih dan cuba salah satu dari petua ni, moga berjaya.

Setakat ni makcik dah berjaya....tak kan kucing tu nak tahan berak sampai seminggu kan? mesti dia dah dapat port lain untuk 'download'


Ok lah, makcik pun agak2 ke'tandusan' waktu sikit masa ni.

Insyallah, ada peluang, kita jumpa di alam maya lagi ye...

Mintak maaf banyak2 pada rakan2 blogger yang datang ke Penang pada waktu ni.....makcik tak dapat nak berjumpa ya, sebab waktu nak 'keluar lama2' amat terbatas.

Tak ada sangkut-paut dengan cerita......hanya untuk hiasan




......My 3 heroes pakai baju Kedah...auwwww




McK