Sunday, August 4, 2013

Puasa still- Terujanya dia...

Makan apa hari ni ya?

Makcik?


Alhamdulillah, syukur cukup kenyang n tiada berlebih..bermakna tak ada makanan yang "di carry forward" ke hari esok..:))

Sambil2 tu makcik siap buka daun palas untuk ketupat pulut nanti...
Ada yang tak pernah tengok daun palas?


Daun palas.... (dari en google)





Daun yang dah di buka sedia utk di guna...


Harini ada beli 2 pelita... .

Son2  cuba pasang....terujanya dia.

Selama dia membesar.....rasanya macam tak ada pasang pelita bila nak raya...

Dia nampak excited bila makcik dok cerita apa dan macam mana makcik buat kecik2 dulu.....pasang pelita sepanjang jalan kiri kanan masuk ke rumah.

Pastu nanti abang2 makcik akan pacak kayu di beberapa tempat di keliling rumah,  "cucuk kan" tempurung di kayu tu. Bila dah malam di bakar tempurung tu....cerahlah kawasan sekitar.

Tu lah excitement bebudak dulu2...yelah kan masa tu mana ada henfon canggih, ipad, tablet yg boleh di layan...blog, facebook, whatsapp jauh sekali lah....jadi aktiviti macam ni lah yg merapatkan rakan taulan...
Pakat2 cari pelita...., cari n pasang sumbu.... ( tau ke sumbu tu apa?), beli/isi minyak tanah,letakkan di tempat2 tertentu......bila malam pakat pi pasang pelita pulak....lepas tu pakat2 main la pulak....tanpa rasa penat!

Adoiiiii, nostalgic nya...rasa cam nak balik kampung  n buat semula benda2 ni semua...biaq anak2 tengok betapa bestnya waktu itu....


Dua pelita ni pun buat dia cukup nampak excited...
siap main bunga api lagi tu...



McK

20 comments:

  1. Betul punya nampak happy pasang pelita raya tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul...tiba tiba mood dia muncul. Adil pun nampak very excited tau abil.
      Selamat hari raya abil

      Delete
  2. Makcik sayang, mcm mana nak dptkan ketupat palas yg sedap lemak & berkrim ya? Last yr sy try buat x cukup umph la. Ini kali ingat mau try lagi...

    Selamat hari raya makcik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tijah sayanggg, selalu makcik buat; sekilo pulut with setengah kilo santan...campur air + garam) sampai agak pulut tenggelam (satu mark kat jari..mcm masak nasi tu), kacau atas api sampai 1/2- 3/4 masak..then balut la....
      Ada juga org buat 1:1, satu kilo pulut: satu kilo santan

      Delete
  3. 1st time saya tgk rupa daun palas tu! haha

    Generasi anak anak saya nanti, maybe pasang pelita dalam tablet aja kot nanti! haha...

    Selamat Hari Raya buat makcik sekeluarga...Maaf Zahir Batin...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh? Doc pun x pernah tgk daun palas? All these pelita thing pun dah pupus...di ganti ngan lampu lip lap...lobih sonang..petik jo nyalo lah...

      Selamat Hari Raya juga buat doc n fiza sekeluarga....tak kemana la kot fiza masih pantang ye?

      Delete
  4. arwah mak saya pernah cerita pelita dolu2 guna buluh yg ditebuk beberapa lubang... bila bayangkan, rasanya mesti lawa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yes amin, macam tu lg lawa...buluh panjang depa tebuk beberapa lunang, n taruh sumbu...wah ...cantik tiga empat pelita berderet....cerah benderang..

      Selamat Hari Raya buat amin & keluarga.

      Delete
  5. Hi Makcik, yes, I hsve seen that daun palas when I was young once, at my friend's kampong bila mak dia buat tu kueh. But da lupa nama till today read in your blog.
    See! Everytime I datang sini I get enlightened, ha ha.
    Makcik mana pergi these hari raya holidays?
    Have fun, and lupa kan that word 'cholesterol' ha ha.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketupat pulut making is slowly fading n not many can balut properly. Always hear my late mother when I first learn to do...." balut betoi2, buat ketupat jantan bukan betina" haha can u imagine betina n jantan ie male/female in the ketupat?

      When the ketupat is jantan (a preffered one), water will not seep into during cooking.

      My raya is always at home and later afternoon, at place where I was born.

      Cholesterol? Eh sekarang pun sudah lupa la...all I ingat is..." hentam saja la....." :))

      Have fun days ahead n take care

      Delete
  6. Anak-anak yang duk di bandar ramai yang dah tak tengok pelita punjut lagi. Apa lagi pelita buluh. Kita beruntung, sebab zaman kanak-kanak kita di kampung, merasai nostalgia sebengitu. Best kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul azie...semuanya di bandar or kampung lebih suka lampu lip lap...lebih mudah di kendali.

      Delete
  7. Dulu2 ya pelita sepanjang jalan masuk rumah tapi sejak semua dah besar tak ada lagi yg nak layan boh pelita bagai. Adik2 lapih bawah ni pun beli lampu lip-lap lilit depan rumah mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hat lampu lip lap tu lebih ringkas n menarik.....kaler kaler lagi

      Delete
  8. Hi Makcik,
    Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan saya di Malaysia dan di mana jua anda bearada.
    Selamat sejahtera kepada anda sekeluarga.
    Semadikan satu lagu dalam hati mu dan semoga sentiasa ceria.
    Teman mu dari Canada.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Lee. Terima kasih seribu atas ingatan. I am now in kampung celebrating at my plc of birth..

      Enjoy your day. :))

      Delete
  9. Selamat hari raya makcik...;)
    Enjoy raya...

    ReplyDelete
  10. Salam Makcik. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari Along sekeluaga.

    ReplyDelete