Monday, September 17, 2012

Just like Ayah did...

Biasanya kalau dekat  raya, mestilah banyak lembu tumbang kan? Ya lah setiap rumah nak buat rendang untuk juadah hari raya makan dengan ketupat.

And my ayah, apart from the daging, without fail, will bring back kaki lembu! Yes!  the kaki with the "shoes" still intact!



Milik siapakah kaki ini...(nyanyi mcm lagu sudirman), 
source: google


Beliau lah yang akan bersihkan sampai putih. Ayah juga akan potong and rebus kaki tu, guna dapur kayu, dalam periuk besar.......just like that, cuma letak garam saja.

Selalunya, kerja membersih akan makan masa dan hanya siap pada tengahhari, jadi kerja merebus bermula sebelah petang hari dan berterusan sampai keesokan harinya......cuma jaga api saja

Ayah tak ada letak perencah sup bagai, hanya garam dan halia saja.
Bila dah masak tu, woish punya lah lembut........bukan tulang tapi yang dalam tulang tu...tah apa orang panggil, tidakla makcik tau. Makcik tau makan saja

Tulang kaki tu kan yang sekarang orang selalu panggil 'gearbox' tu adalah besar gedebak.

Bila ayah dah tak ada kami pun tak merasalah makan sup kaki lembu @ gearbox ni.

Yang makcik nak cerita ni......hari tu pi pasar ternampak lah orang jual benda ni...tapi dah bersihlah.

Teringin, makcik pun beli, tapi yang 'betis' dia....ada lubang at both ends.

Makcik buat macam ayah buat, rebus dengan garam je.....

Bila lembut, hmmmm makan lah....................



Gear saja, boxnya tak ada.....






Yang lembut dlm sudu tu berasal dari dalam 'terowong' tu lah






Tapi...........makan pun tak bestlah.....................sebab bukan ayah yang buat :(



AlFatihah buat ayah; Puteh Md Zin @ 17 sept 2002






Wednesday, September 12, 2012

KitchenMate.......

Serupa tapi tak sama......




Good bye......
sudah bersama sejak '98...





Welcome.....
ini saja yang fit tempat asal.


Lagi lama..........
since '93 & still going strong, durable, cayalah!

Thank you Pakcik!


Sila abaikan hantu oven tu ya.....baek punya......tak merbahaya :=D


McK


Wednesday, September 5, 2012

Any innovative idea?



Alahai.......kena buat R&D?







Nak buka susah, nak tutup kena pakai 'shield'

Tuesday, September 4, 2012

I've got a surprise.....

Yang ni sebenarnya dah lama......kejadian sehari sebelum raya...

Kawan makcik beri hadiah belated birthday...

Terkejut

Kagum

Terpegun

Terima Kasih Moknem



Gift-box yang dia buat sendiri....
Isinya? Biarlah rahsia...:)





Handmade card by her daughter, Alia, sweet kan?






McK




Sunday, September 2, 2012

Awat pendek sangat......

Dah bulan September...teringat pulak lagu Sharifah Aini  dulu dulu...

"...ku nanti nanti, selalu ku nanti nanti,

....September dengan mu....."

Son 2 merungut pada satu hari...katanya blog makcik ni sekarang cerita dia pendek benor.......

Nak buat camna chek oiii, mak tak dak idea nak karang novel, mak letaklah cerpen....baik ada dari tak dak kan?

Sekarang ni bulan oktober, bulan 10, bulan Syawal dalam islam pun bulan 10 jugak, tapi bulan cina baru bulan 7.

And bulan 7 ni, dia orang celebrate (celebrate??) bulan hantu - hungry ghost. Makanya pada waktu ini banyaklah gamaknya hantu hantu lapar yang berkeliaran ye, tah tah ada yang mai you all punya open house tak.
Masa ni jugak pentas pentas didirikan di tengah tepi jalan & ada amoi nyanyi sampai midnight.
Ini adalah tradisi orang cina bila tiba bulan 'hungry ghost' ni ya.
Dan bercakap pasal makhluk ni....ada setengah kita diberi keistimewaan boleh nampak makhluk makhluk ni.
Tetapi perlu di ingat, mereka ni tidaklah suka mendapat keistimewaan itu sebab apa yang di lihat tu kebanyakkannya tidaklah hensem macam aren ajis atau lawa macam maya karen.

Anak kawan makcik adalah salah seorang terpilih dapat 'melihat'.

Dan dia kata waktu  waktu macam ni, memang 'mereka itu' actually duduk 'makan' &'mereka' itu adalah sangat ramai, wallahualam makcik cannot 'see'

Dan hari tu masa gebang gebang dengan mechanic makcik, dia kata memang 'dia olang makan punya....itu concert pun dia olang tengok...."  

Cumanya lepas concert, kalu han2 kak limah dia balik rumah, kalau yg meilan ni tak tau lah pi mana....

Pasai apa makcik dok cerita ni?

1. Pasai nak bagi panjang sikit so son 2 daku tidak lah boring kot baca celoteh mak dia ni...

2. Di keheningan malam ni, makcik dapat dengar dengan agak jelas, amoi dok nyanyi menghiburkan pengunjung concert.....
    Kelas you!!!! dia nyanyi lagu fire in the rain....hohoho kalas kau han2, dengar lagu adele

Ish boring la tak dak gambaq pulak kan? no hungry ghost photo tapi.......



Hari ni makcik buat Mee Rebus/Mee Kuah.

Son 2 kata kawan dia bersama parents nak datang, makcik pun hambatlah ayam kat belakang  tu....
Laju sangat depa lari...last last dapat tangkap lembu ja....dia jalan slow sikit

So harini mee makcik ada daging........






McK


Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka-2012




Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun kepada semua rakyat Malaysia.

Alhamdulillah.

Bersyukurlah kita dapat hidup di negara berbilang kaum dengan aman & makmur.

Nak tahu serba banyak sedikit berkenaan merdeka; pre and post of FIRST merdeka celebration?

Makcik recommend you all baca link yang makcik sertakan. A Malaysian (now no more) yang dah berpuluh tahun bermastautin di luar negara tapi memory masih sharp & young at heart.



Please READ HERE








Ni yang orang panggil 'Logo-Semua-Ada'
(credit kak gugel)




Wednesday, August 29, 2012

Robot ke?

When blogwalking, sometimes you want to leave a trace; a comment.

Tapi ada setengah blog tu, bila kita nak post comment, keluar lah indication.....

"Please prove you're not a robot"

Pernah dapat kan? Maknanya robot tak akan dapat teka atau kenal apa characters yang tertera kat screen tu.....

Tapi.........................masalahnya makcik juga tak dapat mem'figure' apa kah characters yang cuba di tonjolkan di situ.....

Apakah makcik juga ROBOT?

Ohhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk!



 Boleh baca?



Can you figure out?


Selalu orang cakap tulisan doktor adalah paling buruk susah nak baca , betul ke doc boy and doc girl?

Tak baik kan depa kata macam tu.........tapi misi boleh pulak paham.


Jadi mintak maaflah sekiranya makcik lama tak komen kat sesetengah blog  tu, bukan apa hanya pasai ni saja....bila dah cuba & dua tiga kali keluar kata-kata kesat

"The characters you entered don't match the word verification......." yg membuat daku rasa spt robot...

maka makcik pun give up dan terpaksa undur diri....


NotaTakTipuPunya:

Sapa yang boleh teka apakah perkataan2 kat dua gambar tu & make sense to me, akan dapat 'lucky gift' from me, boleh gitu?...teka nombor tak aci ya, tak kira, sebab makcik pun boleh nampak itu nombor.




McK