Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka-2012




Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun kepada semua rakyat Malaysia.

Alhamdulillah.

Bersyukurlah kita dapat hidup di negara berbilang kaum dengan aman & makmur.

Nak tahu serba banyak sedikit berkenaan merdeka; pre and post of FIRST merdeka celebration?

Makcik recommend you all baca link yang makcik sertakan. A Malaysian (now no more) yang dah berpuluh tahun bermastautin di luar negara tapi memory masih sharp & young at heart.



Please READ HERE








Ni yang orang panggil 'Logo-Semua-Ada'
(credit kak gugel)




Wednesday, August 29, 2012

Robot ke?

When blogwalking, sometimes you want to leave a trace; a comment.

Tapi ada setengah blog tu, bila kita nak post comment, keluar lah indication.....

"Please prove you're not a robot"

Pernah dapat kan? Maknanya robot tak akan dapat teka atau kenal apa characters yang tertera kat screen tu.....

Tapi.........................masalahnya makcik juga tak dapat mem'figure' apa kah characters yang cuba di tonjolkan di situ.....

Apakah makcik juga ROBOT?

Ohhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!



 Boleh baca?



Can you figure out?


Selalu orang cakap tulisan doktor adalah paling buruk susah nak baca , betul ke doc boy and doc girl?

Tak baik kan depa kata macam tu.........tapi misi boleh pulak paham.


Jadi mintak maaflah sekiranya makcik lama tak komen kat sesetengah blog  tu, bukan apa hanya pasai ni saja....bila dah cuba & dua tiga kali keluar kata-kata kesat

"The characters you entered don't match the word verification......." yg membuat daku rasa spt robot...

maka makcik pun give up dan terpaksa undur diri....


NotaTakTipuPunya:

Sapa yang boleh teka apakah perkataan2 kat dua gambar tu & make sense to me, akan dapat 'lucky gift' from me, boleh gitu?...teka nombor tak aci ya, tak kira, sebab makcik pun boleh nampak itu nombor.




McK








Tuesday, August 28, 2012

Direnjis renjis di pilis......

Ditepungi lah tawar, hai beras kunyit ditabur........

Senikata lagu tu amatlah sinonim bila ada majlis kawin.....

Minggu cuti raya baru ni pun tak terkecuali sibuknya dengan majlis kawin anak saudara...

Hebat, raya ke 3 akad nikah, raya 5 majlis sebelah perempuan & raya 7 majlis sebelah lelaki..

Ambik kau, tak payah pi mana dah, habih seminggu tu dia bolot.....

Selamat Pengantin Baru Hidayah & Redzuan, moga berkekalan hendaknya....

All photos credit to Alif Photography;  www.facebook.com/arwpp



 Akad nikah



 Resepsi sebelah perempuan



I made this wedding cake 
(with the help from my 2 sons... marah pulak kalaau tak bagi credit...)




Outdoor




 Resepsi sebelah lelaki


Sunday, August 26, 2012

Riang ria di Aidilfitri.....

Puasa pun dah habis Raya pun dah lepas

Walau kita masih dalam bulan Syawal, mulai esok sessi ke pejabat & ke sekolah akan bermula......

Kemeriahan & keriangan raya masih terasa, jadi adalah baiknya di abadikan.

Tiap tahun makcik akan beraya di rumah dulu, adik2 ipar datang sini, sebelah tengah hari barulah gerak ke kampung, tak jauh pun lebih kurang sejam perjalanan je....naik kereta la...kalau naik heli lagi la cepat...:)

Makcik ni dah yatim piatu, ada 9 beradik tapi 2 dah pergi ikut mak ayah......



Pagi raya, 



Kampung ku




 Geng Petak- McK & d' boyz



Ingat tak dulu makcik pernah cerita masa mak makcik meninggal, pakcik & my sons ambik baju kedah sorang satu & they wear jugak masa pergi kedai?







Ni lah buktinya.....




 The Che Kiah's 
Kakak,adik, kakak ipar & anak saudara, 
ada yang tak balik masa ni




Che Kiahs & Che Mats yang ada....



Eh eh ada orang datang pulak...ok setakat ni sajalah, see you all next enrty...

McK



Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri

Insyallah hari ni adalah hari terakhir bulan Ramadhan, esok Syawal akan menjelma.....

Dah jadi lumrah, end ramadhan, semua orang sibuk bagai nak rak....

Sibuk beli/jahit baju
Sibuk beli barang keperluan
Sibuk kemas rumah
Sibuk hambat ayam
Sibuk intai lembu
Sibuk cari pulut
Sibuk sibuk sibuk....

Awat makcik dok meroyan pagi buta ni?

Dak aihhhh, makcik tak meroyan...sebab?

Makcik sudah meng'cookies' 7 hari lalu, dah buat ketupat pulut 3 hari sudah, dah me'rendang' 2 hari lepas.
Masa makcik pergi pasar kelmarin, orang punya lah ramai, asyik terlanggar je....(ke saja nak langgar??)

Barang yang paling popular adalah serai, lengkuas, kelapa, santan, pulut, daging dan ayam

Tapi makcik relax je....cehhhh eksyen!

Bukan tak mau berebut rebut macam orang lain. Adalah amat meriah & happeningnya kalau berebut2 beli serai, atau beratur panjang nak beli santan kan & kemudian balik rumah bersilat kat dapur balut ketupat, kacau rendang etc etc.

Tapi makcik tak mau jadi macam tu sebab makcik buat kerja tu sorang2, walau ada mak mentua yang juga boleh tolong. I do not want to stress myself by doing too many last minute tasks......boleh hangin satu badan, blood pun mudah sangat go upstairs

Makcik pun dah bagi tugasan pada hero hero kami......

Sorang cuci bahagian atas & luar, sorang handle bahagian bawah, makcik & MIL kaotim dapur.

Pakcik? Jadi mandur lah, mundar mandir buat tu sikit pegang ni sikit, making sure dua hero tak curi tulang.......hehehe...pakcik pun adalah kerja tersendiri yang harus dibereskan kan?

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ANDAI TERSALAH KATA & TERKASAR BAHASA

 L-R: Cornflakes ghrum ghrum* 'ala menghabiskan stok' (sedap pulak), 
Biskut suji, Samperit & Biskut Alamanda



 Ketupat pulut, tinggal nak rebus saja



Rendang ayam, di'portion'kan 

Harini tinggal nak merebus ketupat & masak untuk berbuka......Adil dah request Claypot Chicken Rice...granted!

Kenangan ramadhan: 
Suka sangat dengan goreng (cucoq) cempedak walaupun mahal; sebiji harga ~RM 10.70 and dalamnya ada ~ 18 ulas, jadinya seulas (mentah) berharga ~ 59 sen-kalau siap dicucurkan?


* Ghrum ghrum = bahasa penang yang dalam konteks ayat diatas bermaksud lebih kurang campak campak saja tak ada sukatan
 Macam mana nak sebut, silalah tanya orang penang (utara) untuk 'pronunciation' proper ya




Wednesday, August 15, 2012

Peekaboo.....

Sebelum turun bawah bersilat kat dapur, ada baiknya lawat blog kawan2 dulu...update lebih kurang kan?

Makcik tak nak tunjuk ketupat lagi.....

Meh nak tunjuk sesuatu yang cukup 'mengiurkan' bulan posa ni............
Tengok dia hati tak boleh lupa(makcik la, org lain tak tau).................
dapat dia seronok tak terkira..............
menikmatinya...pergggghhhhh tak boleh cerita....


:
:
:
:
:
:
:
:
:
;
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
;
:
:
v




Cakkk!   Eh eh malu pulak dia....


Tuuuu diaaa 


Hmmmm sedap, 
silalah jangan cemburu wahai ayu & cik lurpak ye,
kat sana ada?


Just can't have enough of this cucoq cempedak!




Gulai udang dengan kacang buncis



Pelakon tambahan - agar2 milo



Tiramisu...



Lebihan cream cheese.....chilled blueberry tarts 




McK



Sunday, August 12, 2012

Dah sampai ke penghujung.......

Bulan puasa bakal berlalu sikit hari lagi....

Tarawikh belum tamat,

By now sapa sapa yang tadarus, pasti dah khatam kot....

Maka bermulalah fasa marathon kat dapur pula.....




Baru start hari ni....

Minggu sibuk di hadapan......

- Nak hambat ayam, nak sembelih lembu, nak cari daun palas, nak anyam ketupat, nak panjat pokok kelapa........(macam lah sangat kan?)

- Kuih
- Ketupat
- Rendang
- Kemas
- Haish (jangan merungut makcik!)


~ SELAMAT MENYAMBUT (menjelang) BULAN SYAWAL ~




McK

Tuesday, August 7, 2012

HBD

Alhamdulillah.


I am another year older 2 days ago. Initial 'dealing' (ceh siap ada deal lagi) was no need to buy anything.

Tapi pakcik being pakcik, the unpredictable man, bought something jugak




The trio





Pakcik mau kasi makcik cekang....




eh eh eh pakcik,  i dah kedut ke? 

nasib baik dia tak hadiah seterika kan?? :)))





Anak kasi yg ni...
(gambar ihsan fb)




apa juadah berbuka hari ni?......Ahhhhh kita cerita esok lah