Monday, October 17, 2016

Somewhere Nowhere extended.....



Tajuk kemain lagi...:))

Bila di kata somewhere nowhere tu, maknanya kurang planning...

Dalam satu dua hari sembang sembang......."jomlah kita pi lagi somewhere...sabtu pagi2 kita bertolak.."
pack untuk 2 malam katanya..

Tiba friday pagi, masih lagi...." kita nak pi mana ya....utara lagi ke or east coast?.."

Entahla bangggg, i ikut ja mana you mau pi...

Come friday petang...."Jom lah kita pi malam ni..." dah pulak....ok lah jom!!!!

So malam tu bermulalah  perjalanan belumtentuhala kami :))

Drive sampai Ipoh 11pm, stop cari tempat tidoq....

Google cari tempat and dapatlah.

Murah, tak ada la bath tub, ayaq laju, wifi lajuuuuu; selesa.

Pagi esok 7am, checkout.

Drive ikut Simpang Pulai-Cameron Highland


In times of need and you get this, berpeluh tau...
nasib phone pakcik ok

Kita terus hala Gua Musang, tak singgah CH.
Steady pakcik drive 7 jam, tanpa tukar driver, berhenti sekejap sekejap, makan dan relax.

Bila sampai pun masih tak pasti nak pi mana....ikut ja tangan yang "mengoner"
(read: yang bawak kereta ) :)


Pantai Kemasik-cantik!

Kata pakcik cahaya dah tak cantik untuk ambik gambar, so  kena datang lagi.....jom pi cari hotel dulu.
Awana Kijal dah check awai2, tak ada, nak cari lodging kawasan tu......tak ada /tak jumpa.

Call kawan, dia suruh pi Chukai, so kat Chukai lah kami malam tu.

Makan pun dekat, jalan kaki saja

Esok paginya pergi semula Pantai Kemasik untuk sunrise...




Salah satu gambar hasil bidikan pakcik

Credit: Pakcik Troy


A happy man :)

Makcik?? 
Ni haaaa, ambik gambaq jelly fish yg dah tersadai.......
nampak cam tengkorak pun ada kan

Selesai photog, nak cari makan pulak, ada juga google check kedai makan, tapi kebanyakan tak buka lagi waktu tu, jadi singgah kat gerai yang jumpa dalam perjalanan balik hotel

Bengkang katanya, ada dua kuah cicah, manis dan lemak.
Brown tu kuah manis, putih tu kuah lemak, santan+halba

Checkout- drive lagi......arah Penarik pulak. Singgah lunch kat gerai tepi jalan, senang nampak & tak payah detour arah


Kedai makan, opposite gerai keropok ni.....
tak sah lah mai Ganu kalau tak beli keropok 

Sampai Penarik, google lodging. Alhamdulillah, tidak mengecewakan.


Kanan tu sederet berpintu pintu, 
kiri tu satu rumah empat pintu, kami dok yang kiri tu


Semua pun sedia maklum yang pantai di Pantai Timur adalah "TIDAK BOLEH MANDI"
sangat merbahaya sebab pantainya beralun/bertingkat.

Jadi, Penarik Beach Resort ni ambil pendekatan berbeza; dia sediakan swimming pool :), kreatif.
Tak korek lubang buat kolam, tapi buat platform bertangga & buat kolam (macam besen besar) dekat dengan pantai


Swimming pool ni depan bilik makcik













Pakcik kata bantal keras macam bata...
HAHAHAHA.. hello abang, 
orang jepun korea tidoq guna bantal buluh tau, tak komplen pun
(Tak ada lah komplen, saja buat lawak saja)



Gigih:ubah sampan untuk jadikan prop gambaq dia....
gambaq dia nanti2 dia upload lah, 
makcik tangkap guna henfon saja


Lagi makanan kat gerai; 
nasi dagang (sedap) and pulut kelapa+ikan kering(semestinya sedap)
Tak tau harga berapa, 
yang atas ni + nasi berlauk pakcik + limau ais+nescafe+belanja satu pakcik tu=RM14



Macam tak best ja cerita ni kan................Tak pa lah, untuk simpanan kenangan peribadi,

Hangpa yang baca ni, buat buat seronok pi lah noooo, bayangkan hangpa jugak ikut kami pi jalan2 tanpa tujuan/book lodging ni......best ooooo :))



LOve

McK













7 comments:

  1. Seronoknya jalan2 macam ni. Bebas berdua. Berhenti di mana2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kakcik......kakcik pun ala ala gini jugak kan walau time abg bob tugas luar kawasan?

      Delete
  2. seronok ja kami baca story makcik ini, nanti kami nak ikutlah style tu pi main terjah, pasai apa klau plan selalu x jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya macam tu la NM, siap plan, last2 jadi lain.

      Delete
  3. Selaluna gitulah, plan kaw-kaw punya, last-last tak jadi... senang ikut kata hati, kata nak pi... pi kannn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu, selalu tu plan laaa yoyo-or, bagai nak rak...last sekali dok rumah :))

      Delete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete