Thursday, October 17, 2013

Salam Zulhijjah......

Aidil adha tengah minggu, jadi satu hari saja cuti.

Pagi tu hujan lebat.....lepas solat sunat, balik rumah kesejukan.....

Tidak lah ada ketupat rendang bagai........



Pulut kuning dimakan dengan kari ayam



Scone gedebak..(plain, cranberry & Dried pineapple, cheese). 
Buat 3 jenis selepas happy scone kali ni jadi cantik :)







McK

Wednesday, October 16, 2013

hobby.......hantaran

Untuk kawan....anak lelakinya nak nikah bulan november ni..









Masih Gigih daku belajar...belum menjadi lagi... 








McK





Friday, October 11, 2013

Shocking Series.............



I emphasise  the handles...........


The Collection


Ms Pinky




Blue Black



Red Butterfly



Orange Safari


Green Mushy

Comes with zipped top






McK






Tuesday, October 8, 2013

Rebung d'exotica


Hamboih nama......:)))

Satu hari yang tak-tau-nak-buat-apa-dah, makcik & pakcik tengok TV...asia food network kalau tak silap.

Ada tunjuk satu host lelaki pergi ke pendalaman satu negara...

Kemudian dia pun buat satu dish............

Yang tau dia kata bamboo shoot, small hot cili + herbs, yakni apa2 herbs yang ada di perkampungan itu di campur dengan chopped meat.

Kami tak suka rebung, tapi nak juga cuba.

Jadi makcik pun cuba lah...ni kira suka hati nak letak apa lah....

.



1 rebung jeruk, agak2 8-10 inch panjang

200 gm Minced chicken
1 batang serai, hiris halus
1 bunga kantan (makcik guna 1/2 saja), hiris halus
Beberapa helai daun limau purut, hiris halus
4 Cili padi/cili merah - suka hati ya
garam, lada hitam, kicap ikan (optional)
1 sudu besar tepung jagung

1 biji telur,

Gaul semua bahan, kecuali rebung.
Campur telur sekadar agak2 melekat bila di kepal (ala gam)






Ambil rebung. Sila lah basuh banyak2 kali ya kalau tak suka bau dia....hmmm.
Belah dua memanjang, sekarang kita dah dapat 2 rebung yang panjang.
hiris nipis jangan putus......



Camni

Ambil anggaran 2 sudu besar ayam cincang tu.
Letak atas rebung.
Tutup agak2 kemas (makcik buat pun sememeh je)
Ikat to secure. Makcik guna daun kucai.



Goreng 'deep fry' dalam minyak panas hingga agak garing, jangan hangus 

Angkat & makan lah ikut creativity sendiri. kami makan camtu saja...








SEDAP - memandangkan rebung bukanlah makanan kesukaan.




McK



Sunday, October 6, 2013

Our Saturday.................


Hari merayau/riadah

Tak ada plan...ikut kata hati masa tu je...............

Pakcik nak ke Seberang Perai......menembak...........

Ehhhh bukan pong! pong! pong!......



Tapi ini.....musim menanam......
abang kanan tu cam dok main guitar kan?
 Gambar credit pakcikTroy
@ Permatang Tok Gelam



Lepas tu cari port isi tekak pulak....
Maklom tu nama tempat ye harap maklum


Sedap semangkuk 2 hengget


Balik rumah...................

Petang pulak...............

Tengok ketebang nak landing......................



@ Permatang Damar Laut.....
photo credit pakcikTroy

Maghrib di masjid berdekatan then soruuuu (dinner la tu) @ kedai berdekatan.....tomyam campur, daging merah, sayur campur, sup ekoq, ayaq temikai, nasi  - 2 orang RM24/ sup ekoq terpaksa tapau sebab perut dah ketat


Notakaki: Mungkin ada orang kata...."awat yang ni pun nak cerita...?".....Well esok2 when old....boleh rekindle..."oh this was us when young...:))..." 
Lagi pon anak2 di perantauan tu kadang2 dok tengok blog juga.....









McK

Thursday, October 3, 2013

Wanna Smoothie?

Makcik ingat hari ni WW......rupanya dah khamis

How time flies...

Masa dah tak berjalan lagi.....masa sekarang dah berlari...pecut!!

Okay lah enjoy our smoothie......

Selalu minum juice, fibre buang.......kali ni blend semua, nasib baik smooth...

Tapi yang ni  lagi best....siap blend sayur lagi...& anak dia minum slamber derkkk je..i am amazed.




Apple, mango, celery, lemon



Apple, celery



Banana, pineapple, celery...


Apa pun boleh blend...buah yang tak terhabis...takut busuk, potong kecik, letak dalam bekas (agak2 sekali minum) & freeze.

tomato, lemon, orange, dragon fruits, beetroot, cucumber, carrot.................


Bila nak guna, letak plain water dalam tu & biar sekejap. Prepare your blender & in they go....bruppp brupppp, siap

Cuma makcik tak pernah cuba letak sayur macam dinie buat










McK

Tuesday, October 1, 2013

Vietnamese Spring Roll -Cuộn mùa xuân Việt

Entah betul entah tidak.......makcik tanya mr gugel tadi.....

Tak biasa pi vietnam, jadi tak tau lah kat sana ada ka benda ni.....

Alahhhh macam mee bandung, ayaq bandung la.....

Pi Bandung, depa pun tak tau benda tu wujud....

Makcik nampak Rice paper ni kat satu kedai jual bahan2 kek...out of curiosity, makcik beli lepas dapat sikit penjelasan dari tokey kedai tu...




Ni lah rupa bungkusan rice paper tu.....



rupanya...macam "clear plastic sheet"




Ada 2 size, yang ni besar punya.....takut tak pandai nak balut kalau guna yang kecik


Makcik google utk filling....tapi makcik guna apa2 yang ada.....

Crab stick, hiris memanjang atau biar camtu je
Udang, buang kulit, rebus
Daun bawang, kerat ~3"
Daun pudina
Daun selasih
Daun ketumbar
Timun, kerat ~ 3" and hiris panjang (julienne)
Carrot, kerat ~ 3" and hiris halus memanjang

Bihun, celur (makcik tak letak)

Assemble;

Nak balut dia agak susah tak lah payah mana pun kalau kita buat kali pertama. Rice paper tu cepat juga lembik bila kena air...

- Sediakan semua bahan2 yg nak letak dalam spring roll berdekatan 'workstation'
- Sediakan satu bekas (besen) air, cukup untuk celup rice paper.
- Kitchen towel lembap, untuk lapik rice paper.
- Dah ready semua tu? Ayuh.
- Celupkan satu keping rice paper dalam air, bukan rendam ya.
- Letakkan rice paper yg dah dicelup tadi atas towel lembap tu.
- Cepat2 letakkan filling, macam popia.
- Lipat kedua2 tepi, gulung.

- Siap. Makcik cicah sos cili thai saja hari tu. 

Nak cerita panjang2 tak pandai lah ai....experiment sendirilah ya....







Kalut sgt...lupa letak segala daun2





Colourful & tasty spring roll









McK