Thursday, October 27, 2011

Kak Bedah Kak Limah



Alkisahnya di satu kawasan bernama Kg Gedong, ada dua orang yang tinggal berjiran, Kak Limah dan Kak Bedah.

Tiap hari mereka berdua akan lepak lepak bawah pokok cempedak, sambil sembang sambil cicah buah jambu.

Satu hari, Kak Limah sudah kata; "Tok aku pernah buat ni...tepung pulut, gula merah, nyok (kelapa)......, aku nak cuba lah nanti.."

"Wokeh wokeh, aku pun nak terai jugak.." sahut kak Bedah.

Then one day.....

"Bedahhhhh, nah aku dah cuba resepi tok aku hari tu......" kata kak limah sambil menghulurkan sepiring kuih.


Lepat liat

Kak Bedah pun tak nak kalah, nak buat jugak, tapi..........camna ye?

"Ooooo Limah, nah, aku pun dah cuba buat kuih tok hang tu.."

"Laaaaa, hang buat kuih apa ni?"

" Aku tak dah steamer, jadi aku bakaq laaaa.." kata Bedah dengan slamberrr.


Gedongggggg

Cak! yes, nama dia Gedong Cak, beli kat Tg Dawai

Rasanya lebih kurang macam lepat liat lah, cuma satu kukus, satu lagi bakor je

Nota: Cerita ni hanyalah rekaan tuan tanah semata mata, kalau ada kak limah & kak bedah baca ni, jangan ambik hati ye





12 comments:

  1. haha ... ni bedah mai nak perambat ni ... cheq x penah dengaq la kuih nama Gedong Cak. kesian naa kalau hak yg xda gigi mkn, lenguh la .. dok pikiaq ni, awat panggil lagu tu ... mmm ..

    ReplyDelete
  2. fuh...sedap dan mengancam nih

    ReplyDelete
  3. sejak menjak ni, dok dengaq org buat lepat liat, teringin pulak....nak buat tak pandai...sapa pandai buat tahhhh

    ReplyDelete
  4. Mck,
    biaq betui ada kuih ni?..:p

    ReplyDelete
  5. Ain,

    Tak tau pulak sejarah nama gedong cak tu.....tak lah liat sgt....combination of tpg pulut, gula merah, kelapa parut....

    ReplyDelete
  6. Azam,

    Ya sedap juga.....makcik first time dengaq nama terus bli 10 pcs nak cuba

    ReplyDelete
  7. Zu,

    Makcik kuih kat gerai sinuuunnn tu pandai buat :))

    ReplyDelete
  8. Zu,

    Makcik kuih kat gerai sinuuunnn tu pandai buat :))

    ReplyDelete
  9. Sally,

    Memang yang tu lah nama dia.....Gedong Cak.

    ReplyDelete
  10. Dyana,
    Kena pi kedah la nk mkn ni....

    ReplyDelete
  11. Rupa ada sikit macam lepat ubi. One of my favourite. :)

    ReplyDelete