Wednesday, November 30, 2016

Part two of two......



 Perth

Part 1  2nov-4nov



Part 2; nov5-nov7

5 nov:
Day 4

Stone and Sand desert @ Pinnacle
Lebih kurang dua setengah jam perjalanan dengan kereta.




lalat banyak masa ni, tutup muka adalah lebih baik 

Dolly, Faisal(adik guide) & tuan tanah



Picnic by the sea at Lancelin

Hampaq tikaq, bukak tipuware, 
angkat pinggan...nyum nyum


get ready to parasail kat Indian Ocean
bukan la kami....mat salleh tu :) 
 credit: Dolly

Dia orang berenang renang....tak takut jaws ponn :)
 credit:Dolly



Gendang gendut tali kecapi, dah kenyang perut, nak pi mana lagi??

Konvoi pi kat 'BUKIT PASIR' untuk sandboarding pulak.
Disini Faisal dan abang dia Marzuki mencabar (boleh ??) untuk makcik sandboarding...makcik  pun sahut cabaran, dengan syarat salah sorang dari depa teman makcik :))

Kat entrance, tak ada gate pun, ada awek cun bagi sewa sandboard @aud10 untuk 2 jam. Kena naik kereta jugalah untuk ke kaki bukit pasir tu...
Masa bawak board tu rasa confident.....menapak naik bukit pasir sampai puncak....cehhhh kat puncak dah ni....

Oopppsssss, slope  kita naik tadi, board tak boleh slide turun sebab landai....mak oihhhh cemana nii???

Patut lah tak dak sapa meluncur turun ikut sini...

Ok ok kita cari tempat sesuai boleh slide down.....tengok la belah sana, opposite dari naik tadi.......ayoyo...very curam wei.....seramm.

Sebenarnya taklah curam sangat (kot la), tapi rasa gayat......tengok orang kat bawah tu pun nampak kecik ja.

Lama jugak lah dok "ishhhh seriau aih".."curam aih"...."takut aih"..."haiiii la awat pi sewa board.." hahaha, sapa suruh gatai pi sewa???

Tak pa makcik (ceh, dok console diri sendiri...), dah mai sini, cuba la apa yang boleh, experience kata omputih.....mana nak dapat adventure kalau tak cuba......bila lagi kan kan kannnn??

Di pendekkan cerita, makcik pun dok ataih board tu seperti yang di bagitau awek cun tu......sikit sikit dok tolak board tu ke tepi curam...dub dab dub dab...........

Wuuuuuuuuuuu, board tu meluncur turunn!
Sebelum tu makcik pakai spek and tutup muka dengan tudung takut pasir masuk mata masuk mulut, halus sangat pasir macam tepung...
Sekejap saja jerit, dah nak sampai bawah....makcik angkat kedua tangan, lost balance....tergolek, dua kali terguling.......satu badan bersalut pasir......macam tepung gomak daaaa

Kalau tadi dah meluncur turun, dia tak akan meluncur naik okay.....maka menapak lah naik bawak board tu sekali.......sila imagine you panjat bukit pasir........pijak jerlus pijak jerlus...begitulah.

Sampai jugak lah ke atas.....tak dak sapa nak dukung hang naik ataih tu...mengah jugak wehhh, tapi tidak lah teruk....rasa teruk sebab kita tak pernah buat. Relax seminit dua, menapak lah turun menuju kereta. Kalau sapa2 nak kesitu nanti, bawaklah goggles swimming & air, untuk cuci muka.
Sandboarding ni story only ya, no picture sebab tak ada siapa ambil. Kalau sesapa google and nampak orang happy ja senyum2 pegang sandboard atas bukit pasir..jangan keliru...:)))), mungkin depa posing saja tau, makcik dah nampak sendiri....Tapi ramai jugak yang meluncur turun ya

Bukit pasir ni terbentuk ikut tiupan angin, jadi tempat curam landainya selalu berubah,
senang cakap, ikut suka angin tu lah.

Pengalaman baru- once a lifetime.

Habih sandboarding, kami drive lagi, strawberry picking katanya. Sekarang strawberry saja, bukan musim apple dengan anggur.
Sekali dengar GPS tu cakap....."turn right and continue straight 85km.." alaaaahai...jauh nyaaaaa.
Bukan sampai lagi ya, ada kot lebih kurang 100+ kilometer! Jauh baq hang.....tapi ni kira dah on the way nak balik la

Strawberry picking @Bullsbrook



Tu dia berlambak strawberry 


Hari pun petang , strawberry pun dah petik.......kita lawat masjid sekejap

Entrance to masjid compound, 
pokok bunga ros sebesar muka di kiri kanan
Ambik muka kita la ya, bayangkan bunga ros
Cantik & Besar masjid ni


Jom sunset ...........

Sunset @ Sorento


Kanan tu adalah resort, kiri tempat "parking" boat
depan tu tempat orang naik feri, tempat makan & kedai 

Ada satu pakcik yang ikut rombongan konvoi 
(dia tak ada dalam gambar ni) komplen
...."Matahari jatuh punnnn depa nak tengok," :))



Dalam perjalanan balik tu kami singgah tapau pizza & kebab dari kedai Turki. Banyak kedai arab kat sini tau,

6 nov
Day5

Kami lawat dua sunday market...macam flea market/car boot  kita sini la. Ada jual barang baru tapi banyak preloved items.
Suka kat sini, banyak benda dapat tengok, macam macam...baju, bags, buku, household items, fridge pun ada jual.

26 km memandu, 30 minit kemudian, kami sampai lah ke Freemantle


Dalam tu macam macam ada; 
makan, minum, souvenirs

mengancam mata menggoda hati


Filo pastry; Cheese and Spinach...perghhh sedap
rupa macam murtabak, tebal dalam 1 1/2 inci

souvenirs: 

 Lepas look see look see dan shopping sikit sikit, masa untuk makan pulak.
Mestilah nak makan Fish and Chips yang sangat lah famous tu. Serving besaq, harga sila jangan convert ya.


Walau perut dah keroncong,  posing jangan abai

Set besar tu @aud49.90, 
pinggan kecik;2 fish dengan chips tu ~aud17
kami kongsi 6 orang, kenyang! Alhamdulillah
Teringin nak cuba yang lain tapi.....kenyangggg


Banyak la nak cerita ni....

Lepas freemantle, dia kata jom pi naik boat, tapi singgah masjid dulu.Kat sini, banyak  masjid, cuma kita tak nampak ja....nasib abang guide ada, tak pening lah nak cari...

Masjid ni kecil, berjiran dengan church, 
dalam kawasan 'rumah besar-besar'   kawasan elite lah kot, 
mesti ada muslim di persekitaran ni...bangganya. 
Ada notis kat dinding masjid 
 "jangan park kereta kat kawasan church sebab ada orang 
hisap rokok dan buang sampah disitu ; 
mereka tak nak church tuduh org masjid buat kerja tu..
 tak nak cari pasal & tutup gate bila nak keluar."
Gate tak kunci tapi pintu masjid dikunci, 
ada no untuk call bila nak guna 
dan akan di beri passcode untuk buka pintu masjid

Kita terbabas sikit kat masjid ; driver terlajak tidur;  bila sampai Mandurah, river-cruise office dah ditutup.
Semestinya Faisal juga tahu, kalau kami miss yang ni, tak tau bila lagi kami dapat peluang....jadi dia pi slow-talk dengan jejaka yang tengah mengunci the last boat....



Jejaka hensem tu(John bukan nama sebenar) tanya dia kenapa lambat (kenal lah tu sebab selalu bawa tourist). Entah apa yang dia cakap, John buka kunci boat, kami buat bayaran (siap dapat discount lagi!!!)...selamat.

Self-driven boat; abang guide lah bawak



Bergaya abang guide kita bawa boat
Makcik pun di beri peluang bergaya bawak boat 
tapi dia set at slowest speed la....
takut jugak satgi over-excited, 
sedaq sedaq sampai laut cina selatan :=D
(Dolly nak jadi passenger saja, tak mau jadi driver)

Banyak rumah private sepanjang sungai tu...
cantik tapi sunyi 



Happy faces; 
Thank you jejaka oz hensem
(dia tolong snap gambar lagi)


Esoknya dah nak balik, so Dolly kata, kita relax relax ja, enjoy persekitaran rumah, cuma......satu hajat lagi .........apa tu??


Laaaa, dia tak boleh "move-on" tanpa ni. 
hahaha so kami mai breakfast pie @ Oscar's lagi sekali, 
 dekat ja dengan rumah, 
kalaulah dia mintak Filo Pastry(dia dok sebut2 jugak), 
jenuh nak drive pi Freemantle pulak :)))


Lepas hajat :)) Marvelous!!!

Being a good guide and host, Faisal tanya kami dah habis pack ke belum. Bila kata dah settle, dia bawak lagi kami pusing pusing, 'buat apa dok lepak kat rumah..' katanya


Sir Charles Hospital, General Hospital

Blue Boat House
ramai buat photoshoot  kat sini

Riverside, dekat The University of Western Australia
cantik persekitaran university ni; in the garden, by the sea

Ni dah kat airport, lepas check-in...tapau kebab, 
siap sedia nak fly balik jumpa darlings 


Serba sedikit pengalaman 6D5N di Perth. Ada lagi tempat2 yang kami tak sampai, insyallah ada rezeki lain kali pulak. Yang ni pun dah kira pack juga....tak lekat di rumah la kata orang2 tua.....

Kalau pi jalan, nak relax saja dalam bilik hotel, carilah hotel cantik selesa

Kalau pi jalan, memang nak jalan2 tengok tempat orang, penginapan bajet dah mencukupi, balik sekadar nak lelap ja kan

Pakcik is a frequent traveller, tapi sangat tak suka fly terutama malam. Tanpa sedar, dia dah track flight makcik!

Mujoq kami tak pakat dgn pilot, 
singgah Darwin ka...:)))


Kami naik flight kebanggaan negara with food dan 30kg.
Anak2 tiga orang tu datang dengan "flight tambang murah" katanya, no food.

Bila tanya harga?????

Hmmmm, tambang kami rupanya lebih murah dari flighttambangmurah tu.





"Friendship is born at that moment when one person says to another: 'What! You too? I thought I was the only one."



"Nothing makes the earth seem so spacious as to have friends at a distance; they make the latitudes and longitudes." 

Love

McK











11 comments:

  1. Kenapa simpan blog yg tak aktif?

    ReplyDelete
  2. Kenapa simpan blog yg tak aktif?

    ReplyDelete
  3. Lepas ni nak ke mana pulak? :)

    Betul....kalau 'tak kena gaya', tambang murah tu sebenarnya jauh lebih mahal dari tambang tak murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la kakcik, angan mmg banyak tempatlah, lamunan terhenti bila bayang fulus :))

      Delete
  4. baru nak packing, dah balik rupanya... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha, lambat sikit, kalu tak boleh jumpa sana kan?:)

      Delete
  5. Dolly pun joint sama ke? Lama dah tak dengaq citer dia. McK, kim salam saya kat dia. Gambaq jatuh berguling kat pasir tu tak da ke? hehehhehh..

    ReplyDelete
  6. yes sweetie, pi dgn dolly.Insyallah will sampai yr salam to her, tadi baru kami lunch-date :))

    Gambaq tu...how i wish ada sbb nak tgk jugak, tapi tak dak sapa bawak camera ke ataih tu

    ReplyDelete