Monday, January 20, 2020

You know hantu ayaq?

......masih cerita Langkawi.

Petang2 makcik & pakcik akan jalan2 sepanjang pantai Cenang, jamu mata, senaman kaki, relax minda.

Holiday yang tak ada tujuan pasti, selain dari nak relax.

Banyak aktiviti pantai kat sini,  banyak pengusaha jadi sudah tentu lah pekerja/petugas pun ramai.
Dan kalau sapa yang dah mai sini akan tau lah.....para "beach boys" ni, mak aih, warna kepekatan mereka tu.......sebab tiap hari berjemoq matahari kan, sampai tak boleh kenai depa ni local atau pun pekerja import.

Makcik ada pi sembang dengan depa, semua cakap omputih..."madam, you want play jetski?"...Ntah depa ingat makcik pelancung ka?..makcik pun tak pasti 'kerakyatan' depa

Alkisah,  satu hari lebih kurang jam 7pm, makcik nampak petugas wave bendera merah dan arah semua yang di dalam ayaq tu naik ke darat.

Makcik ni dah dasar nak kepoh.....pi la dekat sorang petugas yg tengah duduk...


Belum buka mulut......

BB(beach boy): Yes madam?

McK: Why they wave red flag?

BB: Oh late oredi 7.30pm

McK: No no..yesterday, same time they wave green flag, apa pasal hari ni merah?

BB masih dok cakap omputih, dok cerita.....sampai lah........

BB: You know hantu ayaq?

McK: (nak gelak pun ada, tapi respect dia & taulah dia org tempatan), Why?

Maka BB pun ceritalah lebih kurang: BB semua boleh tau kehadiran "hantu ayaq", jadi depa bagi warning siap2. Katanya pernah terjadi, orang hilang di telan laut. "Dua tiga hari dia timboi la.."
Hamboi dia cerita relax ja, kita ni dah rasa seram...

Dan katanya ada juga budak2 yang kena 'sembunyi'.....dan dia kata kalau budak hilang....depa akan pi cari kat satu pokok along the pantai tu. Dia tunjuk pada makcik that specific pokok. BB tu kata dia (bukan BB) suka budak2 & kadang akan sorok budak2 disitu.

Teorinya: Makcik assume red flag tu alert bila ada ombak, mungkin undercurrent yang kita tak nampak.....yang di kata hantu ayaq tu lah.
Tapi kes budak kecik kena sorok memang tak boleh nak reason out lah.....tak mau percaya pun, dia kerja situ tiap hari kannn

Wallahualam.

Apa apa pun, bila kat situ, sila patuhi arahan petugas pantai, depa lebih tau kerja depa.
Memang ada 'flag alert':

Green: Low Hazard
Yellow: Moderate. Weak swimmers are discouraged
Red: Rough condition/under current.
Black; Marine pest present, jellyfish, stingray or seasnakes





Pakcik tengah check best angle untuk shoot 

Semua peralatan di angkut bila habis waktu operasi

Sunset @ Pantai Cenang

Ada serupa tourist ka?

Budak kecik tu, dia tembak, kami buat2 tumbang
Hahahah, lagi syok la dia attack kami

Beach boy, beach girls

Makcik pernah naik banana boat masa kat Lumut


Parasailing.....ada brani?





McK




Monday, January 13, 2020

The crowing rooster....

7 jan 2020.

Makcik and pakcik buat lawatan ke luar daerah.

Kg Penarak, Langkawi..

Semasa meronda, terjumpa sekumpulan manusia lelaki tengak bersorak riang.

Nampak juga ayam2 di atas tiang yang dibuat khas.

Excited, kami stop tinjau2.

Rupanya, mereka2 itu adalah tuan punya ayam2 and upon asking, dapatlah jawapan.

Cock fighting adalah diharamkan, tapi minat nak bertanding tu tetap berkobar. jalan penyelesaian dicari........

Lahirlah pertandingan berkokok, hahahahhaaha mula mula tengok makcik serius gelak tau.

Sembang2 dengan abang2 kat situ.......

- Ayam hutan jadi pilihan
- At a given time, ayam yang kokok paling banyak dikira juara.
- Adalah hadiahnya, untuk seronok2 saja...kata abang tu


Ayam2 ini di adili....ada pengadil yang akan catat jumlah kokokan ayam (di setiap tiang yang ayam tenggek, ada di letak nombor, memang tak silap punya sebab tuan ayam pun akan kira kokokan ayam dia juga......juara kalau ayam tu kokok 25kali dalam masa 3 minit.





Tuan ayam bersorak nak suruh ayam depa kokok...


And the ayam was like.....awat hingaq sangat ni?
hingaq(colloquial) = bising/noisy

Nak kenal ayam hutan? Tu, tanda putih dekat mata tu



Some ayam yang terkejut...will just shut up..
tak kokok langsung...hahhahah tepuk dahi la
tuan dia.



Handbag ayam. 
Harga ayam pun tak murah ok.....
ada yang RM700, terkedu makcik dengaq




McK




Thursday, January 2, 2020

Embracing 2020.....


Happy New Year all.

We were in the last “teen” last year.....Year  twenty nineteen. Ini sudah masuk  tahun dua puluh dua puluh.....tak akan jumpa tahun “belas belas” lagi dah.


Tiap tahun mesti tanya.....Apa resolution tahun baru?

Mula tu banyak lah list...nak buat tu, nak improve ni, tak nak buat tu......

After few years.....Resolution?? Eh...nak habiskan last year resolution lah.....hahahahahha satu tahun resolution tak boleh capai....

Now, kalau tanya “Apa resolution”........nak jawab apa??

Tanya balik....”resolution tu apa?”.......(buat sakit hati adala kannnn)

Buat lah apa pun, resolution tak payah tunggu hujung/awal tahun lah kannnn.

We have to keep improving all the time bila saja kita realised kita tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

Update blog adalah sangat tak best kalau tak boleh letak gambaq kannnnn.

Makcik frust sebab tak boleh update macam dulu dulu....sebabnya computer dah tak ada...

Dok update dari phone saja. Tak apalah, orang yang baca blog pun dah macam tak ada.

Update ni pun dengan harapan, blog ni masih hidup.....dapat lah juga baca balik entry lama2 yang jauh lebih interesting. Sesetengah blog  kawan2 mmg tak dapat tgk dah....blog dah block :))





- McK -