Saturday, March 24, 2018

Relai.....


Anda ada smart tag?

Cehhh soalan...macam kuiz.

Smart Tag.....kita guna letak touch&go kad untuk bayar tol lah..... Dan untuk lalu kat "lorong smart"

Seingat makcik, dah ada tiga generation smart tag ni.

First generation.




Second generation




Third generation



Antara tiga ni..... yang paling tak best sekali......paling koman kata orang kampung, adalah yang third generation.  Baru ja beli dah buat perangai....
Tak boleh baca berapa banyak baki dalam Touch&Go card, kadang tu kalau nasib tak baik, masuk ja Lorong smart tag....dia bagi indication..."tiada smart tag"...kan dah malu.
Pernah makcik tanya kat pejabat di tol plaza....jawapannya ialah, smart tag sales dah discontinued...sebabnya masalah generation ketiga tu la.

Habis yang banyak lorong smart tag kat tol tu nak buat apa?

Alahai, vendor yang buat smart tag tu .....kurang smart lah kot ye?

Makcik bebel ni sebab my first generation smart tag dah relai....tau apa tu relai? nak habaq pun tak tau.
orang utara kata relai tu macam habih tebarai la...pecah, dismantled....gitu lah

Seperti gambaq atas tu, itu lah smart tag yg makcik guna sekarang, siap dgn "rubber band technology"
Beli yang 3rd gen untuk ganti baru.... Sekejap saja dah problem

Pakcik guna yang 2nd generation, alhamdulillah okay ja

Bagus juga myVi baru datang dengan integrated touch&go reader, dah save tak payah beli smart tag lagi.... Kan.