Sunday, December 29, 2013

29 Dis 2013............

Lamanya tak update blog..................

Masa agak terhad kebelakangan ni.....

Alhamdulillah, kesihatan MIL semakin baik,

tidak perlu lah "24-hour surveillance" kata orang

tapi masihlah tak boleh di tinggal sorang lama lama

Bila lama sepi.................

Maka blog pun bersawang................

Otak pun berkerawang.................

Macam tak tau mana nak start...................






Acar Limau MakTam



Masa mil sakit hari tu adalah kaum kerabat dari pantai timur datang ziarah.

Dan  kebetulan di rumah  ada  mak sedara yang tolong bantu jaga mil...

Jadi sedara dari Ganu ni dah request mak sedara ni buatkan acar limau .

Makanya pagi2 keesokan harinya, pergilah makcik membeli barang2 yang di perlukan untuk buat acar ni......dia orang nak pulang petang hari yang sama

Kiranya, tutorial untuk makcik jugalah........




Makcik tak ada sukatan khusus, cuma agak2 saja....nanti kalau buat sendiri insyallah mck bagi sukatan.

Bahan2 yang di guna untuk acar limau:

A
Hirisan bawang merah, bawang putih, halia , biji sawi dan juga kulit kayu manis untuk menumis

B

Bawang merah, bawang putih, halia di mesin halus 
Serbuk kari daging


C
Cuka

D

Limau kasturi, belah 4 tak putus, buang biji, perah air dan rebus sampai lembut, toskan.
Kurma
Kismis
Buah melaka (yg warna warni dlm gambar tu)
Lobak masin, rebus & toskan


E
Gula

F
Bijan; di goreng

G
Bawang merah, bawang putih, hirisan halia(julienne), di goreng dengan sikit minyak hingga layu/lembut


Bila siap semua ni, baru lah kita mula..............

Panaskan minyak & tumis A. Bila kekuningan masukkan B dan sedikit air.
Kacau selalu & biar sampai air kering sikit & naik minyak*.
Masukkan C, masak hingga mula mendidih.
Masukkan D.
Masak dengan api sederhana sampai pekat (agak2lah yang ni)
Masukkan E, kemanisan ni atas 'budi bicara (cousin kata "kalau kat ganu ni, kita kena maneh lagi" )
Bila dah sedikit pekat, tutup api dan biarkan acar tu sejuk sikit.
Campur F dan G


Note:


  • naik minyak*   - harap paham ye apa itu naik minyak...bukan yg lembu mengamuk tu tau :))
  • Bila sejuk, acar ni akan jadi lebih kering, jadi kena agak2 lah masa nak tutup api tu....
  • Jangan di campur air (kecuali  masa nak masukkan rempah tadi saja)





McK





26 comments:

  1. saya pass entry ni kat fiza aja lah McK...hihihi..biar dia try buat

    ReplyDelete
  2. sedap i tell youuu..haha...kalau nak buat, sini ada jugak jual limau yg dah di jerukkan...tak payah rebus limau lagi.

    ReplyDelete
  3. sedap ni.....kalau jumpa tempat kenduri yg ini ambil dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nieda..masa tak dak selera makan...acar may help naikkan selera :)

      Delete
  4. Acar buah memang kegemaran saya...masam2 manis...best!...tapi tak pandai buat.
    Mudah2an MIL makcik cepat sembuh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. McK pun tak pernah buat...ni first time tgk org buat.

      TQ, she's much better now

      Delete
  5. MIL duduk di rumah makcik ya? Ke, makcik pergi rumah dia untuk jaganya..? semoga MIL makcik cepat sembuh..Oh, makcik, saya dah privatekan blog 4feet8 tu sebab family pun dah tahu tentang blog tu..nanti makcik deletelah dari bloglist makcik ya..? hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIL duduk ngan makcik.

      Patutla access denied...ok nanti makcik delete

      Delete
  6. xper mak, blog bukanlah hakmilik kekalls., kihkih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer lah tu..bukan freehold khenn. selamat pulang dari umroh wak :)

      Delete
  7. makan dengan nasik minyak.. pehhhh !!!

    ReplyDelete
  8. saya adalah spesies yang tidak makan acar. acar buah, acar sayur pun tak makan juga. apa² buah yang dijadikan sayur, saya tak makan. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, t a t a punya pasai, nanti makcik blajaq buat acar lembu pulak...hehehe

      Delete
  9. assalam Mck..acik nak tulis tak sempat..nak baca pun tak sempat..ni dah mula boleh nak jalan2 blog kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu,semua orang ada kesibukan masing2 kan....blog tak wajib, sunat pun tidak....tak apa kalau tak update/tak kunjung :=D

      Delete
  10. Nak buat acar ni rempah-ratus tu kena betul2 masak supaya tahan lebih lama. Kena banyak bersabar sebab tu Aina ni beli je sebab tak sabar...ahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes aina...agak leceh sebenarnya, betul masak...betul kering....

      Delete
  11. boleh order tak mck?kalau ada acar buah lagi meletoppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, yang makcik buat ni bukan acar buah ke? buah liiimauuu :)) order? haha sat nak chek stok

      Delete
  12. kalau my mom, dia tak pakai cuka.. tak tahan perut semuanya.. malah yg ada gout kesian. so dia ganti dgn asam jawa.. boleh lahh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak tahu pulak boleh guna asam jawa.....makcik pun belum pernah 'hand-on' lagi acar ni..

      Delete
  13. saya suka acar limau ni...memang kene bawak as bekal kat jb ni. penambah selera bila makan nasik. nyum nyum!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, semalam makcik makan nasi+telur dadar+minyak sapi+acar ni= Perghhhh ohsem

      Delete
  14. acar limau ? first time dengar, mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka lya? ish kalu dekat boleh la bagi rasa ..

      Delete