Monday, March 26, 2012

How I spent my weekend....

The title sounded like a primary school essay......hmmmm my essay writing sudah hancuss di telan zaman....ah tak pandai lagi.

So is my spoken eng-lish, dah karat sangat, kata pakcik.

Ya lah , sejak dah tak kerja ni, dah tak jumpa omputeh, dah tak tulis report, dah tak masuk meeting......sekarang ni almost everyday...."machaaa...rava tose une, teh tarik big one..." camna nak improve eng-lish kan?

Today is monday, going tuesday....makcik baru nak update weekend punya activity.....

Starting wednesday actually......

Son 2 came back from Sabah.....

Son 1 came back on assignment.....

Attended my good friend son's wedding

SIL and friends came for the fun.....and the run.....

Enjoy the images


Roast Chicken


Apom dot dot- dah di pelbagaikan hiasan atas tu....
entah mana silap, setengah apom tu tersenyum pulak...
colour yang depan tu- mak aih too dark i think

This 'apom dot dot' was a request from my friend's nephew; a 6 yr old boy who probably has seen this somewhere.



Congratulations Farid & Tina - (24th mar).
Pic courtesy of ARWP


The door gift- jam

Dapat jam, balik rumah buat scones......
yang kecik tu cheesy, yg gedebak tu ada prunes.....


Sunday...teman SIL, janz lari...

Her best buddies, setia & sedia teman dari KL


Prihatin...TQ organizer, a make-shift,
just beside the start/finish area

The supporter, the runner, the supporter & the supir :))



Teaser....yg ni Mon order punya, WIP

Oh, Ain & Azam, camni lah kita guna pastry cutter tu...


Sekian.

Good night



Wednesday, March 21, 2012

Jom pi mamak....Tose/Tosai


Sebut kedai mamak, macam macam datang dalam bayangan.......

The many waiters..the noise..the fast service...the tak-paham-look-from-the-waiter-when-we-order-tapi-food-sampai-as-required...the various types of food....senang cakap macam macam makanan kita boleh tengok bila masuk kedai mamak ni.....

One of my favorites bila bertandang ke kedai mamak yang hanya beberapa puluh tapak dari rumah ialah tose....or tosai...or tosey.

Selalu makcik minta tose biasa saja. Bila dah selalu makan, makcik tanyalah abang mamak tu apa lagi yang sedap selain dari tose biasa ni & dia cadang makcik cuba yang lain.


Tose biasa...


Lepas cuba, makcik rasa sedap & sejak hari tu selalu lah makan yang ni and beberapa kawan makcik pun dah ter-addicted dengan yang ni;

My favorite...Rava Tose.
(with shredded carrot, daun kari, lada hitam & jintan)


Tose Massala (i order ni sebab nak ambik gambar...)
inti= ubi yang dimasak bersama bawang, kunyit & biji sawi)

Ada lagi beberapa nama dari tose ni....

Tose garing/paper tose - tose biasa yang digaringkan jadinya lebih rapuh(crispy)

Tose cheese - sudah semestinya di tabur cheese lah

Utapam - pelik sikit nama tapi ini tose yang ditebalkan, jadi dia lembik sikit..(sshh shh...orang tua tua suka la yang ni)


Kesianlah pulak kalau tak cerita pasal yang satu ni, walau dari specis yang berlainan, ia tetap membuatkan orang kagum bila melihat abang M membawanya ke meja.....



Roti Tisu

Roti tisu; roti canai yang di besarkan tebarannya, di tabur gula, digaringkan, digulung tinggi ala piramid, di curah sikit susu pekat/madu/strawberry syrup. Bila di bawa ke meja, roti tisu ni di baringkan ke atas 3 pinggan 'daun pisang' mcm dlm gambar tu- kira dekat 3 kaki jugaklah panjang roti ni. Boleh lah share ramai2 sebab yang ni lebih menyerupai snek rangup yang lemak lemak manis



Monday, March 19, 2012

Ayam Percik




Buat ni as part of BBQ dishes masa pakcik buat gather gather kat rumah baru baru ni.

Lebih tu simpan dalam freezer and bila nak makan just grill dalam oven saja.

Ayam Percik
Source: Pakcik (given to me easily abt 30 yrs ago)

1 ekor ayam, potong ikut suka (makcik guna drumstick/wings)

Bahan perap

6 ulas bawang merah
1 " halia
Gula
Garam

Mesin/tumbuk semua & perap ayam (1/2 jam ok, semalaman pun lagi ok)

Kuah:

8 ulas bawang merah (mck guna 1 bwg besar)
1/2" halia
8 cili kering (mck guna yg dah siap blend)
1/2 tsp belacan
1 tsp gula
1 Tbsp cili sauce
Garam secukup rasa
Tepung jagung (agak dlm 2 tsp)
1 Cup santan
2 batang serai (yang ni mck tambah)

Note: Ikut suka banyak mana cili...kalau tak letak langsung pun boleh

Letak semuanya dalam blender, campur sikit air dan mesin halus.
Masak atas api perlahan, kacau selalu
Dah mendidih sikit, rasa secukupnya, tutup api.


  • Letak ayam perap tadi di atas grill
  • Agak separuh masak, percikkan/sapu ayam dengan kuah tadi
  • (mck angkat & celupkan saja ayam dalam kuah tu)
  • Bakar semula hingga masak garing

Masa nak hidang, perciklah lebihan kuah tu atas ayam






Friday, March 16, 2012

Maple Syrup Jumbles


Salam Jumaat.

Dah simpan lama resepi ni.....dari mana dapat pun dah lupa, tapi makcik letak sini, senang nak refer nanti

Simple snack & tidak mengecewakan,

Tak tau kategori apa, kita letak dekat cakes/teacakes lah ya.

Maple Syrup Jumbles

Source: dah lupa, maaf tuan punya resepi, saya share kat sini

Ingredients:
  • 90 g butter
  • 1/3 cup maple syrup
  • 1 1/2 Tbsp castor sugar
  • 4 cups (120g) cornflakes
  • 1/2 cup chopped roasted cashew nuts
  • 1/4 cup desiccated coconut
  • 1 Tbsp toasted sesame seeds

Method:
  1. Combine butter, syrup and sugar in a pan and stir at low heat, till sugar just melted
  2. In another bowl, mix together all the other ingredients.
  3. Add in syrup and mix to incorporate the syrup/dry ingredients.
  4. Drop in patty tins ( i put in paper cups)
  5. Bake @ 180'C, abt 10 mins.




Monday, March 12, 2012

Cerita Benar....



Live a good life

Don't spoil the horizon


Be thankful of HIS blessing





Pictures above courtesy of troy16

Dah habis kenduri kendara minggu ni.

Minggu depan pulak satu lagi


Tahniah Izzati & Safuan

Pagi tadi masa balik dari hantar sedara-mara ke airport, terpandang kereta belakang melalui mirror kereta makcik......

Very disturbing.........
Gambar yg makcik ambil, thru the mirror adalah tidak jelas;

Pelakonnya;

Dalam kereta ada seorang bapa, seorang isteri serta sepasang anak kecil (anak mereka lah tu sudah pasti). Anak lelaki tu (i think) is not more than 5 years old and the little girl is on the mother's lap.

Ceritanya;

Sibapa a.k.a the driver dengan selambanya mengeluarkan rokok, letak kat bibir & menyalakannya. Dia turunkan separuh cermin sebelah pemandu and lepas sedut rokok tu dalam dalam, petik petiklah abu keluar tingkap tu.

Motif makcik bercerita;

Adakah dia sedar apa yang dia buat?
Tak kesian kah pada anak dia yang bernafas di dalam kereta yang 3 daripada tingkap tu tertutup rapat?

Tak perlulah nak elaborate kerana semua orang boleh berfikir dengan bijak kan?

Tapi pastinya satu hari nanti anak2 akan 'berkata kata' dalam hati......

" Masa kecil, ikutlah kata nasihat orang tua tua, bila besar, buatlah apa yang kamu suka.."

Wallahualam,

I am very sad


image tak clear..tapi nak letak juga...


McK


Wednesday, March 7, 2012

Cinta Ungu



Puhhhh, lega dah siap!


Tuesday, March 6, 2012

Apple Crumble-2




Lama tengok apple tersadai kat dapur, strawberry & blackcurrants pun dah kesejukan dalam freezer.......tahap kerajinan pun lebih sikit...............


This is what i do this time round, no specific recipe, just using what-you-have stuff

The Fillings:

10 green apples, cored, skinned & chopped
1~2 C strawberry
1 C blackcurrants
1 C brown sugar
Dash of cinnamon powder, more if you like.

(*) Cinnamon powder can be replaced with cinnamon bark, just throw in 1 pc together with the above and remove when done.

Put everything in pan and cook, low fire until almost all liquid is gone.


Apple jam with Strawberry & Blackcurrants

The Pastry:

500 g flour
250 g cold margarine, chopped
Ice cold water
1/4 C brown sugar

Place flour and chopped margarine in bowl and using rub-in method, work until it becomes like breadcrumbs.
Add cold water, 1 tablespoon at a time, use fork to incorporate.
Put in plastic bag and place in fridge for about 30 mins.
What i do after this is, I put aside about 1/4 of the portion- for my crumble
The rest of flour, I add in more water until I am able to roll them
Roll and place in pastry dish, cover with aluminium foil and blind bake for 15 mins @ 160'C
Remove foil and continue baking for another 10 mins or until the pastry turns slightly brownish.
Spread cooked apples on top of the pastry.
Sprinkle the crumbs(that you've put aside) until it covers the apples.
Bake for 15 mins or until the crumbs turns brown to your preference.


Serve on its own or take with custard and ice cream

The last time I did it differently


DSC00825a.jpg



Monday, March 5, 2012

Pastry Cutter


Sudah lama mencari, baru hari ni dapat ku miliki :))

Saturday, March 3, 2012

Talam Pisang

Lama tak update, lama juga tak jengok rumah kawan kawan maya ni..............

Nak kata sibuk pun nanti digelakkan orang pulak kan?
Tiap orang di peruntukan masa yang sama; 24 jam.
Makcik dapat 24 jam, you all pun 24 jam, jutawan bukhary tu pun 24 jam.....

Camna dia boleh kaya raya ye?

Macamlah tak tau jawapan kan, semua tu bergantung pada rezeki.
Usaha, doa & tawakkal...rezeki tak datang bergolek......balak je yang boleh golek.

................................ooooooooooooooooo..............................

Resepi ni lama juga makcik simpan. Asal dari Bro Rozan yang tersangatlah pandai dan rajinnya memasak, tengok blog dia, kita boleh malu tau.

Terima kasih Bro, izin saya c&p ya.

Nota: untuk resepi ni, makcik guna 1 kg santan pekat sahaja, campur air untuk dapatkan jumlah sukatan dalam resepi dibawah.




TALAM SERI PISANG

Bahan-Bahanisan Bawah

Lapisan Bawah:
130 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
130 gm gula
1 sudu teh garam
½ sudu teh esen rose
sedikit pewarna merah

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

Lapisan Tengah (Pisang)
120 gm tepung beras
40 gm tepung kanji (ubi)
1200 ml santan ( 800 ml santan kotak KARA + 400 ml air)
120 gm gula
1 ½ sudu teh garam
½ sudu teh vanilli

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

Lapisan Atas: Atas
130 gm tepung beras
40 tepung kanji (ubi)
1000 ml santan (500 ml santan kotak KARA + 500 ml air)
140 gm gula Melaka (jenis baik)
80 gm gula
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna cokelat

* Campurkan kesemua bahan di dalam bekas/mangkuk dan kacau rata-rata. Kemudian ditapis dan ketepikan.

6-8 biji pisang Raja yg masak ranum (dipotong-potong)

Loyang bulat 32cm/13 inci
(ambil sedikit minyak dan sapu rata2 pada Loyang .

Cara:

1. Panaskan kukusan dgn secukup air. Gunakan api yg sederhana besarnya. Sementara menunggu air mendidih, siapkan adunan lapisan bawah.

2. Tuang adunan lapisan bawah ke dalam periuk. Ambil satu lg periuk yg kecil sedikit dan didihkan air ke dalamnya. Bila mendidih, tindihkan periuk berisi adunan tadi ke atas periuk air yg sedang mendidih dan kacaulah adunan ini selama 10 minit sehingga naik wap. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

3. Sementara menunggu lapisan pertama masak, siapkan adunan Lapisan Tengah dgn kaedah yg sama. Cuma, bila dah naik wap, masukkan potongan2 pisang tadi ke dalam adunan dan kacau sebentar. Setelah lapisan pertama masak, baru tuangkan pula adunan pisang ini. Kukus sehingga 30-40 minit.

4. Kemudian siapkan pula Lapisan Atas juga dgn kaedah yg sama. Bila dah naik wap, tuangkan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 20 minit.

5. Setelah siap di kukus, buka penutup kukusan dan laplah permukaan kuih dgn tissue jika terdapat wap di atasnya. Biarkan betul2 sejuk, baru dipotong mengikut citarasa sendiri.