Friday, December 26, 2014

Insaf......


Di waktu waktu begini, perasaan cepat tersentuh oleh status yang kita update di media, FB, IG.....

Jadinya kawal lah mulut, jari dan hati kita.....

Macam entry makcik sebelum ni.........

Tak suka nak basuh kain...............

Tapi sekarang, ada rakan2 kita di sana yang sedang basah bajunya, bukan di basuh tapi terendam dek banjir......

Semoga urusan kalian selepas banjir ini di permudahkan, di murahkan rezeki untuk bina semula apa yang hilang, aamiin





Gambar hasil google; terima kasih pd tuan punya gambar


McK

Monday, December 22, 2014

KainBaju Blues....


Happy Monday

Monday blues??


Apakah kerja yang paling boring untuk di lakukan...............

Bila nak kena buat kerja tu...........ishhh, tak suka la....tak minat laaaa

Tapi tetap kena buat jugak..............

Kalau orang nak pi kerja hari isnin ada monday blues.....

haaaaa makcik pulak bila nak buat kerja ni asyik bluessss saja.........



Apa dia tu????






Nindia!!!

Yes, kain baju..............hadoiii boringnya.................

Banyak step bila start buat yang ni.....

Kutip2, basuh, sidai...angkat, lipat, gosok, simpan....kan banyak step.

Bila panas, kita basuh banyak2.....Ms Mesinbasuh tolong la....

Suatu waktu dulu adalah Ms Ariston tolong keringkan, tapi atas sesuatu sebab, perkhidmatan beliau telah di tamatkan.....

Bila hujan, kain akan ada di ampaian (penyidai) satu dua hari........

And before you know it....owhhhhhhhh....


Dah bertambah.....kannnn


 Silalah lipat.....jangan malas


Bukan lah merungut.........suka atau tidak.....memang lah kena buat kan,

kecualilah suka tengok kain baju sepah sana sini

Kalaulah boleh, nak saja hal berkenaan kain baju ni di 'automate'kan.....

sangkut baju....lalu conveyor....basuh...kering....steam iron.....masuk almari.....

Ha ha ha kelas cik jah....awat yang malaih sangat ye....

Saja la....nak join kawan kawan yang nampak hari isnin sangat biru......

Jom kerja.....


McK





Thursday, December 18, 2014

Serupa tapi tak sama..............



Sejak makcik buat posting GA tu, makcik dah poskan buku2 pada yang dah bagi details....yang tak bagi lagi tu, makcik masih menunggu .....

Cuma yang jadi persoalan, perbezaan harga postage.

Makcik guna pos biasa; makcik beri pada mereka, timbang and beli setem ikut harga yang di tetapkan.

Masa pos lebih kurang 2 minggu lepas, makcik kena baya setem harga RM4 untuk satu package....kat Pos Office A.

Hari ni, package serupa, timbangan pun haruslah sama, harga setem ialah RM1, @Pos Office B.

Terkejut, mulut terus tercakap "...eh, awat hari tu RM4?..."

...".......pos kat sini ke?...." tanya kakak pos..

Musykil jugak beza sampai RM3 tu....

Sapa2 boleh tolong bagi pencerahan?


Story tanpa gambar agak suram la kan....story ni tak ada gambar.......

Tapi makcik belanja pi lah gambaq yang tiada kaitan pon.....

Salam Thursday :)




Lama tak kayuh....rindu pulak





Terkejut i did this for a friend...
rasa mcm terer masa tu.....
tapi tgk dekat, banyak lagi yang nak kena belajar...


Rindu pulak kat 2 ketoi ni




McK






Wednesday, December 17, 2014

Monday, December 15, 2014

Boyz to men..........



2 Dec 2014....

Walau dah lambat, tapi menyimpan memori tu yang penting.....
Nak update awal, dok jalan sana sini, lepas tu data plan pulak habis...yang tu buat semua internet activity terbantut!



Chewbacca's Convocation.

Dah besar anak makbapak.

Dah nak masuk 4 bulan kerja, masih baru, banyak lagi nak belajar, nak discover.

Time flies, anak2 dah besar.



Tahniah my son2@chewbacca@bambam@adil yang dah tamat pengajian tempuh hari....

"....My last convo unless I decided to persue my masterlah..." cehhhh, statement dia.

Apa pun, student life mungkin dah over but actually there is no end to learning.

Welcome to the working world; a different kind of learning begins....


Time ni jubah dah return.....senyum 200% :)




Kalau setengah akan abadikan suasana bersejarah ni di studio berlatarkan "library-full-of-books"

Background macam ni la kan......



Kami pulak...........hmmmmm





Cam ni je.....


Sempoi dak...:)



Sekarang, bila nak cari masa bersama, mesti check schedule 3 orang!

Haishhhhh, how i missed those days yang bila man-of-d-house cuti ja, boleh pack and pi jalan...



The small version of now the big boy



Life is not about finding yourself. Life is about creating yourself 
~ George Bernard Shaw~


McK