Saturday, July 10, 2021

Carpenter Vs Tukang Kayu

Jangan Dok Saja.

Dah lama kita "terkurung" kat rumah kan
Ramai yang di uji dengan musibah.

Musibah?? Tak tau if this is the correct word. 

Covid19 telah merubah jadual kehidupan kita. Ujian kecil pada setengah orang, tapi pada yang lain, wabak ini telah memberi ujian yang sangat besar.....hilang mata pencarian, hilang orang tersayang.

Apa pun, masing2 punya tanggungjawab tersendiri, yang kurang diuji tu, bantu lah apa yang patut.
Pada yang teruji, didoakan mereka tabah, semoga ada jalan penyelesaian buat mereka.


Sejak dah "retire" ni, pakcik selalu sibukkan diri. Kalau tak buat apa2...."Ghaplah" katanya :))

Dengan kelapangan waktu yang dia ada, dimanfaatkan buat benda2 yang dia suka, walau tiada kepakaran.

You tube jadi guru yang paling membantu.

Polish kereta, asah pisau, kerja kayu.....

Polish keta?? Yes, dia kata polish kat kedai mahai, jadi belajaq la buat sendiri. 

"buleh ke dia" kata orang utara.....kilat lah kereta hasil kerja pakcik.

Lepaih tu asah bakat asah pisau pulak. Tiga empat jenis batu asah di beli, tajam weh, don't play play.
Habis pisau jiran pun di tajamkan :)), sampai tak dak pisau dah lah yang tumpul..hahhahhahah

Lepas tak larat asah pisau, dia upgrade bakat terpendam....buat kerja kayu pulak.

He removed our old deck, which we made ourselves more than 10 years ago.

Dengan kayu tu (Cengal Batu), pakcik transform jadikan garden chair, beratnya mak aih.

Dihadiahkan pada jiran.

Banyak la kayu yang dibeli.

Banyak juga tools yang dibeli, shoppee kan ada :)

Depan rumah dah jadi macam workshop.

Tengok lah gambaq2 ni ya.....tak tau nak bebel apa dah.





Outdoor table, ditambah top & drawer & extension

Pisau, he made the knife head/holder
Cantik kan??

Antara beberapa bilah koleksi

Rework kaki meja yang dah rosak


Garden chair(jiran punya)

Rework coffee table top

"Cerahkan" lampu :))



 Ada lah lagi projek pakcik yang "in progress" sekarang. Pokoknya, he kept himself occupied.

Tak kan nak ngadap muka bini saje...ye dak?? ;=D

Untuk kawan2 sana......you all buat apa ya to "kill time"

Nanti makcik tayang project "kill time" makcik pulak ya.

Salam sayang

Love



McK





Friday, June 18, 2021

PKP oh MCO


17 jun 2021

MCO = Movement Control Order

PKP  = Perintah Kawalan Pergerakan

Adalah benda yang sama. Kena stay at home. Covid 19 masih tidak menampakan penurunan.
Banyak yang pihak berwajib boleh buat untuk membendung ''spread of the disease''

Komen banyak pun tak guna sebab kita tak boleh ubah apa2.

Makcik dan Pakcik pun dah dapat date untuk vaccination; makcik 24 june & pakcik 25 june-his birthday!

Jadi sepanjang dok rumah ni apa yang kita buat? Jangan kata tak buat apa nooooo, mustahil la tak buat apa sebab kita dah start PKP ni sejak 18march 2020, lama tuuu. 

Makcik pak cik isi masa dengan buat macam2. Selain kerja biasa, makcik isi masa dgn craft/menjahit & pakcik bertukang.

Nanti2 lah makcik share hasil kerja kami sepanjang pkp ni ya.

But for now, makcik cuma nak share something yang pakcik buat masa dia "tak dak kerja" :))

Dia jumpa app apa ntah & habis semua muka orang dia ubah.....

Layan lah ya

 













 

Hingga ketemu lagi......

Love

McK

Friday, March 26, 2021

Nisfu

 Masa MCO 2020 (bermula 18 march), semua orang tetiba kena duduk rumah, tak boleh keluar.

Setengah orang rasa janggal, setengah rasa ok


Yang biasa dok rumah oka lah, yang selalu pi kerja pasti rasa tertekan, yang dok pi sekolah memula tu rasa syok lah kannnn. :))

Yang biasa dok rumah pun mula rasa pelik, tetiba ja penuh rumah, husband & anak2 semua stay at home,

Mula lah kitchen dibuka 24jam. makan tak stop, masak tak henti.


Bagi makcik & pakcik, kami memang selalu berdua saja kat rumah, bezanya, tak boleh nak keluar ronda2.


Pasar pun pakcik pergi, groceries pun banyak beli online, kirim jiran or pakcik beli, kiranya makcik 100% dok dalam rumah saja.


Masa tu lah juga pakcik terfikir nak bela kucing. Makcik tak mau, sebab tau dah nanti "hak penjagaan" akan jatuh pada makcik. But who am i to decide, makanya "terhadir" lah satu anak kucing kat rumah ni


Umur dalam 2 bulan, baby MCO. Pakcik beli tapi tak bagitau harga, nak marah pun tak boleh.

Comotnya baby kucing ni, hidung penyet sangat. 

Ekor tu ada fungus, bila letak ubat 
terpaksa tutup gitu 
takut dia jilat




Kebetulan, masa tu kucing my anak#2 ada di rumah, jadi kucing anak (Boni nama dia) secara automatic jadi macam mentor/bigsister. 

Dia akan ikut mana baby ni pi, kalau baby masuk litterbox, dia akan tunggu, bila keluar Boni akan "check"; cium ponggong baby. ada kala dia akan gigit baby, ada lah kot yang tak kena tu, 


Kami namakan kitten ni NISFU......sebab ada sekali tu dia jalan macam Ahmad Nisfu dalam cerita P Ramlee :))

Orientation by Boni, the kakcik kawasan

Kot kucing dapat rasa yang makcik tak berapa nak jaga dia kot, mana makcik pi dia ikut...akhirnya Nisfu sudah "terlekat" dengan makcik -- gone case.

Lepas beberapa bulan, nisfu pun dah makin besar, makin sihat, dah vaksin, dah castrate, dia makin attached. mula lah pandai naik atas, masuk bilik bagai. Mula tidur bawah katil, dalam bilik air....lama2 dia pandai panjat katil & mai tidoq dengan makcik! Oh dear, nak marah pun kesian sbb ingat dia membesaq tanpa seorang ibu, makanya bermula lah fasa nisfu tidoq celah ketiak makcik, mungkin dalam sejam setiap tengah malam.

All I can say now, he is adorable, teman "sembang" makcikpakcik, walau dia tak pernah menjawab (pelik kan?)


Ni masa kecik, la tak celuih pinggan dah



Kita nak menjahit, dia sibuk pi tidoq kat cutting board,
so how to work?



Ni Nisfu with Tokio, kucing anak#1.
Sad, Tokio dah mati, terjatuh dari tingkat 3 
rumah anak. Miss this cheeky guy, tokio

Makcik pasti ramai yang ada pengalaman bela kucing macam ni kan, setengah tu terlebih manja la pulak.

Apa2 pun, kalau dah bela tu.....sayangilah depa...makcik selalu terbayang kucing ni sebatang kara mai duduk rumah kita.....just to fulfill human desire to own a pet. 


Adakah kita tergolong dalam makhluk yang kejam?


Love


McK






 

Thursday, March 25, 2021

HiLo

Macam ombak la, ada tinggi ada rendah, sekejap timbul, lamaaaaaaaa tenggelam.


Ibarat blog makcik ni lah. laaaahai, asyik kata nak update tapi akhirnya tersadai juga.


Baru2 ni pakcik sudah sound suruh rajin rajin update blog. 

Makcik kata tunggu lah semangat mai dulu.


Maka, harini semangat tu mai bisik2, jadinya kita cuba berbaik2 dengan semangat dulu.

Untuk kali ni...kita say Hi dulu, insyallah nanti adalah update yang lain.


Chao dulu ya.


Nisfu tengah "Usyar" marka 


 Love



McK

Friday, August 21, 2020

Benar lah bagai di kata....

 Pernah dengar tak orang kata, kalau baju lekat kotoran degil(susah nak tanggal) atau pun baju putih nampak kusam, guna lah sabun lux.


Makcik dengar dah lama tapi tak pernah ambik pot pun, kalau ada kotoran degil di baju putih ja, makcik rendam clorox, sebab ada iklan clorox kann. 


Baru baru ni, makcik saja ja nak cuba guna sabun mandi untuk cuci kain yang pakcik guna untuk lap segala kotoran di luar rumah



Ni lah tuala kotor tu. Basahkan tuala, gosokkan sabun mandi pada tuala dan rendam. Makcik rendam semalaman. 

 

Hasilnya..... Tak payah berus kuat kuat pun.


Jadi selepas itu pun, kalau ada baju yang terpercik minyak, kari atau pun bekas kotor kat kolar baju.... Makcik akan gunakan sabun mandi untuk cuci. Jenama apa pun tak apa tapi Lux ni sinonim sbb mungkin ia jenama sabun mandi pertama kot, jadi org selalu sebut.

" pi kedai beli sabun lux..." tapi yg di bawa balik adalah sabun mandi jenama lain :)) 


Cuba lah. 


                     McK

Sunday, June 14, 2020

Berkarat tapi berharga...

Blogger kata depa ada new features... Makcik pun tak tau apa yang new. 
Yang pasti, ketiadaan computer adalah halangan nombor SATU.
Kemalasan adalah juga faktor penyumbang. 
Kawan2 blog yang sudah beralih arah; samada dah tutup blog/tak aktif juga adalah salah satu penyebab diri ni malas nak update.

Tapi bila baca semula entry lama, seronok dan semangat datang semula. 
Maka, bersyukurlah walau hanya boleh update guna handphone. 

Maka itu lah tajuk harini..... 
Berkarat= blog dah lama tak update.

Berharga=entry2 lama tu bila baca, sangatlah refreshing. 

Kot masih ada lagi yg membaca blog makcik ni..... Boleh bagi cadangan, macam mana cara makcik nak "bukukan" entry2 ni semua

- McK-

Monday, January 20, 2020

You know hantu ayaq?

......masih cerita Langkawi.

Petang2 makcik & pakcik akan jalan2 sepanjang pantai Cenang, jamu mata, senaman kaki, relax minda.

Holiday yang tak ada tujuan pasti, selain dari nak relax.

Banyak aktiviti pantai kat sini,  banyak pengusaha jadi sudah tentu lah pekerja/petugas pun ramai.
Dan kalau sapa yang dah mai sini akan tau lah.....para "beach boys" ni, mak aih, warna kepekatan mereka tu.......sebab tiap hari berjemoq matahari kan, sampai tak boleh kenai depa ni local atau pun pekerja import.

Makcik ada pi sembang dengan depa, semua cakap omputih..."madam, you want play jetski?"...Ntah depa ingat makcik pelancung ka?..makcik pun tak pasti 'kerakyatan' depa

Alkisah,  satu hari lebih kurang jam 7pm, makcik nampak petugas wave bendera merah dan arah semua yang di dalam ayaq tu naik ke darat.

Makcik ni dah dasar nak kepoh.....pi la dekat sorang petugas yg tengah duduk...


Belum buka mulut......

BB(beach boy): Yes madam?

McK: Why they wave red flag?

BB: Oh late oredi 7.30pm

McK: No no..yesterday, same time they wave green flag, apa pasal hari ni merah?

BB masih dok cakap omputih, dok cerita.....sampai lah........

BB: You know hantu ayaq?

McK: (nak gelak pun ada, tapi respect dia & taulah dia org tempatan), Why?

Maka BB pun ceritalah lebih kurang: BB semua boleh tau kehadiran "hantu ayaq", jadi depa bagi warning siap2. Katanya pernah terjadi, orang hilang di telan laut. "Dua tiga hari dia timboi la.."
Hamboi dia cerita relax ja, kita ni dah rasa seram...

Dan katanya ada juga budak2 yang kena 'sembunyi'.....dan dia kata kalau budak hilang....depa akan pi cari kat satu pokok along the pantai tu. Dia tunjuk pada makcik that specific pokok. BB tu kata dia (bukan BB) suka budak2 & kadang akan sorok budak2 disitu.

Teorinya: Makcik assume red flag tu alert bila ada ombak, mungkin undercurrent yang kita tak nampak.....yang di kata hantu ayaq tu lah.
Tapi kes budak kecik kena sorok memang tak boleh nak reason out lah.....tak mau percaya pun, dia kerja situ tiap hari kannn

Wallahualam.

Apa apa pun, bila kat situ, sila patuhi arahan petugas pantai, depa lebih tau kerja depa.
Memang ada 'flag alert':

Green: Low Hazard
Yellow: Moderate. Weak swimmers are discouraged
Red: Rough condition/under current.
Black; Marine pest present, jellyfish, stingray or seasnakes





Pakcik tengah check best angle untuk shoot 

Semua peralatan di angkut bila habis waktu operasi

Sunset @ Pantai Cenang

Ada serupa tourist ka?

Budak kecik tu, dia tembak, kami buat2 tumbang
Hahahah, lagi syok la dia attack kami

Beach boy, beach girls

Makcik pernah naik banana boat masa kat Lumut


Parasailing.....ada brani?





McK