Wednesday, November 30, 2016

Part two of two......



 Perth

Part 1  2nov-4nov



Part 2; nov5-nov7

5 nov:
Day 4

Stone and Sand desert @ Pinnacle
Lebih kurang dua setengah jam perjalanan dengan kereta.




lalat banyak masa ni, tutup muka adalah lebih baik 

Dolly, Faisal(adik guide) & tuan tanah



Picnic by the sea at Lancelin

Hampaq tikaq, bukak tipuware, 
angkat pinggan...nyum nyum


get ready to parasail kat Indian Ocean
bukan la kami....mat salleh tu :) 
 credit: Dolly

Dia orang berenang renang....tak takut jaws ponn :)
 credit:Dolly



Gendang gendut tali kecapi, dah kenyang perut, nak pi mana lagi??

Konvoi pi kat 'BUKIT PASIR' untuk sandboarding pulak.
Disini Faisal dan abang dia Marzuki mencabar (boleh ??) untuk makcik sandboarding...makcik  pun sahut cabaran, dengan syarat salah sorang dari depa teman makcik :))

Kat entrance, tak ada gate pun, ada awek cun bagi sewa sandboard @aud10 untuk 2 jam. Kena naik kereta jugalah untuk ke kaki bukit pasir tu...
Masa bawak board tu rasa confident.....menapak naik bukit pasir sampai puncak....cehhhh kat puncak dah ni....

Oopppsssss, slope  kita naik tadi, board tak boleh slide turun sebab landai....mak oihhhh cemana nii???

Patut lah tak dak sapa meluncur turun ikut sini...

Ok ok kita cari tempat sesuai boleh slide down.....tengok la belah sana, opposite dari naik tadi.......ayoyo...very curam wei.....seramm.

Sebenarnya taklah curam sangat (kot la), tapi rasa gayat......tengok orang kat bawah tu pun nampak kecik ja.

Lama jugak lah dok "ishhhh seriau aih".."curam aih"...."takut aih"..."haiiii la awat pi sewa board.." hahaha, sapa suruh gatai pi sewa???

Tak pa makcik (ceh, dok console diri sendiri...), dah mai sini, cuba la apa yang boleh, experience kata omputih.....mana nak dapat adventure kalau tak cuba......bila lagi kan kan kannnn??

Di pendekkan cerita, makcik pun dok ataih board tu seperti yang di bagitau awek cun tu......sikit sikit dok tolak board tu ke tepi curam...dub dab dub dab...........

Wuuuuuuuuuuu, board tu meluncur turunn!
Sebelum tu makcik pakai spek and tutup muka dengan tudung takut pasir masuk mata masuk mulut, halus sangat pasir macam tepung...
Sekejap saja jerit, dah nak sampai bawah....makcik angkat kedua tangan, lost balance....tergolek, dua kali terguling.......satu badan bersalut pasir......macam tepung gomak daaaa

Kalau tadi dah meluncur turun, dia tak akan meluncur naik okay.....maka menapak lah naik bawak board tu sekali.......sila imagine you panjat bukit pasir........pijak jerlus pijak jerlus...begitulah.

Sampai jugak lah ke atas.....tak dak sapa nak dukung hang naik ataih tu...mengah jugak wehhh, tapi tidak lah teruk....rasa teruk sebab kita tak pernah buat. Relax seminit dua, menapak lah turun menuju kereta. Kalau sapa2 nak kesitu nanti, bawaklah goggles swimming & air, untuk cuci muka.
Sandboarding ni story only ya, no picture sebab tak ada siapa ambil. Kalau sesapa google and nampak orang happy ja senyum2 pegang sandboard atas bukit pasir..jangan keliru...:)))), mungkin depa posing saja tau, makcik dah nampak sendiri....Tapi ramai jugak yang meluncur turun ya

Bukit pasir ni terbentuk ikut tiupan angin, jadi tempat curam landainya selalu berubah,
senang cakap, ikut suka angin tu lah.

Pengalaman baru- once a lifetime.

Habih sandboarding, kami drive lagi, strawberry picking katanya. Sekarang strawberry saja, bukan musim apple dengan anggur.
Sekali dengar GPS tu cakap....."turn right and continue straight 85km.." alaaaahai...jauh nyaaaaa.
Bukan sampai lagi ya, ada kot lebih kurang 100+ kilometer! Jauh baq hang.....tapi ni kira dah on the way nak balik la

Strawberry picking @Bullsbrook



Tu dia berlambak strawberry 


Hari pun petang , strawberry pun dah petik.......kita lawat masjid sekejap

Entrance to masjid compound, 
pokok bunga ros sebesar muka di kiri kanan
Ambik muka kita la ya, bayangkan bunga ros
Cantik & Besar masjid ni


Jom sunset ...........

Sunset @ Sorento


Kanan tu adalah resort, kiri tempat "parking" boat
depan tu tempat orang naik feri, tempat makan & kedai 

Ada satu pakcik yang ikut rombongan konvoi 
(dia tak ada dalam gambar ni) komplen
...."Matahari jatuh punnnn depa nak tengok," :))



Dalam perjalanan balik tu kami singgah tapau pizza & kebab dari kedai Turki. Banyak kedai arab kat sini tau,

6 nov
Day5

Kami lawat dua sunday market...macam flea market/car boot  kita sini la. Ada jual barang baru tapi banyak preloved items.
Suka kat sini, banyak benda dapat tengok, macam macam...baju, bags, buku, household items, fridge pun ada jual.

26 km memandu, 30 minit kemudian, kami sampai lah ke Freemantle


Dalam tu macam macam ada; 
makan, minum, souvenirs

mengancam mata menggoda hati


Filo pastry; Cheese and Spinach...perghhh sedap
rupa macam murtabak, tebal dalam 1 1/2 inci

souvenirs: 

 Lepas look see look see dan shopping sikit sikit, masa untuk makan pulak.
Mestilah nak makan Fish and Chips yang sangat lah famous tu. Serving besaq, harga sila jangan convert ya.


Walau perut dah keroncong,  posing jangan abai

Set besar tu @aud49.90, 
pinggan kecik;2 fish dengan chips tu ~aud17
kami kongsi 6 orang, kenyang! Alhamdulillah
Teringin nak cuba yang lain tapi.....kenyangggg


Banyak la nak cerita ni....

Lepas freemantle, dia kata jom pi naik boat, tapi singgah masjid dulu.Kat sini, banyak  masjid, cuma kita tak nampak ja....nasib abang guide ada, tak pening lah nak cari...

Masjid ni kecil, berjiran dengan church, 
dalam kawasan 'rumah besar-besar'   kawasan elite lah kot, 
mesti ada muslim di persekitaran ni...bangganya. 
Ada notis kat dinding masjid 
 "jangan park kereta kat kawasan church sebab ada orang 
hisap rokok dan buang sampah disitu ; 
mereka tak nak church tuduh org masjid buat kerja tu..
 tak nak cari pasal & tutup gate bila nak keluar."
Gate tak kunci tapi pintu masjid dikunci, 
ada no untuk call bila nak guna 
dan akan di beri passcode untuk buka pintu masjid

Kita terbabas sikit kat masjid ; driver terlajak tidur;  bila sampai Mandurah, river-cruise office dah ditutup.
Semestinya Faisal juga tahu, kalau kami miss yang ni, tak tau bila lagi kami dapat peluang....jadi dia pi slow-talk dengan jejaka yang tengah mengunci the last boat....



Jejaka hensem tu(John bukan nama sebenar) tanya dia kenapa lambat (kenal lah tu sebab selalu bawa tourist). Entah apa yang dia cakap, John buka kunci boat, kami buat bayaran (siap dapat discount lagi!!!)...selamat.

Self-driven boat; abang guide lah bawak



Bergaya abang guide kita bawa boat
Makcik pun di beri peluang bergaya bawak boat 
tapi dia set at slowest speed la....
takut jugak satgi over-excited, 
sedaq sedaq sampai laut cina selatan :=D
(Dolly nak jadi passenger saja, tak mau jadi driver)

Banyak rumah private sepanjang sungai tu...
cantik tapi sunyi 



Happy faces; 
Thank you jejaka oz hensem
(dia tolong snap gambar lagi)


Esoknya dah nak balik, so Dolly kata, kita relax relax ja, enjoy persekitaran rumah, cuma......satu hajat lagi .........apa tu??


Laaaa, dia tak boleh "move-on" tanpa ni. 
hahaha so kami mai breakfast pie @ Oscar's lagi sekali, 
 dekat ja dengan rumah, 
kalaulah dia mintak Filo Pastry(dia dok sebut2 jugak), 
jenuh nak drive pi Freemantle pulak :)))


Lepas hajat :)) Marvelous!!!

Being a good guide and host, Faisal tanya kami dah habis pack ke belum. Bila kata dah settle, dia bawak lagi kami pusing pusing, 'buat apa dok lepak kat rumah..' katanya


Sir Charles Hospital, General Hospital

Blue Boat House
ramai buat photoshoot  kat sini

Riverside, dekat The University of Western Australia
cantik persekitaran university ni; in the garden, by the sea

Ni dah kat airport, lepas check-in...tapau kebab, 
siap sedia nak fly balik jumpa darlings 


Serba sedikit pengalaman 6D5N di Perth. Ada lagi tempat2 yang kami tak sampai, insyallah ada rezeki lain kali pulak. Yang ni pun dah kira pack juga....tak lekat di rumah la kata orang2 tua.....

Kalau pi jalan, nak relax saja dalam bilik hotel, carilah hotel cantik selesa

Kalau pi jalan, memang nak jalan2 tengok tempat orang, penginapan bajet dah mencukupi, balik sekadar nak lelap ja kan

Pakcik is a frequent traveller, tapi sangat tak suka fly terutama malam. Tanpa sedar, dia dah track flight makcik!

Mujoq kami tak pakat dgn pilot, 
singgah Darwin ka...:)))


Kami naik flight kebanggaan negara with food dan 30kg.
Anak2 tiga orang tu datang dengan "flight tambang murah" katanya, no food.

Bila tanya harga?????

Hmmmm, tambang kami rupanya lebih murah dari flighttambangmurah tu.





"Friendship is born at that moment when one person says to another: 'What! You too? I thought I was the only one."



"Nothing makes the earth seem so spacious as to have friends at a distance; they make the latitudes and longitudes." 

Love

McK











Friday, November 18, 2016

4244 km Down Under....



2 Nov 2016

Pepagi buta dah kat airport, Pen-Kul.

Macam budak2 skolah nak gi excursion........tak lena tidoq  oiiiiii.

Hahahaha excited semacam!

Hot transfer luggage kat sini, so sampai KLIA lenggang kangkung je

Maka bermulalah perjalanan 6D5N kami berdua....



Setia bersama......


From screen dalam flight



Touch down tepat waktu, dijemput brother yang kami engage untuk bawak kami putar putar sepanjang menjadi perantau disana......


First meal di rantau....
sengaja di bawak kesini gamaknya :)

Cerahnya awal, 3am lebih dah subuh.

Jadual hari kedua...nov 03 2016

Caversham Wildlife Park.

Tapi sebelum tu kami dibawa ke bakery untuk beli (tak nak beli tengok saja la) their speciality....Pies.

Rugi kalau tak mai sini


Kawasan Caversham  luas....banyak pondok2 dibina kat luar untuk pengunjung berkelah, BBQ pit juga ada, bayaq AUD1, api pon menyalaaa :)).

Depa sangat disiplin, sangat bersih, no sampah okay. BBQ pit dia juga bersih, kata abang guide kami, kalu kita was was, nak guna lapik la aluminium foil. Kami tak guna la,


Posing saja, pondok dah di tempah...
kami ke pondok sebelah
Pemuda hensem tu adalah abang guide kami  

Sebelum masuk park... kita berkelah dulu katanya :)), dia masak nasi lemak!

Cheesy Steak Pie for her and Beef pie for me
Nampak dak bekal atas meja tu??


Dah kenyang....mula lah gedik :))

Masuk Caversham AUD27, kat sini kita boleh bermesra dengan kangaroo, wombat, possum, panda semua, tapi masa kami sampai tu ada bus loads of about 270 mat and minah sallehs menyerbu situ jadi kami hanya jamu matalah kat situ, tak kuasa  buang masa beratur nak bergambar..


 "sheep shaving" show.......
kesian weh , berdarah kulit biri biri tu


 Kangaroo pun slamber je tak dak feeling


Hahahaha, berpuas hatilah dengan aksi seadanya

Keluar situ, kita singgah beberapa tempat dalam perjalanan cari lunch.

Duta choklat :-))


Didalam.....
boleh rasa choklat sampai kenyang.......
macam macam ada


Vineyard...kita tak masuk...posing kat luar je

Kata pergi dua orang, awat ramai kat situ??? Haaaaa ni nak story sikit....

Masa kami sampai hari tu, abang guide kami Faisal, kata nak jemput lagi 3 orang yang sampai penerbangan sejam lepas kami sampai. Dia orang sewa apartment dan kereta pandu sendiri, Faisal yang aturkan.
You know what??? Dia orang request nak ikut Faisal, lebih confident kata depa.
Kebetulan mak, kakak dan abang Faisal juga datang bercuti, makanya perjalanan kami adalah konvoi dua kereta...9 orang....keluarga besar...meriah.
Mereka bertiga ni dari Pahang, muda lagi,  tertib dan fun to be with, itu yang penting kan?


Yahava Coffee Factory.....
boleh rasa kopi sampai mabuk...macam2 jenis ada. 
Haruslah beli sebab darling kat rumah tu memang hantu kopi




One for the album.......Vineyard entrance, 
tak ada anggur, tengok daun & putik2 kecik...jadilah

To sum up: Caversham, Chocolate Factory, Vineyard, Honey Outlet, Coffee Factory......maka perut pun start nyanyi lagu arab.............

Lapaq...ni saja gambaq paling best yang ada....
nama kedai tak ingat tapi ada ..."Charcoal Grill..." gitu.
Grill Chicken, Grill Lamb, salad + nasi = WOW sedap

Lepas makan ni kita orang pergi masjid, tak ingat kat mana, gambar pun tak ambil...rest kejap..ambik nafas........

Jalan jalan lagi ke King's Park......


Hampaq tikaq, buka bekal....makan makan santai


South Perth........ view from King's Park

Faisal kata rugi la kalau tak pusing semua tempat...okay, dalam perjalanan balik kita singgah kat Elizabeth Quay, baru buka awal tahun ni katanya





Dolly Kathy & da boyz 


Day 3: 4th nov
Kami sendiri kat city.....2 orang...ronda ronda tanpa hala tuju, masuk keluar kedai....
Sini juga kita boleh naik bus-FOC, identified by colours; Yellow Cat, Green Cat, Red Cat & Blue Cat.
Tiap warna akan bawa kita ke tempat yang berlainan, kalau naik semuanya, maknanya habis cover City lah.
Kami cuma naik Yellow Cat untuk ke Watertown Complex.
Dua jam kat situ,  kami balik semula ke city(Murray St), ada pasar malam bermula 4pm. Pasar malam ni cuma jual makanan saja...from all over the world, bukan semua halal.

Kami makan kebab dari salah satu dari Turkish stalls dan satay from none other than Malaysia stall.
Deret pasar malam ni terletak berdepan dengan bangunan Commonwealth of Australia.




Woihhhh, banyak sangat dah gambar ni.....kena sambung part 2 for next three days of our holiday...


"NO ROAD IS LONG WITH GOOD COMPANY"



Love

McK




Wednesday, October 19, 2016

Experiment...


Api, air & senduk kayu


Pernah dak dengaq petua ni.................

Letak senduk kayu ataih periuk nak elak meruap/meleleh melimpah.

Tak pasti berkesan ke tidak, makcik pun cuba.

Rebus cili, letak senduk seperti dalam gambaq. Kuatkan api sampai agak2 nak 'melimpah'.

Then makcik angkat senduk.............standby juga takut, melimpah keluar rebusan tu....
Ikut lojik, kalau angkat senduk, didihan tu akan naik lagi sampai boleh 'overflow' la kan.

Tunggu tunggu, tak pun dia meruap naik.............

Kesimpulan:

1. Api & bahan didihan tak heran pun dengan senduk tu.

2. Makcik 'fire' tak cukup power kot.

Lain kali cuba lagi......

Nak cuba, kena bagi bahan tu meruap/mendidih sampai overflow, then letak senduk, tengok result, baru boleh tau berkesan ke tidak.

Masalahnya.....bila dibiarkan meruap.....overflow lah bendalah dalam periuk tu.....bila dah overflow, basah lah dapur................bila dah basah......sapa yang kena cuci??

Akuuuuu jugak.....kan dah tak pasai pasai kena buat kerja.

Hmmmmm, nak cuba ke tidak????

Kalau sapa2 dah cuba, bagitau lah ye samada ayaq dalam periuk tu takut kat senduk atau sebaliknya












Love



McK






Monday, October 17, 2016

Somewhere Nowhere extended.....



Tajuk kemain lagi...:))

Bila di kata somewhere nowhere tu, maknanya kurang planning...

Dalam satu dua hari sembang sembang......."jomlah kita pi lagi somewhere...sabtu pagi2 kita bertolak.."
pack untuk 2 malam katanya..

Tiba friday pagi, masih lagi...." kita nak pi mana ya....utara lagi ke or east coast?.."

Entahla bangggg, i ikut ja mana you mau pi...

Come friday petang...."Jom lah kita pi malam ni..." dah pulak....ok lah jom!!!!

So malam tu bermulalah  perjalanan belumtentuhala kami :))

Drive sampai Ipoh 11pm, stop cari tempat tidoq....

Google cari tempat and dapatlah.

Murah, tak ada la bath tub, ayaq laju, wifi lajuuuuu; selesa.

Pagi esok 7am, checkout.

Drive ikut Simpang Pulai-Cameron Highland


In times of need and you get this, berpeluh tau...
nasib phone pakcik ok

Kita terus hala Gua Musang, tak singgah CH.
Steady pakcik drive 7 jam, tanpa tukar driver, berhenti sekejap sekejap, makan dan relax.

Bila sampai pun masih tak pasti nak pi mana....ikut ja tangan yang "mengoner"
(read: yang bawak kereta ) :)


Pantai Kemasik-cantik!

Kata pakcik cahaya dah tak cantik untuk ambik gambar, so  kena datang lagi.....jom pi cari hotel dulu.
Awana Kijal dah check awai2, tak ada, nak cari lodging kawasan tu......tak ada /tak jumpa.

Call kawan, dia suruh pi Chukai, so kat Chukai lah kami malam tu.

Makan pun dekat, jalan kaki saja

Esok paginya pergi semula Pantai Kemasik untuk sunrise...




Salah satu gambar hasil bidikan pakcik

Credit: Pakcik Troy


A happy man :)

Makcik?? 
Ni haaaa, ambik gambaq jelly fish yg dah tersadai.......
nampak cam tengkorak pun ada kan

Selesai photog, nak cari makan pulak, ada juga google check kedai makan, tapi kebanyakan tak buka lagi waktu tu, jadi singgah kat gerai yang jumpa dalam perjalanan balik hotel

Bengkang katanya, ada dua kuah cicah, manis dan lemak.
Brown tu kuah manis, putih tu kuah lemak, santan+halba

Checkout- drive lagi......arah Penarik pulak. Singgah lunch kat gerai tepi jalan, senang nampak & tak payah detour arah


Kedai makan, opposite gerai keropok ni.....
tak sah lah mai Ganu kalau tak beli keropok 

Sampai Penarik, google lodging. Alhamdulillah, tidak mengecewakan.


Kanan tu sederet berpintu pintu, 
kiri tu satu rumah empat pintu, kami dok yang kiri tu


Semua pun sedia maklum yang pantai di Pantai Timur adalah "TIDAK BOLEH MANDI"
sangat merbahaya sebab pantainya beralun/bertingkat.

Jadi, Penarik Beach Resort ni ambil pendekatan berbeza; dia sediakan swimming pool :), kreatif.
Tak korek lubang buat kolam, tapi buat platform bertangga & buat kolam (macam besen besar) dekat dengan pantai


Swimming pool ni depan bilik makcik













Pakcik kata bantal keras macam bata...
HAHAHAHA.. hello abang, 
orang jepun korea tidoq guna bantal buluh tau, tak komplen pun
(Tak ada lah komplen, saja buat lawak saja)



Gigih:ubah sampan untuk jadikan prop gambaq dia....
gambaq dia nanti2 dia upload lah, 
makcik tangkap guna henfon saja


Lagi makanan kat gerai; 
nasi dagang (sedap) and pulut kelapa+ikan kering(semestinya sedap)
Tak tau harga berapa, 
yang atas ni + nasi berlauk pakcik + limau ais+nescafe+belanja satu pakcik tu=RM14



Macam tak best ja cerita ni kan................Tak pa lah, untuk simpanan kenangan peribadi,

Hangpa yang baca ni, buat buat seronok pi lah noooo, bayangkan hangpa jugak ikut kami pi jalan2 tanpa tujuan/book lodging ni......best ooooo :))



LOve

McK