Thursday, September 29, 2016

Somewhere Nowhere trip.....



Dengan pakcik.

Decide nak pi mana on day-of-travel.

Drive ikut hati, stop ikut suka, tidoq ikut dan (hehe, kena cari lodging sudahlah pasti)



Cuti sebelumAidil adha baru ni, kami berdua buat macam tu jugak......

10 sep 2016

Perlis here we come..............

Jumpa kawan kat sana, depa offer tidoq kat rumah, so lodging settle.

Rest kejap, petang depa ajak pi memancing............

Tak pernah seumur hidup memancing. Ikut jugak la........kawan makcik suami isteri memang selalu dan rajin memancing....begitu juga dengan anak2 menantu mereka.

Ingatkan, makcik cuma ikut temankan mereka saja, so bagitau pakcik awai2....

"nanti before you all start mancing, ambik my photo in action dulu tau.."


Hehe....ni lah dia photo "inaction".
..daku ingat orang mancing sambil bertenggong



I was wrong!

Sekali,  Nas (kawan pakcik dari primary& kawan sekolah menengah kami), bagi satu pancing kat makcik...

"Nah, ni you punya"......laaaa dia bawak sorang satu rupanya.

Barulah ku tahu orang tak tenggong laaa masa mancing....hehehhe


Look see look see macam mana depa buat, maka carilah port sendiri.....


Note: Depa tiga orang; pakcik, nas & kizah isteri nas yang tolong letakkan umpan kat pancing makcik.
          Depa guna canned cricket with omega....wow kelasnya umpan

Nas and wife dah dapat ikan....

Makcik ni bukan lah penyabar orangnya ( read: tak boleh nak duduk diam takbuatapaapa)

To hold the rod and stay still for.....(hmmmm) is just not me.

Sudahnya, letak pancing sini sat.....tak dak apa, ubah kat sana pulak and ubah sinun pulak.....

Camtulah empat lima kali tanpa hasil...............

Pakcik pun dah dapat sekoq........aku masih terkulat kulat

Tiba tiba.....tup!!

Wahhhhhhhhhhhhhhhhh, dapat ikan woihhhh.

Seronok nyaaaaa, senyum sampai telinga...






My first and only catch on day 1, 
puyu (kot), lebar dalam 3 jari


Kami pulang ke rumah menjelang magrib, dinner, tidur and look forward to the next day...

Day 2;

Pagi2 bangun nak jalan2 cari "taste of Perlis" katanya; Apa yang orang Peghelih selalu makan pagi pagi lah.................

Tapi tak berhasil....mungkin sebab esoknya adalah Hari Raya Aidil Adha, maka semua kedai tutup.
Kami pergi sampailah ke sempadan...gerai kat Padang Besar pun tutup...ada satu gerai jual nasi, harus berpuas hatilah dengan apa yang ada....maka kami makan  nasi putih sebagai breakfast pagi tu..

Balik semula ke Kangar, pakat setuju untuk "makan apa yang ada harini but not nasi" kami pun rehat, sembang sambil makan rambutan & dokong-manisnyaaaa, yang harganya RM10/3 kg, murahlah tu sbb kat tempat makcik pun dokong RM6/kg


Kali pertama tengok....
makan laksa ngan pulut udang/spera(karipap inti nyoq)




Petang, lagi sekali ke bendang (sawah) untuk memuyu..........

Pakcik dah tanya, agak2 dia dapat berapa ekor hari ni?

Makcik kata sekoq; jawapan yang tak ada motivasi; hanya bagi sakit hati :))

Seperti kelmarin,  tapi harini haruslah pandai sikit kannnnnn

Cari lah port sendiri sekitar tu....makcik cam kelmarin jugak lah, celup sini, tak ada ikan, pi celup pancing kat sana pulak...........

Dadadadadada....................

Tup!!!! Dapat!! YES!

Keriau (Jerit) kuat....YEeeeeeeeeeHaaaaaaa. Betul makcik jerit...alah kami 4 orang saja sekitar tu, bukan orang lain dengar pun...

Habis semua konsentrasi 3 orang tu terganggu, ikan ikan pun terkejut gamaknya.....
pakat mai tengok ikan yang makcik dapat.

Ikan putih katanya.................senyum lebaq...pasai dah onestepbeyond pakcik :) jahatkannn.

Depa keluarkan ikan dari pancing.....letak umpan....and makcik pi lah pancing semula.....

Baru letak saja.........................

Yuhuuuuuuuuuuuuuuu...........dapat lagi

Makcik jerit lagi.......................

Kali ni haruan pulak




Go makcik go........Pakcik pun dapat juga ikan lepas tu....3 ekor.......




His biggest catch....
lampam sebesar tapak tangan


Ikan apa ntah...besar juga yang ni...

Pokok/biji padi dari dekat


Lepas makcik dapat 5-6 ekor, ikan tak mau makan umpan dah...or rather depa makan, tapi dah bijak...tak lekat kat kail dah............

Kizah yang dapat banyak puyu tu senyappppp sajaa, tak bising pon macam makcik ni...

"Dulu dia pun keriau macam tu jugak....", katanya..........

Oooooooooo, Jadi reaction makcik ni tak ada lah over sangat kannnn :))

Sebelum balik rumah kami singgah mengopi sekejap.





Kek ni; tiramisu (more like mille crepe cake) 
dan mango cheesecake ni seriously sedap


Dalam pukul 9pm,  kami pun bertolak .

Tuan rumah siap bagi ikan puyu bawak balik.

Sampai rumah dah tengah malam.

Esok pagi2 (hari aidil adha) , makcik siang ikan puyu tu....bawak balik rumah keluarga & adik makcik gulaikan.



Gulai puyu dengan timun...sedap


Lepas dua tiga hari, pakcik dapat message dari seseorang, katanya suka tengok gambar kami, mintak izin nak guna untuk article dia...kebetulan dia tengah buat article pasal rod-fishing.

Nah glamour sat satu hari :))

Going back to basics - Views | The Star Online


Love



McK




Thursday, September 22, 2016

Serba mahal.....




Perasan atau tak perasan, barang barang sekarang; serba mahal belaka......

Syarikat penerbangan saja yang asyik sibuk buat promosi tambang murah.......

Tambang sajalah murah....yang lain tetap mahal.

Tapi dalam orang dok komplen segala barang mahal...............

Restoran 'medium-to-high-end' tetap lah penuh orang.

Kek seketoi RM13 pun...."....hmmmm sedappppp, berbaloi dengan harga.." :=0

Itu sedikit sebanyak menunjukkan, yang dok komplen tu....saja nak bising.

(Walau  ada segelintir yang memang susah- mai lah kita bantu setakat mampu)


Hari tu makcik pi market (orang penang tak sebut pasar), beli udang...dah dua orang ja nak makan, belilah 8 ekor saja.....sekilo rm45 katanya.........

Harga 8 ekor udang=RM7.80, senang kira RM1 seekor - sekali kulit & kepala & ekor :))

Jangan membazir ya........

Silalah buat stok udang & simpan dalam freezer.

Esok esok nak buat mee kuah atau mee hokkien atau apa2 yang nak guna, stok udang dah tersedia.

Stok udang versi makcik

Kepala & kulit udang dicuci bersih

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih(optional), tak perlu hiris

Masukkan kepala & kulit udang & goreng.

Bila dah agak kering air udang tu, masukkan air; agak agak tenggelam udang tu.

Bila dah mendidih, kecilkan api dan rebus lagi (20-30 minit). tutup api & biar sejuk.

Blend, tapis dan simpan sesuka hati....




Label dan bekukan






8 ekor udang makan 2 orang, 
masih berbaki3 ekor, carry forward 
untuk lunch makcik keesokan harinya. 
dua lagi  tu: masak cabai ikan kering & sayur bayam


Banyak benda dah makcik freezekan sekarang ni, senang bila nak guna masa

Kalau tak silap, makcik dah pernah kongsikan yang ni dulu...tak smpat nak cari/link.



selalu depa jual seikat ada 4-6 papan petai, 
guna dua saja, yang lebih tu freezekan, 
kalu tak rosak gitu je kan



Kulit lemon(zest)



Bunga kantan, 
ada masa harga sampai rm4.50 satu..
....amboiiii glamour dah cik kantan



Santan, kalau tak perlu yang fresh.....




Cili mesin pun, 
kadang siap buat 'sambal tumis' kosong, 
tinggal masukkan ikan/udang/sotong saja


Malas??? Nak senang?? Ringkas?? Pantas??
Apa apa lah asal bahagia & i don't have to mess my kitchen too often :))

LOve



McK





Wednesday, September 21, 2016

Gunalah apa yang ada...


Salam Rabu






Wives saja ka yang electric?
Husbands belum letak status lagi /tak jumpa lagi 'quote'.....kalau ada mesti berapi serupa naga kot ya




Macam macam alat  di jual dipasaran untuk memudahkan pekerjaan kita.
Macam macam:- tak jumpa cari kat supermarket, google saja...insyallah Ms Google tidak pernah menghampakan.

Tapi tak kan semua nak beli kan.....boleh saja kita improvise apa yang ada dalam rumah kita......

Untuk kali ni, makcik share sikit2 apa yang makcik improvise kat dapur.

Pasti kakak adik  luar sana pun ada yang pernah buat macam ni



Penapis........  
elak bahan masak dari 'merecik' sekeliling kawasan tu
juga elak "overspilling" (membuak?)


Tapi kalau nak cantik sempurna.....boleh ja beli online..
Silicon cover @ abt USD 10 (sumber google)




Kuali gedabak ni makcik guna untuk mengukus...





The two complement each other well :))




Cerita ikan kat atas ni sebagai tambahan saja..............

Bila makcik kerumah anak  selalu lah kena masak. Barang2 dapur pun bukanlah lengkap semuanya, maklumlah bujang masa tu.

Sekarang anak sulung dah kawin pun, dia orang jarang jugak masak, selalu ja balik lewat


Jadi kalau dah siang ikan/ayam, bila nak cuci dgn garam asam tepung, bekas besar tak ada.

Makcik make use of plastic bags. Pastikan guna yang tak koyak lah ya :=D.

Makcik guna beg plastik untuk cuci/rendam ikan dgn asamgaram.

Juga makcik guna beg plastik untuk gaul garam kunyit untuk goreng ikan/ayam.

Dah habis guna, buang terus.....tak gaduh nak cuci besen yang dah kuning kena kunyit bagai.

Mudah untuk budak2 bujang........

Makcik pun kerap buat macam tu jugak kat rumah ni...rasa senang pulak terutama bila nak kena garamkunyitkan/marinate banyak banyak...


Adakah ini boleh dikategorikan sebagai petua rumah tangga??

Kalau ya, ini adalah perkongsian yang berguna......alhamdulillah.

Kalau tak, anggap lah ia hiburan atau bebelan makcik semata mata.


Love



McK























Monday, September 19, 2016

Friend request.......




Makcik pasti, hampir semua pengguna mukabuku pernah mengalami apa yang makcik alami.

Dapat friend request dari orangentahapaapa.

Mula dulu menyamar nama mat saleh belaka, tapi sekarang dah ada nama melayu...lelaki dan perempuan.....

Mula dulu macam nak cuba 'accept' nak tengok sejauh mana/apa motif mereka ni.

Tapi takut sebab makcik gunanamasebenar.

Nanti kacau mari, susah mau lari

Maklum lah dengar macam macam kisah tipah tertipu.

Yang jadi mangsa ni bukan calang calang.

Hi profile people belaka, people with coolest smartest brain lah kata orang.


Lihat lah screen shot ni, hensem belaka, mau tak jatuh hati :))




Pesanan untuk semua....juga buat makcik.

Hati hati dalam apa jua keadaan.

Dulu dulu ada friendster kan?? sapa pernah join angkat tangan tinggi....

Makcik pun join, just to know & monitor.......

Oh memang banyak pujian yang kalau tersyok, boleh terjebak.

Terjebak apa?? Tepuk dada tanyalah iman sendiri

Love





McK






Friday, September 16, 2016

Broccoli Soup



Seperti di janji, harini makcik share resepi broccoli soup.

Sedap bak hanggg.


Broccoli soup
(Sumber: Pol Martin recipe book)






Bahan2;

1 head of broccoli
45 gm butter
1 Onion chopped
40 gm flour
1.2 l chicken stock (makcik guna plain water saja + 1 chicken cube)
2ml basil (tak guna)
1 bayleaf
1Tblsp fresh parsley, cincang (tak letak)
Juice from 1 lemon
Salt & Pepper



Cara cara;





















- Letak broccoli dalam bekas sesuai dengan air secukupnya. Perah juice lemon ; rendam 1 jam.
 Tak buat  pun tak apa; potong broccoli dan cuci bersih

- Panas butter dengan api sederhana, goreng bawang hingga lembut (tidak garing)

- Masukkan broccoli yg telah di potong kecil, goreng sebentar (~ 7 mins)

- Masukkan tepung, kacau selalu. (~3 mins)

- Masukkan semua bahan2 lain. Masak api perlahan ~ 30 mins, kacau sekali sekala.

- Dah masak, masukkan dalam pengisar ; kisar halus

- Perisakan sesedap mulut kita sendiri.

- Siap









Love




McK











Wednesday, September 14, 2016

2 x 5....



Senyum hari rabu :))

Jangan marah
Jangan bebal
Jangan ambil hati
Happy happy








Love

McK

Monday, September 12, 2016

Hop On Hop Off....



aka HOHO

Wed 7th september 2016

Together with 4 friends, we went for an 'adventure'...

Adventure lah sangat kannn......semua tak pernah naik

Dok tengok mat&minah saleh saja kat atas tu selalu



Cuaca pun tidak menentu....sehari sebelum "trip" kami, Penang hujan...kejap lebat kejap renyai, satu hari tak henti.
Pakat berdoa agar "the weather is on our side" come wednesday.

Alhamdulillah, cuaca cantik.

Lepas sarapan, kami berlima pun berkereta menuju destinasi..

Secara ringkas;
HOHO penang ada 2 laluan - Beach Route dan City Route.
Beroperasi 9am-9pm
Last ticket purchase @ 7pm

Satu tiket boleh guna untuk kedua dua laluan untuk jangkamasa 24 jam.

 Sekarang dah mudah, tiket boleh beli dekat bas.

Masa kami naik, hanya kami 5 orang saja, so ala ala charted bus lah

Kami mula dengan laluan pantai, duduk kat bahagian tidak berbumbung, aduhai......feeling feeling  tourist lah sangat




Laluan Pantai;

Kami stop kat Holiday Inn, melawat pasir , mendengar deruan ombak sambil menyedut udara nyaman





Sampai kat interchange (Stop 1), dah pukul 12 lebih, jadi kami stop makan & solat dulu kat gurney plaza....

Lepas tu sambung City Route pulak.


Ketika laluan City;

Mana lagi kalau bukan Chowrasta yang kami stop, makan cucoq udang & ais tingkap :))
Nak enjoy cendol perut dah tak boleh terima dah.....


















Berlagak ala ala miss world.........


Sudahnya kena perli dengan suamianakmenantu, 
padan muka aku :)))



Boleh refer sini untuk rujukan


Love

McK












Thursday, September 8, 2016

House Warming..




Haha House warming lah sangat kannnn.

Dah house warming, mesti ada makan kan?





Jadi....dah nama house warming to my virtual home




So let's menjamu selera secara virtual jugak lah nooo..






Starter: Broccoli Soup




Main dish : Beef Ribs
(yang tak makan daging tu..tengok je lah ye)


Dah kenyang?

Minum lah air apa2 ya.....pi pilih kat kaunter sinunnnn :))




Okay, here comes the last dish





Chocolate Mint Cheesecake






Dessert: Nutella Tart, Choc Mint Cheesecake & fruits



Nak resepi? 

Boleh, tapi kan sekarang tengah panas rumah....ramai orang...nak layan tetamu dulu.

Nanti nanti kita share resepi ya :))


 Love



McK








Tuesday, September 6, 2016

Update update update


Sepanjang "senyap" dari alam maya ni,....minda tetap kerja, badan tetap berjalan, tangan juga tak henti bertugas...................

Cuma masa nak dok depan computer saja yang terbatas.

Kita gebang gebang santai lah dulu naaaa.....


May 2016

Makcik & pakcik diberi rezeki untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah pengalaman pertama yang sangat berharga, semoga di murahkan rezeki kewangan & kesihatan agar dapat berkunjung lagi, insyallah







Dalam pada tu juga, MIL keluar masuk hospital, kesihatannya sikit terganggu. Alhamdulillah dah sihat walau tidaklah seperti sediakala......jadi terbatas jugak lah "kaki" dan "masa" makcik






Puasa, raya.....kesibukan dan kekalutan macam orang lain lah jugak kannn. Tak ada apa yang special..

Dah jadi suri rumah tangga, kerja pastilah tak pernah habis ......bawah tangga, atas tangga semua nak kena pantau.....


Wokeh wokeh wokeh, kita stop dulu kat sini...nanti sambung lagi.

Love

McK


















Sunday, September 4, 2016

Knock knock knock........


Rumah dah tinggal lama





Kena guna WD40 nak buka padlock, kuncinya ntah letak kat mana






Nak cuci sawang, nak lap abuk, nak sapu sampah....




Hi Adil, thank you for saying you missed makcikkantin :3


Nanti kita buat house warming naaaa.......


Love

McK