Wednesday, November 28, 2012

Twisted Puff

Dah larut malam sgt tapi mata tak mau lelap.....

Makcik bagi teaser....

Guna henfon tak boleh tulih banyak, keyboard cinonet jari gedebak






Makcik buat utk dinner tadi....

Good nite


Saturday, November 24, 2012

Durian Crepes - The Traffic Stopper.......

Ombak Durian Crepes melanda sekarang.....mengalahkan ombak rindu.....

Lebih sebulan lalu, makcik adalah ber'viber' ngan mamafami & she asked if like durian crepe...and dia kata durian flesh+ whipped cream.
Mak aih, lemak bercreamnyaaaa......

Then dalam chatgroupkawanskolah makcik pulak timbulkan pasal ni....

Rasa hati nak cuba...and masa melawat rumah Paty, memang nampak banyak resepi2 menarik yg makcik dah bookmarked...and this is one of them.


STOP if you like durian

LOOK if you are curious

GO if you don't fancy durian

Durian Crepes/Pancake/Parcel

sumber: Paty's kitchen


 

A:

80 g flour
20 g corn flour
20 g glutinous flour
30 g melted butter
40 g sugar (i only use 30 g)
300 g evaporated milk
2 eggs
1/2 tsp salt

B:
Durian flesh

C:
Whipped cream

Mix A until well combined.


I mix all in a blender


Heat pan, grease with oil or butter. Pour enough batter into pan and do like you would the 'kuih ketayap'.

Put filling when pancake is cool

Spread a little whipped cream at center of pancake.
Spoon durian flesh on the whipped cream
Spread another layer of cream if you like.
Fold nicely.

Pls go to paty's blog for a detailed 'how-to'





Note: If you fold into square parcel, jadilah dia crepes
          If you gulung lepas letak inti, jadilah dia 'ketayap durian'...pilihan di tangan anda.


Makcik perasan yang pancake tu tak boleh tebal, nanti susah nak lipat, juga tak boleh kecik sangat.
Masa buat tu makcik buat kecik je pancake dia, ingat nak bagi comel lah konon...sekali tangan yang melipat ni adala gedebak, susah nak lipat...Tu yang crepes makcik taklah sama lipatannya...
dah lepas buat yang kecik hampir separuh, baru perasan & buat yg besar sikit



Apa apa pun I prefer durian on its own.......fuhhhhh dok tunggu pakcik balik dari outstation niiii...dia kata beli durian (lagi!!!!) kat makcik....ohhh bahagiaaaa





Lihatlah dgn tak malunya, makcik ni santap durian tepi jalan....aduhhh















Thursday, November 22, 2012

Nasi Daging



"mem, i nak masak macam you buat hari tu...cari dalam blog tak ada resepi..." that's my schoolmate Jun texting about nasi daging yang makcik pernah buat masa dia orang datang gather gather kat rumah few years back.


Kerap juga buat tapi entah pasai apa, tiap kali masak, tak sempat nak ambik gambar dalam keadaan 'bersedia' ;lawa2.

Yang dapat selalunya yang dah dalam pinggan....tidak terkecuali, kali ni jugak.



Juadah simple and sedap. No fuss.






Nasi Daging:

1 kg daging di rebus bersama 1 sudu besar cuka serta sedikit gula batu ( kalau x ada gula batu,  gula biasa.pun ok, nak rebus gitu saja pun boleh, asal daging empuk).

1 kg beras basmathi, basuh dan toskan (1kg beras anggaran 3 tin evaporated milk)  **

4 1/2 tin air rebusan daging (kalau tak cukup tambah air biasa)

4  sudu besar rempah sup *
2 sudu besar rempah kurma *
2 sudu kecil garam masala *

6 ulas bawang putih; hiris halus
2 bawang besar;  hiris nipis
1 " halia; mayang halus
3 kayu manis
3 bunga lawang

Sedikit daun sup/daun bawang potong agak2 1 "

Sedikit minyak untuk menumis ( boleh tambah sedikit minyak.sapi)

- Panaskan minyak & masukkan kayu manis & bunga lawang. Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar, halia & kacau hingga lembut & naik bau.

- Masukkan rempah (*), kacau sekejap dan masukkan air daging, cukupkan rasa garamnya.

- Bila dah mendidih, masukkan beras serta daun sup/bawang.

- Masak macam masak nasi biasa.

- Hidang bersama kerabu timun & hirisan daging cicah air asam

Note:

- (**)  ikut sukatan sendiri, kalau guna, cawan utk sukat beras, guna cawan yang sama utk sukat air)
- Guna beras biasa pun boleh
- Boleh juga makan dengan dalca atau lauk lauk lain kalau suka.
- Makcik masak dalam rice cooker; letak beras dlm rice cooker. Tumis bahan2 dalam periuk lain, bila mendidih, tuangkan dalam rice cooker dan tekan 'cook' seperti biasa.

Air Asam:

Sambal belacan
2 biji tomato - hiris
2 bawang besar- potong dua & hiris nipis
sedikit, tomato sauce

Gaul semua bahan & cukupkan rasanya-tambahkan sikit air asam jika perlu.



Kerabu timun:

2 biji timun, buang kulit, 'cakar dgn garpu', hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris nipis
Sedikit hirisan cili merah & hijau sekadar nak bagi warna.

Gaulkan bahan atas dengan gula, garam serta sedikit cuka - sesedap rasa.

























Sunday, November 18, 2012

Dancing in the rain 4......

Romancing the sun..............

Lepas Gunung Lang boat ride.......on the road semula..................

Then we realized we mengantuk weii.............cuaca pun panas.......

Masuk drive thru along the way...makan dlm keta sambil mata melilau cari sarang..........

Mulanya try satu resort kat Teluk Batik, tapi ramainya orang di sekeliling tempat tu....pening kepala....

Finally by noon, kita dapat juga ...........

Apa lagi...bum lah kejap.........

4pm kita keluar, mana boleh waste time kan.....

To marina island, pusing pusing...banyak tempat masih dalam pembinaan walau jetty baru ke Pangkor sudah berfungsi....

Marina Island adalah lokasi baru, menempatkan jetty ke Pulau Pangkor, ada kawasan parking yang besar.


Pakcik nak tembak sunset, tapi matahari pun cam malu malu.............

Kami ke pantai melalui kampung nelayan bersebelahan dengan jambatan ke Marina Island tu.

Makcik perhatikan, kebanyakkan remaja kat situ mempunyai aktiviti tersendiri; membantu di warung/restoran berdekatan, menjual buah,  membaiki jala atau membetulkan apa-apa 'structures' berkaitan di situ.............betapa beruntungnya anak anak kita yang waktu senggang mereka dihabiskan dengan main game atau hang-out kat kofibin kan. Insaf!


Tak ada gambar nak ditunjuk sebab tak ada subjek interesting.............kita orang balik sarang lah....on the way tu singgah makan siap siap, walau tak cerewet bab makan tapi yang ni ......hmmmmm.

Nota: Hotel ni walau pun rasanya tak ada bintang as compared to our previous hotel, tapi ada astro & free wi-fi, jadinya makcik pakcik pun layan astro & internet lah

Esoknya lepas check out sekali lagi perjalanan ikut tayar kereta yang berpusing...............

Kami singgah lumut...kawasan jetty lama ke Pangkor...pun ramai orang di situ.

To compensate an empty day, kami ke 'muzium kapal', sorry dah lupa apa nama dia......

Ia adalah kapal perang suatu ketika dulu..KD Rahmat. Dengan bayaran RM12 seorang, kita dapat naik ke kapal tu. Dapatlah kita bayangkan keadaan kehidupan kelasi masa bertugas....bilik enjin, bilik mesyuarat, bilik tidur, bilik mandi, bilik sakit (sick bay), bilik meriam  etc....

Laluan tengah agak agak muat orang size 'medium' berselisih, kiri kanannya menempatkan berbagai bilik seperti di atas.........

Ohhh, boleh bayang, kalu belayar selama 6 bulan....bilik kecil, keluar bilik  tengok laut terbentang.....makcik rasa, mereka mereka ini dah di'saiko' kan longggg before they really go sailing...kalau tidak, mau ramai orang histeria kat atas kapal tu.



Pengalaman baru...an eye-opener....kita rasa kerja kita teruk....orang lain pun tiada bezanya....


Pelantar ke muzium 'warship'






Aye aye Sir




Makcik pasti adik adik yang 'adventurous' akan sukakan tempat ni....


Jumpa juga Teluk Senangin di dalam 'peta perjalanan kami'......satu tempat perkelahan, ramai orang memancing hari tu...ada pertandingan kot......

Kita lunch dekat salah satu gerai,  bertemankan lalat yang amatlah banyak...:(


Sambil drive kita dengar berita radio mangatakan jalan2 ke Teluk Intan, Selangor,Melaka..........mula di naiki air......

Hajat nak turun sampai Melaka tak kesampaian.........


Kita singgah Taiping.....................

 


Sempat lah berlakun satu babak filem hindustan ....







The many 'actions' of pakcik, sepanjang 3 hari tu




http://youtu.be/UCO0GKautOo







Shiling pun dah habis   :))) ....jadi kita pun menghala ke alam nyata.................

Home Sweet Home..............

Penang??? Owhhh Summer lah





Thursday, November 15, 2012

Dancing in the rain 3.....

Lepas Gunung Lang, kita ronda cari sarang pulak..............

Kita dua orang ni bukanlah sangat kaki 'jalan jalan cari makan', jadi tak adalah sangat nak travel the extra mile for a particular food....

Kita jumpa sarang sesuai kat Ipoh.........

Lepas magrib kita ke shopping mall berdekatan dengan hasrat jamu mata jamu tekak.

Cari foodcourt kat dalam tu tak jumpa lah pulak....tak sungguh sungguh cari sebenarnya, sebab makcik & pakcik ni jenis......."kita jalannnn, bila lapaq, jumpak kedai kita singgah noooo..."

Lepas menikmati piza Papa John, its time to head back to sarang......

Opppsssss, lupa musim hujan, keluar saja mall, we were greeted with heavy downfall...

Masuklah semula cari payung ....dapatlah (teerpaksa) dari wat-sen...



Tak romantik la pakcik ni.............



Ada ka beli 2 payung........
berkenankan gambar tu sebenarnya...







ZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..............



Lepas breakfast kami check out and terus tuju ke Gunung Lang semula..

Sampai sana about 8.30am. Masa kemarin tu dia orang cakap buka 8.30, bila sampai...kata 9.00 pulak..

Tak apalah..............makcik cari tempat labuh punggung, pakcik gi ronda sekeliling tempat tu.....

Kemarin tu we noticed gunung waterfall tu is a 'stand-alone' structure, meaning sekeliling gunung tu adalah air tasik......so kita fikir maybe air terjun tu adalah di-pump.....

Memang betul pun telahan kami....

Masa sampai tu, tak ada air terjun dari gunung.........

Air terjun je cuti, boat jalan...




Terjunan air hanya pada hujung minggu & public holiday
(this was on sunday)



Hari lain air terjun cuti....
(masa ni hari senin--->monday)



A 3 minute @RM3/ea boat ride took us to the other part (not accessible by foot) that houses a mini park-kampung-zoo like area.

Berdindingkan gunung, udara yang sedikit sejuk, it was nice to be there, well maintained.

Pakcik pun oooo-aaaaaa ooooo-aaaa kat situ, katanya best (ada subjek la tu...)


@ jetty




Beberapa batang pokok macam ni....



 Close-up...abt 1.5 ft long




Pakcik kata ada something exciting (utk tembak la) 
kat pokok pisang tuuuu, makcik tak nampak punnnnn




Pakcik punya shot...from clock tower




Pokok pisang 'subjek' pakcik



Kitaran hidup setandan pisang....
pls don't ask how the pokok come about..i have no ideaa











Dulu kalau orang kata pokok duit..haa ni lah dia...



Contoh rumah kampung


Beberapa ekor yang ni & 2 ekor ostrich were all i saw 
kat 'mini zoo' selain (of course la) burung2 yg berterbangan


Lama tak tengok bunga kebangsaan....




Kesiannnnnnn, 
jenuh pakcik "tonyoh" muka model ni nak kasi licin





Okaylah....shiling pun tinggai setengah tin, ada lagi satu episode ya....





Salam Maal Hijrah 1434











 

Tuesday, November 13, 2012

Dancing in the rain 2

Lepas dah bawak shiling tu kan, kami pun pergi la ke Straits Quay.....saja nak cari ilham tentang hala tuju......






Ingat nak sewa bot Mat Salleh ni (sila lihat tepi boat)...tapi depa tak terima pulak deposit guna duit shiling.....ishhhh....

jadi kami pun kata; okay lah we travel by land......


Tak sempat jalan lagi dah beli so-ber-near


Tak dapat boat, naik feri pun jadi lah no.......ada orang tak pernah tengok feri?

Feri, ikhsan google


Lepas tu bermula lah journey kami. Masa dalam feri pun masih lagi dok bincang nak pergi mana...

Perjalanan tu biasa saja, yang excitednya ialah kami tidak ada tujuan dan tidak juga book hotel.

Separuh jalan......

 Hujan!!

Dan, satu incident yang buat makcik amat amat amat tersentuh......

Kita sangkut dalam jam atas highway........there was a fatal-accident. Makcik ternampak lelaki ni terbaring atas jalan...bleeding......hujan.....motornya lebih kurang 50 meters away.........sedihnya......
Ya Allah, tempatkan lah saudara itu bersama-sama orang yang Kau ampuni......


Singgah Kuala Kangsar and pakcik tersangat lah happy sebab dia jumpa 'subjek'

ini bukan hasil bidikan pakcik, 
tapi makcik rakam saat happy dia tu



Dah petang barulah ingat tempat nak tidur...........




Tapi masih sempat melencong sekejap, ke Gunung Lang. Kami bercadang datang semula keesokannya....nak sewa boat.

Yang paling best untuk hari tu.....


Beli sebijik durian, makan kat tepi jalan...rasanya sangat lah sedap....nak letak gambar makcik.....buruk bebenor ghupernye...pakcik hensem sikit




Kita sambung esok lah ye.............selamat malam







Sunday, November 11, 2012

Dancing in the rain 1....

Kami nak pi jalan jalan......

Ala ala backpacking......

Tapi bawak bag la....

Backpack tak dak.......

Bawak shiling satu tin.......

Ok dak













McK