Doakan kita dikurniakan kesihatan agar dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.
Moga ibadah kita kali ini lebih baik dan sempurna dari yang sebelumnya, Amin
Nak cerita panjang biasalah kan, ilham asyik tak muncul
Kalau tak menulis pulak rasa macam ada idea mencurah....adatlah tu kan........
Tak apalah kita layan je lah gambar dari henfon cap epal-gigit-sikit makcik ni ye (murid murid, sila rujuk kamus untuk ejaan sebenar).
Chop chop, kalau org penang kata Chup Chup, meaning sat sat interframe sat :)) ---> bagi yang tak paham tu sila abaikan ya.
Bila puasa ni, yang nak fikir adalah apa juadah untuk berbuka. Lain orang lain selera.
Kat rumah ni pakcik mau nasi sebab dia tak sahur, makan sekali tu je.
Anak pulak.."tak dak nasi pun tak apa.."
Jadinya berbuka dengan nasi, sahur adil's choice
M: nak lauk apa?
P: apa pun tak pa....
Haaa, jawapan camtu lah yang paling penin. Bila nak suruh buat wishlist awal awal....
jawapan..." ish...tak tau lah nak kata, tak lapaq lagi ni so tak tau teringin apa..."
??????????
Kawan makcik si Dolly adalah bagi idea, TQ.
Dia emailkan makcik list panjang of dishes, siap ngan gambar lagi untuk rujukan.
Dia tulis sebulan punya menu so family dia dah tau nak kena makan apa - ha ambik....... bak kata Uncle Lee ".....take it or leave it..."
Tapi senangkan kalau ada perancangan.....Siapkan menu, beli stock (ikan ayam etc) untuk seminggu (kira marketing seminggu sekali lah), senang sikit kerja kan?
Kalau tak boleh fikir menu, buat benda lain untuk senangkan kerja pun boleh kan?
Blend siap siap - senang kerja
Portion-kan santan
Antara lauk pauk
Cempedak Goreng (Cucoq cempedak)
Adil punya sahur (penang sebut soq), dah 3 hari berturut turut ni
...... teringat pulak kat Alif...makan apa ya untulk sahur?
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN