Atau ada juga yang panggil nasi kunyit...
Masa makcik kecik2 dulu arwah tok (sebelah ayah) akan buat pulut kuning pada setiap hari jumaat & di bawa ke masjid berdekatan.
Makcik pun tak tahu significantnya pulut kuning ni...ingat mesti kena buat hari jumaat saja.....bila nak kenduri saja.....dan di makan di masjid sahaja.....
Yang tahu bila tok bawak pulut kuning ni, akan lalu belakang rumah makcik dalam perjalanan ke masjid, so makcik pun akan join the entourage..... budak2 akan just ikut my tok, as she passed their houses......best kan? cuba bayang.....
(ada serupa cerita mat saleh tiup trompet, panggil sang tikus ikutnya ke sungai?....:=D )
Dah tiba di masjid, she will throw some coins into the kolam.....yang orang dok guna untuk ambil wuduk.
Budak2 lelaki akan "terjun" (terjun la sangat dalam kolam yang tidak lah dalam tu ye..) dalam kolam tu......"randok ayaq" and will try to collect the coins kat dasar kolam.
Seriously, makcik tak tahu kenapa di buat begitu...dok ingat ia adalah satu adat sebelum kami boleh menikmati pulut kuning tu....di makan dengan telur dadar (telur+bawang+cili)
Dah tua2 ni barulah boleh 'connect' kejadian....
That's a sure way to get someone clean the kolam, sebelum letak air baru....just in time before orang datang sembahyang jumaat....hahaha
The process of "randok ayaq" tu akan buat kan all the 'dirt' yang settle kat dasar kolam tu timbul.
syiling yang di buang tu tak lah banyak....so bila budak masuk kolam, they have to sort-of comb the area dengan kaki untuk sampai tengah kolam tu....
Jangan tanya macam mana pakcik yang jaga situ buang air kolam yang banyak tu & replace dengan air baru ya (kalau tak ada pili masa tu...cedok air telaga?.)....makcik tak tahu...
Kita cerita "RANDOK" pulak.....Cuba cari dalam kamus dewan online tak jumpa lah pulak....so i guess its bahasa pasar la kot...
Randok ni is a term given bila kita "walk/pass" through something (but not everything!)..
Makcik cuma pernah dengar perkataan randok di guna pada 2 kejadian;
Randok ayaq; Walking/wading thru water (randok ayaq bah = wading the flood water)
Randok api; Haiyooo....... ni haruslah bila thaipusam kot baru dengaq.......
"jom kita pi tengok depa randok api..."..
as people don't simply randok api okay....nak mampus??
okay okay itu ceritanya....ni cerita lain pulak.
Haritu makcik buat kari ayam, tetiba ja teringat nak makan pulut kuning.
Selalu pulut tu kita kena rendam semalaman, baru lah di kukus...
Ni cara buat pulut kuning versi cepat (versi terketaq ketaq)
(ilham: Queenie - she doesn't blog anymore)
Bahan2:
250g pulut, basuh bersih
1 cawan santan pekat
Secubit garam
daun pandan, i simpul
Kunyit
Asam keping (tak letak) - selalu masa rendam, di letak asam keping utk dapatkan pulut yg berkilat
Campur semua bahan tu dalam periuk bersesuaian.
Pastikan santan separas dengan pulut, kalau kurang tambah air.
Masak atas api perlahan, kacau selalu (macam nak buat ketupat palas ya)
Bila dah agak2 setengah/tiga suku masak, pindahkan ke periuk kukus.
Kukus lah hingga masak.
Siap
Tak letak asam gelugoq pun pulut tu nampak elok berkilat.
ReplyDeleteMintak sikit. :)
meh lah sini kakcik :). Ya berkilat juga...dek santannya lah tu...
Delete'RANDOK' buat nama rock band pon cool jugak... \m/
ReplyDeleteKalu nak go international kena "RUNDOCK" :)
Deletepinggan bunga itam tu santek!
ReplyDeleteItu piring....sebijik tu je yang ado
Deleteada ' hikmah' di sebalik ' ritual' yg dibuat tu kan makcik..hihihih..bersihhh kolam :)
ReplyDeletepernah try makan pulut dgn mangga tu? :P
Tu lah....never thought of that...otherwise jenuh laaaa tok siak tu nak mencucinya
DeleteOo..mck tanak dulu baru kukus ye..acik terus kukus je..boleh jugak kan
ReplyDeleteterus kukus dengan pulut terendam dalam santan okay kot, mungkin makan masa lama sikit la
DeleteHello Makcik, been over 30 years since last my eating tu pulut kuning or nasi kunyit.
ReplyDeleteFrom my own experiences was usually at Malay weddings. And with curry ayam ke daging.
Love the scent too.
I must ask my wife try make this nasi kunyit....
That word 'randok' I think boleh pakai as in, "saya nak randok blog kawan". Boleh ke?
But definitely awas if say, "randok rumah girlfriend". Ha ha ha.
Have a nice day.
Lee.
Hello Lee, 30 years...i think you have forgotten how nasi kunyit tastes like....doesn't taste like couscous tau :))
DeleteYears ago, yes, you only get to eat pulut kuning at kenduris, but now you can easily get them at pasar malam or at hawker stalls selling breakfast....
Hahahaha you mau 'randok rumah girlfriend?'....i guess you can use that term...kasi tau itu new term hahahaha
Thanks for liking my header pics. I AM TROY sudah bagitau, header pic mesti letak gambar family.....so here we are...
OOOO tak boleh dapat babygirl lagi however hard i try...sudah expire, kedai sudah close, itu padlock pun sudah karat....hahahah
Take care, have fun and don't bully mrs lee okay :)
Makcik, ini saya...got fascinated with your nasi kunyit lupa mention....saya suka your header pic gambar...with the really very nice t-shirts, and the 3 handsome men in your life.
ReplyDeleteBila la nak have another addition, Makcik? A baby girl. Ada tu tiga babysitters, ha ha ha.
Lee.
saya tau " randok" tu. org utara mesti tau punya
ReplyDeletelama dah tak dengaq orang guna perkataan ni.....
DeleteNostalgia pulut kuning....selalu untuk upacara yg istimewa tapi sekarang ada dihidangkan di restoran sebagai sarapan. Saya terliur dgn baca & tgk hidangan puan. tkasih berkongsi resepi
ReplyDeleteYa mmg nostalgia....infact, makcik pun masih crave for pulut kuning ni...nak makan dengan telur dadar pulak...
Deleteraya 1st ari tu pulun makan pulut, konon kalau pregnant boleh je makan apa2..malam tu xleh tido perut kembung..punya la sakit huhu
ReplyDeleterandok tu selalu guna kalau nak randok ayaq sungai ke..ayaq kolam ikan ke kan mck..
hahahaha ...errrr apa beza perut kembung pasal pulut dengan kembung pasal ?? :))
Deleteya zie...randok ayaq ngan randok api ja....lain lain tu redah ja kot :)
hahahaha mck ni..hehehehehe *blushing*
DeleteNampaknya terpaksa la saya tanak pulut kuning hujung minggu ni. Kecur tau!!
ReplyDeleteTanak lebih!!!!!....ai pi sana makan pulak :))
Deletesalam McK,
ReplyDeletei have been looking for memasak pulut cara kak Q... nasib baik ler makcik ada reci[pe ni...i copy yer... tq...