Bunyi pelik, tapi itu lah yang arwah mak & tok kata......
Nama benda ni........
Selalu beli ja, hari tu cuba buat.....
Tak lah susah........
Main agak2 saja................
Ada orang kata kuih sagu kot.......
Bahan2 cuma, sagu, air, kelapa parut & sedikit gula.
Rendam dulu sagu dalam setengah jam. Makcik beli satu peket tu dalam 250gm.
Jerang air. Bila mendidih, masuk sagu & kacau sekejap.
Sejat dengan penapis sambil jirus air paip untuk buang kanjinya.
Letak semula dalam periuk bersama sedikit air.
Letak gula (~ 2 sudu besar), letak warna jika suka.
Kacau hingga biji2 putih tidak lagi kelihatan dan agak kering/pekat
Tuang dalam bekas & biar sejuk
Potong & gaul dgn kelapa parut yg di campur sedikit garam.
Note: Angoi2 makcik ni agak ketaq2 sikit ya, ie dia tak keras & tak juga terlalu lembut...just nice, tu la sebab, tak nampak potongan dia very perfect.
McK
kita panggil kuih ni bronok
ReplyDeletehihi
First time le dengar bronok ni...melaka ye?
DeleteOrang t'ganu kata, gelembung buaya.
ReplyDeleteoh ya ka sweetie? ingat gelembung buaya tu mostly dari kelapa parut....how wrong i was all these while :))
Deletehehehe...saya panggil kuih sagu
ReplyDeletehahaha, kuih sagu ni panggilan basic la....mesti anak jati muda dari kota metropolitan, keh keh keh
Deletekita suka sangat kuih nii...emm emmm...Tapi...errr...angoi-angoi? kenapa namanya angoi-angoi...sebab dia goyang-goyang heh kuih ni...goy goy...
ReplyDelete