Wednesday, December 28, 2016

Improve pleaseee.........

Speedtest:

Lani nak story panjang panjang macam idea sikit "frozen", tapi nak story jugak.

Sudahnya,

story nampak macam "melepas batuk di tangga..." (awat depa buat perumpamaan macam ni??)

................................................................"""...........................................................................



Kebergantungan kita di zaman serba maju ni pada internet adalah sangat tinggi.....

Awat kata lagu ni???

- Kita kalu seminit tak tengok phone (senang cakap, internet la tu) tak sah.

- Kalau kita nak tengok utube (as simple as that) dan dia dok sangkutsangkut....bebai dak?

- Anak cucu lani, tak berapa minat nak balik kampung kalau tak dak internet..kesian kat tok & tokwan

- Perasan dak, dok kat mana pun, mata mesti nak hadap handphone.
  Busuk busuk pun nak tengok facebook........kalau tak dak internet....(bayang sendiri lah nooo)

Sama jugak kat rumah ni......wifi.............dah berapa kali tukaq provider...........hat tu hat ni.....just because, the "other" provider promise a faster & better service.....

Dah banyak kali tukaq, paling latest yang ni lah....unify, masa kami dok guna streamyx, dengaq orang yang dah guna unify kata best......kita pun tukaq guna unify.............

Mula pasang tu berapa mbps entah....cun...laju, tapi lama lama tengok tv 'semput semput'...

Abang, upgrade lah ke 30mbps, speed bagus tarak sangkut, tambah $$.

Wokeh, kita pun upgrade.......

Seminggu cun lah.........lepaih tu.........signal mula 'batuk batuk'.............

Tengok movie pun sat sat jadi still movie, download pun mak aih.....loading tak tau bila nak stop.

Komplen ke call center................

Masa tu, dia suruh makcik off my modem, so dia reset kat sinunnnn, then ON semula lepas 5 minit, alhamdulillah, cantik ja signal,

"Nanti kami call semula......kakak sedia dengan cable, sambung modem ke desk top ya...kita nak test speed..."

Cablenya ada tapi tidak lah 'long enough' untuk sampai ke desk top hamba.......

Nasib baik pakcik bagitau ada apps canggih, kita boleh install utk check speed....
(makcik adalah kuno....tak tau okay...korang tau??)

Speedtest by ookla

Dah download apps tu, dapatlah check speed download upload bagai...

Masa service center call, speed adalah seperti di bawah ni.... dan diberitahu, jika kita guna 30mbps & reading speedtest download within 24mbps, itu adalah standard..okay lah standard...acceptable...


Standard la ni

Beberapa hari lepas tu???? Tudia tengok reading kat bawah tu :((



Kalau macam ni???, 
time ni bukan lah waktu  "peak"


Yang ni????
lagi la "terbakaq"



Masa browse, website dia orang, ada lah nampak promosi yang baru punya...56mbps.....
haiiiii, tak kan nak suruh upgrade pi 56, dengan tambahan $$ bulanan sudahlah pasti.

No, we are not upgrading, but please la do something to upgrade on your side.....

Sekarang ni(lama dah sebenarnya), pihak pihak berwajib dok sibuk kempen "no need to carry heavy buku skolah anymore, you study use computer only......."

Hahahahahha, pakat dok tengok computer tu yang bila ON, asyik dok "loading" sapa pun boleh kan??

Note: Tidak dinafikan, adik adik kat service center sangat bagus layan kerenah/masalah kita, bagi solution & kalau dia kata nak call semula, tiba masa yang dijanji, depa sure akan call...THUMBs UP to them.
Cuma yang masalah ni adalah, signal singal yang dok diawangan ni.....mesti ada cara nak 'tangkap' so tak adalah signal ni nak lari lari main 'aci-lut' dengan kita orang ni......



Love

McK








Friday, December 16, 2016

Gulai Nangka tumis darat



Pernah buat gulai nangka? Nangka muda lah. Makcik pun baru sekali cuba, not bad...tapi tanya dulu dengan MIL, nak ikut style orang utara(penang??) dulu-dulu buat.

Seperti kebanyakan masakan, tiap orang ada cara mereka sendiri......tak ada satu yang salah.

Kiranya kalau TERsilap ikut resepi asli, maka lahirlah satu resepi baru...

Sedap atau tak sedap, ikut masing masing punya mulut lah kan

Meh makcik share resepi simple gulai nangka ni.

Gulai Nangka

Nangka muda secukupnya - makcik beli yang dah siap kupas dari market

Bawang merah bawang putih halia, ditumbuk (agak2 lah ya)

Rempah kari (lihat gambar). Makcik guna dalam 3 sudu makan saja

Serbuk kunyit-dalam 1/2 sudu teh

Santan

- Selepas nangka di cuci bersih, rebus dulu sekejap, agak2 10-15 minit.
- Toskan.
- Masukkan rempah, bawang halia tumbuk dan serbuk kunyit dan air,
- Sebatikan dan rebus hingga nangka empuk/lembut
- Rasakan garam
- (ada juga orang letak asam jawa, tapi makcik tak letak)

- Hiris bawang merah dan goreng bersama cili kering dan daun kari. Minyak jangan banyak, agak2  
   cukup saja.
- Masukan(dengan minyak sekali)  ke dalam gulai nangka yang dah masak tadi.





makcik guna rempah ni

Bawang, daun kari & cili kering di goreng

Tumis darat; 
bahan2 tumisan di masukkan bila gulai siap di masak



Gulai ikan kering + nenas+terung pun boleh masak cara yang sama.....


Love



McK










Wednesday, December 14, 2016

Senduk buruk.....


Testimoni:

Ingat entry ni?

Satu hari makcik rebus beras nak buat bubur nasi (or moi or kanji).

Sebab nak cepat, makcik kuatkan api, bila mendidih tu isi dalam periuk tu melimpah keluar....

Alang alang dah basah dek tumpahan tu, makcik pun cepat cepat ambik senduk kayu dan letak atas periuk tadi......

Masih je meleleh air tu....

Kecikkan sikit api, didihan pun slow, tak meleleh lagi...

Kuatkan api semula......dengan senduk melintang kat atas tu...

Sama saja melelehnya....

overboil jugak



Gamak dia tak heran senduk buruk kot..



Control api...

Control api....


Jadi kesimpulan nya, berdasarkan apa yang makcik cuba............

Senduk tidak berjaya menundukkan bahan didihan dalam periuk.

Kecikkan api seadanya, supaya bahan dalam periuk tak melimpah keluar.

Mungkin ada yang dah cuba dan berjaya buktikan......

Bagi, makcik - tak payah test lagi walau ada yang kata "it works with the wooden spatula"



Love




McK


















Monday, December 12, 2016

Merah asli......



Roselle

Baru ni adik makcik bagi Roselle, dia beli dari student dia....

Lama dulu kawan makcik pernah bagi roselle tapi tak tau nak buat apa, sudahnya buang saja.

Tapi kali ni, makcik google.

Bukan apa, orang selalu kata, roselle ni rebus je.....

Makcik nak kepastian.........

Satu site ni, bagitau hanya ambik petals saja, buang bud tengah tu.....






Roselle


Bud & petals separated



Cuci bersih petals, buds tu kita tak guna
(Tak tau lah pulak kalau buds tu boleh diguna)   




Rebus sampai puas hati lah...tambah gula, 
didih hingga gula hancur


Tapis rebusan tadi dan boleh lah di simpan.

Guna macam sirap biasa.......lupa pulak nak ambil gambar juice yang dah di tapis.

Rich in vitamin C katanya, jadi baguslah kan kita dah buat "home-made vitamin C"- kelas tu :)

Note: Makcik tapis beberapa kali; guna tapis biasa serta tapis di lapik tissue, just to make sure tiada serdak yang tidak diperlukan.

Rasa?? macam rasa ribena. Warna asli dia pun cantik, tak payah tambah pewarna lagi.


Love



McK













Tuesday, December 6, 2016

Velida & Deebot


Lebih kurang setahun yang lalu, pakcik bawak balik maid bernama Velida , untuk ringankan sikit tugas makcik kat rumah ni

Comey, kecik molek kata orang.

Dah kecik, tak boleh la buat kerja berat kan....alah, masa ambik pun bayaq 50 hengget ja kat ejen.


Membantu jugakla dia ni....bila makcik bersih rumah, sapu lantai......tempat jauh nak capai; bawah katil tu makcik lepas kat Velida la....sedia berkhidmat dia ni.


Beberapa bulan lepas, pakcik terjumpa pulak dengan ejen lain, "supply" maid jugak...tapi maid ni lebih power katanya,

Dah dia bawak balik rumah, makcik pun interviewlah lebih kurang..

Katanya nama dia Deebot, panggil autobot pun ok.

Negara asal tak pulak dibagitau, tapi katanya, tak payah risau sebab visa dia one way ja.....

I come only, no go back.

Kira mau kirija sampai mati la ni....

Jadi hari pertama bertugas, kita kasi Velida train sama Deebot ni.

Velida tunjuk lah segala selok belok dalam rumah ni......senang nanti deebot nak kerja.





Marilah kita intai sesi training Velida & Deebot.

V

V

V

V

V

V

V










Haruslah velida yang depan tu, otai katanya


bincang apalah gamaknya....



Kira dah pandai bawak diri la...



Deebot ni boleh kerja straight 2 jam, boleh "mop" jugak,

jenis pandai bawak diri...tak adanya nak bunuh diri....

Contoh, kalau dia sapu lantai...tiba kat tangga atau tebing, pandai je dia pusing..:))

Pakcik dah cuba, makcik belum lagi....cuak juga...jadi kalau nak cuci tingkat atas tu, makcik akan block tangga, takut dia pening, pi terjun tangga tu, tak ke susah nanti.


Ok work hard, help me Deebot :))

Love



McK