Showing posts with label Pasta/noodle. Show all posts
Showing posts with label Pasta/noodle. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Mee Rebus............

Seriously, makcik kurang tahu sangat beza mee rebus and mee kuah......

Ada yang kata mee rebus tu yang letak ubi bagi pekat.....and mee kuah tu yang ala ala mee udang..

Wallahualam............

Lain orang lain cara..........

Makcik share lah juga resepi mee rebus ni..........





Bahan2 
1 1/2 cup stock udang (*)
Daging - rebus & simpan air rebusan
2 Bawang besar - blend
10 ulas Bawang Putih - blend
1 cup Cili mesin
1 tin tomato sup
Air asam jawa

3 ketul ubi keledek - kupas, rebus, lecek

Hiasan atas mee
Taugeh- celur (blanch)
Sawi - celur
Daun bawang/sup - potong halus
Taukua (tauhu) - potong 4 memanjang, goreng & potong nipis
Telur rebus
Cili hidup
Tomato
Bawang goreng


Panaskan minyak dalam periuk bersesuaian, tumis bahan blend.
Bila dah naik bau (tak perlu sampai garing), masukkan cili mesin & kacau hingga masak.
Masukkan stock udang, air rebusan daging, tomato sup
Masuk ubi. Tambah air (agak2 lah ya)
Rebus hingga mendidih.
Renehkan hingga mencapai kepekatan yang di kehendaki.
Kalau suka, letakkan air asam jawa.
Rasalah secukup masam, masin ya.

(Makcik masukkan sekali daging masa masak kuah ni)

Nak hidang macam mana ikut suka lah naaaa......

(*) Stock udang
Bila beli udang je, makcik akan buat stock n simpan dlm freezer..

Kepala & kulit udang  di cuci bersih...
Bawang putih 3 atau 4 ulas..tak payah buang kulit
Sedikit minyak.

Panaskan minyak, masukkan kepala/kulit udang serta bawang putih.
Goreng/kacau hingga air udang agak kering.
Masukkan air, agak2 tenggelam kulit/kepala....lebihkan sikit
Rebuslah sekejap sampai airnya kering sikit (jangan kering langsung)
Bila sejuk, blend semuanya & tapis.
Simpan stock dalam bekas sesuai & freeze kan

Macam ni



McK




Friday, February 15, 2013

Char koay teow

Hmmm yesterday lunch makan koay teow thng.

Thng disini bermaksud sup ya, bukan nya kependekan bagi perkataan "terhangat" hahaha....sapa paham sila la kita senyum secara jemaah :))....gelak kuat satgi dia merajuk pulak.

Malamnya pakcik buat char koay teow.....mmg best koay teow pakcik....


Koay teow, taugeh, udang, cili paste, kicap pekat, kicap cair, sos ikan, bawang putih tumbuk, telur, kucai

Tumis bawang putih, masukkan cili paste n udang.
Masukkan koay teow, kucai n taugeh.
Add kicap cair, kicap pekat n sikit saja  sos ikan
Kacau sekata....'tolak' koay teow ke tepi(masih dalam kuali ya) add minyak sikit and pecahkan telur.
Scramblekan dia sikit then gaul sekali dgn koay teow tadi.


Siap!!!!!.

Pakcik , Char Koay teow  satu!






Thursday, February 14, 2013

Koay Teow T'hng...

Adehhhh, Lawatan ke rumah kawan2 tak habis lagi...........

Tak pa...satgi makcik continue......sibuk sikitttt je satu dua hari ni........

Hari ni buat koay teow thng;




Simple saja;

Kuah: 1.5 l air + 2 chicken cube (stock) + lada sulah di rebus.

Koay teow, fish ball etc, taugeh, sayur di celur.

Garlic oil: cincang bawang putih & goreng (simpan/ambil bawang dgn minyak dia sekali)

Kicap: kicap + cili potong

Note: Mesti nak letak bawang n kicap tau sebab kuah dia tu kan very very plain.


source: google image

Cantik kan? Esok esok lah kita cerita pasai bunga ni no.......





McK

Tuesday, November 29, 2011

Tortilla-Enchilada-Lasagne



Enchilada that looks more like lasagne

Gamaknya bila orang gossip pun beginilah ye.

LG kata "a", dapat kat DLL dia kata "a+1" and bila McK pulak dengar cerita dah jadi "a+1+y"



Tengok sajalah kelainan antara di sana, situ (dia ambik dari sana), dan sini (hasil terlihat kat situ).....dari enchilada yang di 'modified' sikit, sampai kat makcik tortila tu dah jadi serupa lasagne pulak

hehe, ni semua pasal nak habiskan filling yang ada...tortila wraps pun ada banyak tu saja.

Ahhh, apa ada pada rupa...kan? :)) apa lagi nak kata kan che jah?




Some information:








Sunday, February 20, 2011

Mari Berseloka


Roasted Instant Noodles

Seloka 1

Satu pagi, sewaktu tengah melayan perasaan......satu bau menusuk hidung..
Dok fikir jugak........

Dulu:

Orang brutal mana pakai minyak wangi.......
Jadi, orang brutal selalu kena busuk lah ye?

Eh..betul ke encik BrutalSolo? (dia tak akan jawab nye sbb dia tak baca sini)

Now:
Eh eh eh orang brutal dah pakai minyak wangi????

Ooooooo....orang brutal pon rupanya dalam hatinya...tetap ada taman.....


Permata hitamku, coba teka yang mana brutal

Seloka 2

Masa kat counter tu......
"errr, pakcik dah sign sini?....."
?
?
?
ish ish is potong stim sungguh.......panggil la abang..

He he he...baru tersedaq yang kite dah menginjak senja...

Dah senja???


Seloka 3

Jom kita jenguk dapur.......

Nak panggil roasted maggi pun boleh...sebabnya.....ada orang....

apa apa sabun pun dia kata sabun lux
apa apa ubat gigi pun dia kata colgate &
apa apa susu cair dia kata susu Ideal tuuuu
apa apa mee segera pun dia kata mee maggi

Roasted Instant Noodle
Source: Kak Jah, former neighbour

Ingredient:

3 pkts instant noodle, curry flavour (i used maggi)

3 pcs red cili (sliced/chopped)
3 eggs
1 can evaporated milk
1 can mushroom soup (i used campbell)
3 onions, diced (yellow or red doesn't matter)
1 cup chopped Celery leaves

Boil instant noodle, strain & put aside.
In a bowl, mix all the other ingredients.
Add instant noodles and mix well.
Pour in casserole and bake as you would a lasagne,


Ini saja yang tinggal

P/s: nak kena mintak maaf kat pakar bahasa, kot kot apa yang makcik tulis ni dah tersalah bahasa

McK

Monday, November 3, 2008

Food

I've visited blogs & wow, they're all so good that I definitely need to improve mine. Meanwhile,,,,mai kita share recepi dulu....



Macaroni Cheese
250 gm macaroni, boil to instruction
2 pulp garlic- crushed
1 onion (i used yellow onion)- diced
1/4 of each- green, yellow & red capcicum - diced
1 bottle of pasta sauce ( i used Heinz- *)
1-2 tbsp chili paste (if you like hot, otherwise ommit)
150 gm mince chicken.
oil, salt,pepper.

Fry garlic, add mince chicken and fry until it dries a little bit, add chili paste, followed by pasta sauce. Add salt to taste & add in diced capcicum.

Place boiled macaroni in a bowl and add enough (or all of it) pasta sauce.

Scoop into baking dish. Coat with white sauce (optional) and top with mozzarella cheese and black pepper. You can also put a dash of mixed herbs if you like.


Bake @ 180 deg C until cheese melts and slightly brownish. Timing depends on size of baking dish