Cerita 1:
Sebenarnya nak story pasal ni lebih awal...
Tapi dek kebizian yang di buat buat....
Maka cerita skolah rendah hanya keluar harini lah...
Masa makcik buat
entry ni, ada yang tanya samada cikgu sekolah makcik adalah "imported" sebab makcik belajar disekolah orang putih.
Agaknya kalangan yang baca ni ada tak yang sezaman dengan makcik?
Cikgu cikgu yang ada di sekolah tu ada lah orang tempatan, iaitu cikgu lepasan maktab di Malaysia.
My class teacher masa tu: Miss Phelomena Gomez, cantik, dialah wanita pertama yang makcik lihat pakai skirt, sungguh lawa.
Ewahh, mata makcik ni suci ja masa kecik, tengok semua wanita pakai kain batik/kebaya atau nyonya in seluar panjang saja.
Adala "Nyonya Clorox" pakai skirt dok jual clorox dari rumah ke rumah masa tu, tapi depa pakai stokin panjang, so no flesh exposed.
Subjek yang di ajar?
English, Math, Bahasa Melayu, Health Education, Civic, Ugama Islam, Writing.....
Dan pasti Bahasa Melayu & Ugama Islam adalah dalam Malay, the rest in english lah...
Health education adalah pasal jaga kesihatan lah, straight forward tapi very educational/informative.
Civic lebih pada tata tertib berinteraksi, juga peradaban kebersihan contohnya: buang sampah dalam tong sampah, apa perlu buat bila jumpa dengan orang..........
Lepas tu ada pelajaran 'Writing', sebab ramai yang bila masuk darjah SATU, knowledgenya adalah ZERO, makcik tak terkecuali....
Kami diajar cara nak tulis capital letters dulu..mengikut line2 dalam buku writing tu...kemudian baru huruf2 kecil...masuk darjah 3, ajar tulis 'cursive' pulak...
Google image
Yang bestnya bila buat writing ni..., di line yang tengah atau the very last line, kami di suruh buat design...nak describe susah sikit tapi kami akan buatlah apa2 design, line berombak, geometric design dan warnakan...jadi macam tak boring la tengok page tu
Macam ni laaaa...lebih kurang
Secara ringkasnya zaman dulu, cikgu provided us from the most basic of education....tulis ABC, 123..
Tak macam anak betuah zaman sekarang, masuk darjah satu, ada yang boring sebab apa yang cikgu ajar, dia dah tau semuanya sejak umur 5 tahun!
Google image
Bila tiba pelajaran Ugama Islam, pelajar Cina & India di bawa ke kelas lain dan mereka di ajar bahasa masing2; tulisan dan lain2.
Ada student yang pandai akan 'lompat kelas'; sekarang pun masih ada kot...dan yang teruk sangat tak 'naik kelas'; sangat lah rare
Masa physical education (PE = pendidikan jasmani) cikgu pun akan pakai baju sukan masa kat padang.
Oh, cikgu turut turun padang pakai baju sukan ni berlarutan hingga makcik sekolah menengah pun....
Tu lah kot lebih kurang cerita sekolah omputih zaman dulu....sekian
Cerita 2:
Pada satu hari, son2 call sambil tanya apa/macam mana nak masak dengan bahan2 terhad yang ada kat 'dapur' orang bujang....:))
Kelas tu anakku, tapi....(MasterChef la pulak)...
ada dua bahan kanji di situ...nasi dan kentang...
hentam la labu....janji kenyang
McK