Ada yang tanya makcik....macam mana nak buat.....susah tak nak buat glycerine soap tu?
Jawapannya....yes and no..
Inilah kali pertama makcik buat glycerine soap, kesilapan demi kesilapan.......
Pertama kali nak buat, google cari mana nak dapatkan materials.....
Bila dah dapat, tanya kak google juga macam mana nak buat...alhamdulillah....google banyak membantu....
Makcik buat yang Melt & Pour method saja, yakni, beli block glycerine soap (macam chocolate bar) and melt to the shape we want.
makcik tempah mould block tu dari seorang carpenter.
Apa yang kena ada masa nak buat soap ni?
Mestilah glycerine soap tu sendiri......
Bekas bersesuaian untuk mencairkan sabun
Rubbing alcohol/spirit....untuk buang 'bubble'/buih yang terjadi semasa proses mencair/menuang.
Pewangi ; fragrance oil, makcik tak dapat nak beli yang ni, so makcik guna white musk from Bodyshop sebagai perfume.
Glycerine soap.....di potong kecil sebelum di cairkan
Masa beli ia dalam bentu 'block'.... ketul besar
Dalam bekas tu....
glycerine yang dah cair...dah add pewarna.
Bawah tu adalah acuan dia..
Proses mencairkan glycerine;
- Letak glycerine soap yang dah di potong kecil dalam bekas sesuai.
- Double boil (macam nak cairkan choklat) atau guna microwave, makcik guna microwave
: Set timer 1.5 minit, check, kalau belum cair sepenuhnya, set lagi 1.5 minit...
: Pastikan glycerine tu cair, bukan mendidih
: kacau perlahan, sampai sejuk sikit, baru tuang dalam acuan
: Kena experiment sendiri ya, baru boleh tahu nak bentuk macam mana
: Kalau guna bekas kecil, pastikan ianya silicon, supaya senang nak keluarkan bila dah set nanti
: Guna rubbing alcohol/ spirit untuk buang buih(bubbles) yang terbentuk semasa proses
mencair/menuang.....
: Tunggu lah soap tu set - 2 ke 3 jam.
Note: "Overcooked" glycerine akan hasilkan sabun yang 'rubbery/springy'
Sabun yang dah set.....
.......yang dah di potong...
Makcik gunakan 'bread slicer' untuk dapatkan potongan sekata
Balut dgn clingwrap.....
Pack lah ikut pilihan.......
My initial virgin single-coloured soap ....
Pada yang berminat sila lah Google 'Melt and Pour' glycerine soap.....banyak u-tube yang tunjuk cara nak buat........
Nak buat ni kena lah ada minat dan harus sabar ya...yes passion and patience. Sebabnya proses nak buat ni ambil masa sikit, step by step process dia...time consuming......so kena sabar ....
Looks simple...
Anak jiran ada mai tolong pack. Waktu dia pack, makcik ambik kesempatan buat sabun....masa nak melt makcik bagi dia tengok....masa tuang dalam mould, makcik tunjuk kat dia.....
Kata dia.........murid tahun 6......."SENANG GILLLERRRR.."
Aku buat sampai rasa nak muntah dah anak oiiii.........
McK
kreatif la MCK...mesti bagi tetamu MCK yang datang hari tu....Rugi tak pergi .Melepas dah
ReplyDeleteNieda.....ada lagi. bila mai usm, bgtau, mck pi hantaq
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
cantek pulak berwarna warni...
ReplyDeleteCantik kan bunda....
Deletewah cantik mcm makanan la pulak berwarna warni gitu Mck
ReplyDeleteBila ada kawan cakap nampak macam agar2...tu yang makcik gi tempah sticker "glycerine soap" tu :)
DeleteHi MCK, beautiful and colourful soap, macam jelly. :))
ReplyDeleteThanks for sharing the making of glycerine soap.
Best regards.
Amelia
nak seketoi!!
ReplyDeleteada lagi tak!!??
salam..aunty..boleh tak nk tanya..kat mana leh beli barang nk buat sabun ni di penang?...
ReplyDelete