November 2016
Dapat surat tawaran mengerjakan haji dari Tabung Haji. Segala proses mengisi borang pun bermula...
Sementara menunggu jawapan, jadual untuk mengikuti kursus haji pun diberi.
Bermula lah jadual makcik menghadiri kursus haji.....setiap sabtu selama lebih kurang 18 minggu..
Selain kursus mingguan, ada kursus intensif (mengabung para jemaah sekitar daerah) dan kursus Perdana (meliputi jemaah seluruh negeri-Pulau Pinang) untuk memantapkan lagi pengetahuan para jemaah haji.
Makcik dan pakcik memang excited dalam debar......dok tunggu hari berangkat.
Mula lah cari kelengkapan....dari bag ke kain baju ke ubat ke makanan!
Siap buat list lagi....ya lah takut lupa itu ini. Bak kata penceramah tabung haji....
" bukannya tak ada kat sana, tapi sementara nak cari, atau kalau ada pun mahal..."
18 Ogos 2017
Tiba lah hari berangkat, flight bertolak pagi dalam 7.30 terus dari Penang----->Jeddah..
Check-in bermula seawal 2 pagi gitu
Segala proses termasuk urusan imigresen di buat di banggunanTabung Haji, selesai semua, jemaah naik bas terus ke kapal terbang
Gelang yang harus dipakai oleh semua jemaah
sepanjang masa di musim haji
Sampai Jeddah, kami naik bas ke hotel.
Hotel Janadriyah, juga merupakan ibu pejabat TH di Mekah.
Hotelnya 6 orang sebilik, alhamdulillah roommate makcik semua best....
My Sempoi Mekah roommates;
acik urin (on wheelchair), makcik, zahabah,Mah, Azizon & Nurul
Routine di sana adalah sama macam orang lain .......ulang alik masjid, selain tawaf kaabah, tawaf juga segala kedai yang di sekitarnya.....serta ulang alik klinik....demam batuk adalah sangat common
30 Ogos 2017 (8 zulhijjah 1438)
Selepas lebih kurang 12 hari di Mekah, tiba lah waktu puncak haji....Arafah, Muzdalifah serta Mina.....
Bermula perjalanan dengan bas dari Mekah ke Arafah......seterusnya Muzdalifah dan Mina
6 hari disana sebelum balik semula ke Mekah.
Bersiap sedia nak ke Arafah
Tag Kerajaan Arab Saudi...
kena pakai sepanjang di Arafah/Muzdalifah/Mina
Sedikit gambaran dalam khemah di Arafah.
Masa ni khemah belum penuh lagi
Muzdalifah..
Sahabat makcik bersama pasangan
Awalnya.....makan bersama pasangan.....
Lama lama.......... serupa kenduri :))
Bertolak dari Mekah ke Madinah. Bermulalah pula 9 hari di Madinah. Hotel Tabung Haji; Hotel Al-Haram pun dekat dengan Masjid Nabawi
Rakan sebilik bertukar, tapi tak ada masalah sebab kami semua sebenarnya, berjiran bilik je kat Mekah.
Dan satu penerbangan juga...
Latar belakang: Masjid Quba
1 Oktober 2017
Seawal 3 pagi dah kena tunggu bas untuk dibawa ke Madinah Airport
Muka ceria ni pakat nak balik dah....
di Madinah airport
Tiba di Malaysia, sekitar 1 pagi di KLIA ........kemudian tunggu flight ke Penang.
Lain orang lain lah pengalamannya. Makcik dan Pakcik pergi ikut Muasasah Tabung Haji. Tak ada komplen. Segalanya adalah teratur dan kebajikan jemaah sangat dijaga. Ikut saja arahan petugas TH, insyallah tak ada masalah. Kalau ada pun, tak adalah sampai memudaratkan kita.
Sekadar coretan untuk rujukan masa depan
Alhamdulillah...........
Nak cerita lebih lebih pun macam "enjin menulis" tak start penuh lagi..hahahah, dah sebulan setengah balik ke pangkal jalan nihhh.....tak boleh move-on lagi ke makcik????
Blog makcikkantin ni macam "not alive but not dead", I want to continue writing......sebabnya......... bila baca balik entry lama...aduhaiiii.....nostalgia......best oooo.....tak caya????
Cer start buat blog :))
Love
McK