Pernah buat gulai nangka? Nangka muda lah. Makcik pun baru sekali cuba, not bad...tapi tanya dulu dengan MIL, nak ikut style orang utara(penang??) dulu-dulu buat.
Seperti kebanyakan masakan, tiap orang ada cara mereka sendiri......tak ada satu yang salah.
Kiranya kalau TERsilap ikut resepi asli, maka lahirlah satu resepi baru...
Sedap atau tak sedap, ikut masing masing punya mulut lah kan
Meh makcik share resepi simple gulai nangka ni.
Gulai Nangka
Nangka muda secukupnya - makcik beli yang dah siap kupas dari market
Bawang merah bawang putih halia, ditumbuk (agak2 lah ya)
Rempah kari (lihat gambar). Makcik guna dalam 3 sudu makan saja
Serbuk kunyit-dalam 1/2 sudu teh
Santan
- Selepas nangka di cuci bersih, rebus dulu sekejap, agak2 10-15 minit.
- Toskan.
- Masukkan rempah, bawang halia tumbuk dan serbuk kunyit dan air,
- Sebatikan dan rebus hingga nangka empuk/lembut
- Rasakan garam
- (ada juga orang letak asam jawa, tapi makcik tak letak)
- Hiris bawang merah dan goreng bersama cili kering dan daun kari. Minyak jangan banyak, agak2
cukup saja.
- Masukan(dengan minyak sekali) ke dalam gulai nangka yang dah masak tadi.
makcik guna rempah ni
Bawang, daun kari & cili kering di goreng
Tumis darat;
bahan2 tumisan di masukkan bila gulai siap di masak
Gulai ikan kering + nenas+terung pun boleh masak cara yang sama.....
Love
McK
Nyum nyum.... dappppp...
ReplyDeleteTeringat dulu2 serbuk kari cap tarbus ni memang sangat popular di kampung kakcik, tapi masa tu bungkusannya lain... :)
adik beradik s'pore, kalau mai sini, beli rempah tarbus macam nak bukak kedai!
Deletesedapnya nangka memang favs
ReplyDeletekannn, sedap
DeleteRempah cap tarbus tu yang paling sedap untuk buat gulai ikan masin depa kata. Depa lah kata, tapi kalu cap tarbus takdak balun jah guna apa-apa brand.
ReplyDeletebetul tu NM, apa brand pun ok ja...tarbus is one of 'older' brands :)
DeleteOwh! macam tu gayanya yang di namakan tumis darat ye. Taklah cheq tau selama ni... sori McK, mmg selama ini saya tak tahu apa yang dinamakan tumis darat.
ReplyDeletehahahhah, kan dah belajaq satu "term" :)
DeleteHi MCk, nangka my favorite but yet to try cooking it, always eat as fruit only. Your gulai look delicious.
ReplyDeleteHave a nice day,
Amelia
Hi Amelia,
DeleteNangka masak eat fresh, nangka muda make gulai :)
You too, have a nice day :)
tak jumpa cap tarbus kat sini!
ReplyDeleteTerima kasih kerana memilih cap tarbus milk datuk saya
ReplyDeleteNak tempah sila dail 604-7722602
Cuti Jumaat
Terima kasih