Happy new year to all. Lama tak update, banyak juga nak cerita kat sini, setengah ingat setengah dah separuh lupa......
Dah tahun baru, umur pun bakal tambah satu lagi, semua orang dok tanya..." eh apa azam tahun ni?...."
Hmmmm tahun ni azam makcik nak tunaikan apa yang tidak tertunai tahun sebelumnya....boleh kan?
Year in year out, you find something new in life; things that you like doing before did not thrill you anymore, you venture out & discover something new that excite you.
Kenapa tak boleh berfikir lebih jauh ye makcik? Ish tak kan tahun baru ni otak jadi 'semput' kot?
ok enough babbling, lets share something that i made recently.
Nasi Arab. Rasanya ia datang dalam berbagai rupa dan rasa, lain orang lain cara membuatnya. And this is one of it.
Nasi Arab:
source: Noraini aka mem as we fondly call her
(Sukatan guna tin susu cair)
2 tin beras basmathi
3 tin air
~1 cup angel hair spaghetti (kalau beli fr kedai arab, angel hair nya lebih halus)
2 batang kayu manis
2 bunga lawang
4 cardamom (sori tetiba tak ingat nama melayunya, bila ingat makcik tukar ok)
sedikit minyak/minyak sapi.
Daun pandan (tak ada pun tak apa)
- Panaskan minyak dalam periuk
- Masukkan kayu manis, bunga lawang & cardamom.
- Tumis sekali spaghetti (kalau guna angel hair, sila patah2kan kasi pendek ~1/2"-1")
- Bila spaghetti dah agak brown, masukkan beras & goreng/balik balikkan sekejap.
- Masukkan air
- Masak seperti biasa atau bolehlah ubah ke dalam rice cooker.
Note:
Kalau tak ada angel hair pun tak apa, jangan panik, buatlah macam mana pun, if you think it is nasi arab then it will be nasi arab! :))
Yang brown tu bukan getah ye...itulah angel hair spaghetti
Kalau dah nasi arab, mesti ada kambing kan? Makcik beli kat kedai frozen, boneless lamb shoulder.
Bahan2 perap: untuk ~ 1.5-2 kg
3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1-2 sudu besar lada hitam kisar (add sikit2 then rasa)
1 sudu besar rempah sup/rempah kurma
3 sudu besar yoghurt
Garam secukup rasa.
Gaul sebati semua bahan dan lumur pada kambing. Perap at least 1 jam tapi kalau perap 1 -2 hari lagi bagus.
Sebelum bakar, goreng dalam kuali leper, sekadar nak 'brownkan' bahagian luar. (Sear)
Balut kambing dalam aluminium foil & bakar dalam oven 180'C selama sejam/sampai masak.
Makcik bukakan aluminium foil tu pada ~ 15 minit akhir so kambing nampak garing sikit.
Boneless lamb shoulder, tergoda tak?
Makan lah dengan salad, dalca & air asam/yoghurt
salam Mck,
ReplyDeleteHappy New Year!!!
TQ, Happy new year juga buat b4s. Ada anak2 kecik sekolah lagi?
ReplyDeletehe he he...getah gelang...betullah, kalau mck tak cakap...memang kita ingat getah gelang...ki ki ki..
ReplyDelete