Thursday, January 26, 2012

Panggilan Pulau....

21-24 jan.

Makcik & pakcik arrived by flight, ramai orang tapi okay......takkan nak request ada 2 orang saja kat pulau kan?

Son Alif & nephew Imran naik kereta.....kata mereka..."Jam gilerrrrrrrr..."....took them about 12 hours to travel ~ 500km.
Midnight baru dia orang sampai Kuala Perlis, bermalam kat situ & early next morning beratur nak naik feri......pukul 6.30 pagi......line queue dah lebih kurang 100 meter di hadapan mereka!

They finally arrived in the afternoon, the normal 45 minutes journey took them about 1 1/2 hours, tak tau pasal apa...

  • Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat; contoh Kuah ke Pantai Cenang adalah agak jauh, jadi travelling ambil masa jugalah.

  • Banyak tempat2 menarik untuk dilawati, tapi kami tak pergi kesetengah tempat sebab tak nak habiskan masa dengan menunggu...eg cable car, underwater world...lain kali boleh pergi lagi insyallah.

  • Service tempat makan adalah agak perlahan......lapiklah perut sikit sebelum pi makan, kalu tidak boleh jadi hulk.

  • Pemandangan/scenery sangat cantik! Breathtaking!

  • Paling penting and best masa tu ialah "family bonding"

Layanlah gambar2 yang tertera kat sini ye, bak kata pujangga....a picture tells a thousand stories



Adil

My son, Adil met us at the airport. He is doing his internship there and will finish in february.
Kiranya official tourist guide jugak la....superb Adil!



@Dataran Lang

Tak sah tak datang sini kan, the island's landmark. Tapi sebab masa tu sangatlah panas, makcik snap (guna handphone) dari bawah pokok sahaja, jadi terpaksa berpuas hatilah tengok belakang burung tu saja.


Permata hatiku



The jantans did go-carting...makcik jadi gadis litar je





Gambar di ambil sebab pakcik kata makcik ni tersangatlah pendeknya.......pendek sangat kah aku? Tak apa, duduk sama rendah, berdiri mungkin tak sama tinggi tapi umur sama tua.



Makanan dekat The Loaf ( @ Telaga Harbour Park) sangat sedap (sebab semua yg kami order tu sedap belaka). Kita order a few more (plus bread) tapi tak sempat snap gambar.




Gadget freak. Lain kali jalan, tepon simpan kat bilik!




Masa melawat Galeri Perdana, my son said i looked like the one beside Tun Mahathir when i was young...........banding dengan sekarang, boleh pitam 10x!



Gambar atas ni pulak masa boring tahap gaban (semua org dok sebut...gaban tu apa ya?) tunggu makanan yang tak kunjung tiba. Last last, we put some money on the table for the drinks yg kami dah minum & blahhhhh


Sunset @ Padang Mat Sirat......cantik scenery dia tapi gambar ni tak edit pun
& taken from my handphone.


Evening near Harbour Park


Buildings fronting the habour @ Harbour Park




Chalets by the Pantai Cenang beachfront



Chalet by the beach

The second day we cycled along the beach, dah lama tak naik basikal...mengah makcik tapi best....(tak bolehlah ambik gambar sendiri atas basikal- takut terbalik)



Another view taken @ Burau Bay. This was where we met a guy from New Jersey who said he had never seen a coconut tree (right) and the 'fern' tree (left) in his life. This is his first visit to Malaysia and was amazed with his new discovery



Pebble Beach @ Datai. Nice and peaceful...tapi jauhnya dari pekan, subhanallah,




Syarat Wajib beli @ langkawi



McK

Friday, January 20, 2012

Sambut naga



Kata jiran sebelah........

"Hope we prosper in the year of the dragon........." masa makcik beri kek pada dia.

Ohhh, makcik pun tak ingat perasan ini tahun naga...

I've not been a good neighbour lately....raya pun always miss giving her goodies, dia punya new year pun i seldom see her.......

Since tahun ni tahun naga, aci tak kalau kita makan buah naga banyak banyak.........

Happy New Year to all Chinese friends and happy holidays to all....

Seminggu ni beratlah Pulau Pinang menerima beribu ribu orang dan kereta....jalan & tempat makan akan jadi penuh sesak......& this is the time most penangites will stay home, unless they have visitors...

And makcik & hubby will be away to another pulau.....




Ni lah rupa kek yang di buat tadi.......resepi boleh refer kat sini, bezanya cuma, makcik guna whipped cream.....rasanya....ish ish ish lebih sedap tau




Sunday, January 15, 2012

Tangan bercakap

My sewing machine needs a holiday...........bunyi pun dah tak sedap, serak serak gitu.

Since the supplier is coming over, i might as well surrender my bernina for servicing......

And for the past few weeks, among those that i have completed......

I'll let my hands do the talking...




My bernina




"Sandbag" that acts as a weight for son's camera/tripod,
rough sketch given without dimension
& this one turn out to be small....kenalah buat one more..


"Cone" to keep scissors,



Patchwork blocks....one each for participants
in "2012 Birthday Block of the Month"(Quiltgroup)


Quilt top that has been long overdue, awaiting completion



Tuesday, January 10, 2012

Grow up, boy

image source: google search


Makcik tak berapa minat nak bincang pasal ni, tapi agak terpanggil jugak sebab cerita ni melekat kat kepala ni...tak nak keluar

makcik tak ikut perkembangannya, tapi harini punya tajuk kat sini buat makcik pi beli paper & baca sampai habis.

Dia
- Di gantung 3 semester kerana kesalahannya itu.
- Mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib kerana tidak di panggil membela diri.
- Akan memfailkan saman bagi mencabar penggantungannya.
- Juga ada kesalahan tatatertib sebelum kes ini & pernah diberi amaran
- Adalah bakal pendidik, yang akan mencorakkan generasi depan.
- Telah melanggar akujanji yang diikrar pada hari orientasi.

Makcik tak pasti samada dia ni betul atau tidak dan tak pasti jugak samada you orang sokong dia................
tapi bagi makcik yang tak berapa bijak ni......kalau dah skolah kata pakai baju putih & seluar hijau (contoh) kau datang pakai jeans & t-shirt, salahkah kalau pengetua ambik tindakan?

Adli oh Adli, grow up boy, you have actually put your parents down.

Tak pasal pasal kawan2 dah keluar mengajar, kamu lagi 3 semester baru nak sambung balik........

Boleh bercakap tapi berhati hati, boleh bertindak tapi berpada pada.

(maaf kalau badik badik dia baca... this is my personal opinion)

He deserves the punishment!

Sunday, January 8, 2012

Big car small brain



Di pagi Ahad nan syahdu.....(eh syahdu tu apa ya?), ku bangun tidur.....weather very clear.......minda je tak clear!
Hah, nak masak ke tak nak masak?
Pertanyaan cepu mas ni kalau ada jawapan, senang sikit tapi kalau "apa pun tak apa?" mau masak apa?
Apapuntakapa sup ke goreng? :))

Lesson 1: Ahad tak payah masak! Makan ikut suka je....


Makcik lazy lazy baca fb, tengok blog, baca email, read e-news......lepas tu siap nak pi market.

teringat duit dlm purse tinggal rm5 je campur 'duit besi', so seblom pi market kena pi "tekan" duit dulu lah kan? (kenapa harus menekan utk dapatkan duit?)

Start keta terus ke atm berdekatan.......only to realize, my atm cards were in another bag!
Patah balik, stop kat belakang rumah.....nak masuk ikut pintu dapurlah....haishhhhhh, this kereta punya bunch of keys tak ada kunci belakang!

Ni dah serupa Pak Pandir............

Lesson 2: Redo your purse (or bag) so it fits any bag you carry. This is in my 'to do list'



Hari semakin panas, hati makcik pun makin 'going upstairs' .....

Dah ambik atm cards, dalam perjalanan, ada pulak satu orang tu....bawak kereta ikut suka slow dia pastu park ikut suka sedap dia saja, obstructing other traffic behind him.

Lagi satu episode boleh buat 'blood-go-upstairs'..............sabaq makcik sabaq.

Had this guy in big car put his little brain slightly up to where it is supposed to be, everything should be smooth sailing........

Everywhere seemed to be crowded today...on the road, in the mart & at market. Ramai ramai ni buat makcik susah nak nafas....fenin pun ya, tapi no choice, i've got to buy something.

Lesson 3: go back to lesson 1

Dah nama pun "sun" day; the day meant to be under the sun! Sorilah not for me....ini adalah hari makcik belek muka pakcik.......hahaha


Jadinya makcik buat nasi goreng saja....


nasi goreng kantan with ayam cili
and sayur goreng ikan masin


Malam nanti? Hmmm makan lah serawa/pengat keladi yg ai buat tadi tu....

Note: Malam ni adalah final Master Chef Malaysia. Makcik jarang follow, tengok bila tertengok....rasa malam ni macam nak tengok - doktor gigi & pekebun tu berentap....best agaknya





Thursday, January 5, 2012

Nasi Arab

Happy new year to all. Lama tak update, banyak juga nak cerita kat sini, setengah ingat setengah dah separuh lupa......

Dah tahun baru, umur pun bakal tambah satu lagi, semua orang dok tanya..." eh apa azam tahun ni?...."

Hmmmm tahun ni azam makcik nak tunaikan apa yang tidak tertunai tahun sebelumnya....boleh kan?

Year in year out, you find something new in life; things that you like doing before did not thrill you anymore, you venture out & discover something new that excite you.

Kenapa tak boleh berfikir lebih jauh ye makcik? Ish tak kan tahun baru ni otak jadi 'semput' kot?
ok enough babbling, lets share something that i made recently.

Nasi Arab. Rasanya ia datang dalam berbagai rupa dan rasa, lain orang lain cara membuatnya. And this is one of it.

Nasi Arab:
source: Noraini aka mem as we fondly call her

(Sukatan guna tin susu cair)

2 tin beras basmathi
3 tin air
~1 cup angel hair spaghetti (kalau beli fr kedai arab, angel hair nya lebih halus)
2 batang kayu manis
2 bunga lawang
4 cardamom (sori tetiba tak ingat nama melayunya, bila ingat makcik tukar ok)
sedikit minyak/minyak sapi.
Daun pandan (tak ada pun tak apa)

- Panaskan minyak dalam periuk
- Masukkan kayu manis, bunga lawang & cardamom.
- Tumis sekali spaghetti (kalau guna angel hair, sila patah2kan kasi pendek ~1/2"-1")
- Bila spaghetti dah agak brown, masukkan beras & goreng/balik balikkan sekejap.
- Masukkan air
- Masak seperti biasa atau bolehlah ubah ke dalam rice cooker.

Note:
Kalau tak ada angel hair pun tak apa, jangan panik, buatlah macam mana pun, if you think it is nasi arab then it will be nasi arab! :))


Yang brown tu bukan getah ye...itulah angel hair spaghetti


Kalau dah nasi arab, mesti ada kambing kan? Makcik beli kat kedai frozen, boneless lamb shoulder.

Bahan2 perap: untuk ~ 1.5-2 kg

3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1-2 sudu besar lada hitam kisar (add sikit2 then rasa)
1 sudu besar rempah sup/rempah kurma
3 sudu besar yoghurt
Garam secukup rasa.

Gaul sebati semua bahan dan lumur pada kambing. Perap at least 1 jam tapi kalau perap 1 -2 hari lagi bagus.
Sebelum bakar, goreng dalam kuali leper, sekadar nak 'brownkan' bahagian luar. (Sear)
Balut kambing dalam aluminium foil & bakar dalam oven 180'C selama sejam/sampai masak.
Makcik bukakan aluminium foil tu pada ~ 15 minit akhir so kambing nampak garing sikit.



Boneless lamb shoulder, tergoda tak?



Makan lah dengan salad, dalca & air asam/yoghurt