Wednesday, February 11, 2015

Agak agak.............Pulut Kuning Nasi Kunyit

Pulut kuning atau Nasi kunyit adalah benda yang sama.....

Makcik kat kampung dulu, tok2, mak2 semua sebut nasik kunyit....

Bila dah mai dok pekan....orang selalu sebut pulut kuning..........

Makcik dah pernah letak entry sebelum ni...tapi cari cari tak jumpa.....

Tak apa lah, letak sekali lagi buat rujukan.....

Selalu bila nak buat pulut kuning, kita rendam pulut semalaman, kukus, then gaul pulut kukus tu dengan santan/garam/kunyit....lepas tu ada yang kukus kembali.....

Yang makcik nak bagitau ni adalah yang ringkas.........

Kot lah tetiba rasa nak makan pulut kuning..............

Tapi macam biasa juga, tak ada lah resepi sukat bagai...semua main pakai agak2 ja....

Macam lah terer sangat....tu yang kadang jadi....kadang tu....hampeh :)

Ok, this is way to do Pulut kuning the simple way.

Makcik jumpa resepi ni kat blog Queenie...tapi blog dia dah tak ada....atau mungkin dah di'privatekan', wallahualam. Apa pun terima kasih pada Queenie.

Pulut, di basuh bersih, toskan
Santan secukupnya
Garam
Kunyit

Letak semua bahan ke dalam kuali yang sesuai
Masak dengan api sederhana, kacau selalu...hingga 1/2 atau 3/4 masak *

* Ni cara macam buat ketupat pulut ya..

Tuang dalam bekas lain yang bersesuaian (untuk kukus)
Kukus pulut hingga masak

** makcik buat guna abt 250gm pulut ja....

Boleh lah makan dengan serunding, kari ayam/daging, telur dadar....or....

"you can even eat it on its own"....
Pulut, santan, kunyit & garam...sekadar tenggelam pulut. 
Masak.....

Sampai jadi macam ni.............

Kukus sampai masak........


Siap, yang ni makan dengan telur dadar je....










McK






19 comments:

  1. acik pun biasa buat kukus selepas rendam beras pulut semalaman.
    atau pun acik masak dalam rice cooker je.masak pulut ngan air sikit..kemudian dah kering air..masukkan pulak santan pekat yang dah letak garam ngan daun pandan..kena kacau jugak la sesekali..tutup balik periuk tu..biarkan masak..nanti rasa macam pulut kukus jugak.. Mck..sedap

    ReplyDelete
  2. tapi nasi kuning lain kan mcik..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi kuning?? makcik pernah tgk nasi kacang dal...warna kuning :)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sama taraf makcikK ngan Aunty Aini masa ajar Ramsya Hell Kitchen masak rendang. Agak-agak ajer..Worldsss sangatt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2 adalah resepi org melayu.....curlasss you :)

      Delete
  5. Owh! macam buat lemang bungkus tu yea?...ok, boleh cuba nanti.... t.kasih berkongsi..

    ReplyDelete
  6. Saya pun kalau masak pulut kuning ni, main agak-agak juga resipinya. Tapi style saya, rendam beras pulut semalaman ataupun paling kurang 1 jam. pastu kukus. Lepas kukus baru siram dengan santanyang dah buh garam... gaul-gaulkan dengan senduk kayu... dah siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang rendam pulut dulu sebelum kukus tu memang standard procedure utk buat pulut kuning....yang ni yang ala ala segera...nak cepat & ringkas :)

      Delete
  7. Lama dah tak makan pulut kuning. Dulu kat kampung saya orang buat pulut kuning utk majlis khatam Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu AJ, dulu nak pulut kuning tunggu doa selamat, nak mkn ayam daging tunggu raya/kenduri.....lani??? mewah serba serbi kan

      Delete
  8. pulut kuning ni istimewa , buat makan dlm majlis2 besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu lah nieda...lani kat pasar malam pun boleh bli dah

      Delete
  9. salam kenal dan salam singgah...

    kalau kami di Sabah, pulut kuning itu ialah pulut dan nasi kuning itu ialah beras, dua benda berbeza, yang sama ialah warna nya... tapi di Semenanjung memang tiada nasi kuning... di sini nasi kuning dijual berbungkus2 seperti nasi lemak... sekali dengan sambal dan lauk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal :), nasi kuning Sabah buat macam mana ya...mungkin boleh share...Terima kasih

      Delete
  10. harap-harap x de la mana-mana pihak yang membuat tuntutan nasi kunyit ker pulut kuning ker itu hak milik ekslusif depa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm, kalau depa tuntut....kita tinggai apa ya yg boleh dikatakan 'exclusive rights'?

      Delete