......masih cerita Langkawi.
Petang2 makcik & pakcik akan jalan2 sepanjang pantai Cenang, jamu mata, senaman kaki, relax minda.
Holiday yang tak ada tujuan pasti, selain dari nak relax.
Banyak aktiviti pantai kat sini, banyak pengusaha jadi sudah tentu lah pekerja/petugas pun ramai.
Dan kalau sapa yang dah mai sini akan tau lah.....para "beach boys" ni, mak aih, warna kepekatan mereka tu.......sebab tiap hari berjemoq matahari kan, sampai tak boleh kenai depa ni local atau pun pekerja import.
Makcik ada pi sembang dengan depa, semua cakap omputih..."madam, you want play jetski?"...Ntah depa ingat makcik pelancung ka?..makcik pun tak pasti 'kerakyatan' depa
Alkisah, satu hari lebih kurang jam 7pm, makcik nampak petugas wave bendera merah dan arah semua yang di dalam ayaq tu naik ke darat.
Makcik ni dah dasar nak kepoh.....pi la dekat sorang petugas yg tengah duduk...
Belum buka mulut......
BB(beach boy): Yes madam?
McK: Why they wave red flag?
BB: Oh late oredi 7.30pm
McK: No no..yesterday, same time they wave green flag, apa pasal hari ni merah?
BB masih dok cakap omputih, dok cerita.....sampai lah........
BB: You know hantu ayaq?
McK: (nak gelak pun ada, tapi respect dia & taulah dia org tempatan), Why?
Maka BB pun ceritalah lebih kurang: BB semua boleh tau kehadiran "hantu ayaq", jadi depa bagi warning siap2. Katanya pernah terjadi, orang hilang di telan laut. "Dua tiga hari dia timboi la.."
Hamboi dia cerita relax ja, kita ni dah rasa seram...
Dan katanya ada juga budak2 yang kena 'sembunyi'.....dan dia kata kalau budak hilang....depa akan pi cari kat satu pokok along the pantai tu. Dia tunjuk pada makcik that specific pokok. BB tu kata
dia (bukan BB) suka budak2 & kadang akan sorok budak2 disitu.
Teorinya: Makcik assume red flag tu alert bila ada ombak, mungkin undercurrent yang kita tak nampak.....yang di kata hantu ayaq tu lah.
Tapi kes budak kecik kena sorok memang tak boleh nak reason out lah.....tak mau percaya pun, dia kerja situ tiap hari kannn
Wallahualam.
Apa apa pun, bila kat situ, sila patuhi arahan petugas pantai, depa lebih tau kerja depa.
Memang ada 'flag alert':
Green: Low Hazard
Yellow: Moderate. Weak swimmers are discouraged
Red: Rough condition/under current.
Black; Marine pest present, jellyfish, stingray or seasnakes
Pakcik tengah check best angle untuk shoot
Semua peralatan di angkut bila habis waktu operasi
Sunset @ Pantai Cenang
Ada serupa tourist ka?
Budak kecik tu, dia tembak, kami buat2 tumbang
Hahahah, lagi syok la dia attack kami
Beach boy, beach girls
Makcik pernah naik banana boat masa kat Lumut
Parasailing.....ada brani?
McK