Monday, March 31, 2014

Khop kun krappp.....


Selasa: 25 mar '14.

Bersama 2 saudara lagi, makcik & pakcik menaiki van dari Kuala Perlis menuju destinasi.

Kita di saran masuk melalui Padang Besar, alhamdulillah tidak sesak langsung.

Van sewa menghantar kita terus ke Haadyai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Lepas makan & check -in hotel baru lah pakcik perasan;

Floating market & Night market ada hanya pada Rabu hingga Ahad, hmmmm kita awai satu hari la pulak!

Change of plan, kita sewa tuk-tuk menuju Songkla.

Dalam perjalanan, kita singgah ke Elephant Sanctuary.....







Gayat weh...kita tak naik gajah....bagi makan & belai belalai saja....

Terus ke Samila Beach lepas tu.....aquarium juga sudah tutup masa kita sampai (weekdays tutup jam 5.30ptg), so kita orang jalan2 saja lah tepi beach tu....



Sempat menikmati Coconut ice-cream yang sungguh sedap....
isi kelapa, ice cream, sikit pulut & sikit buah-buahan..best



Ehhh...makcik sempat 'yeeeee-haaaaa' @150 bhat (~RM15). 
Nasib baik kuda tu bertutup mata & abang jaga kuda tu tak lepas tali.... 

Jom!


Rome lah sangat



Surfing the dryland :))


Male female reflection?



Garuda jadian


Heyy.. Ridzuan Tröy, lu bilang gunung pun lu sanggup daki; 
lautan pun lu sanggup renang.. ...
apasal parit kecil tak berani lompat! Cehh katak pun boleh
[Caption yang Mck letak kat FB :) ]



Heroin "Free Willy"


Alololo...........


Heyyyyy, bagi la bag aku balik!!!


P Ramlee kata: Aku mati dalam iman



Oooooo, hang kacau bini aku....


Tik tok tik tok...



Kita rehat dulu ya.....

Banyak lagi sebenarnya gambar2 dalam muzium tu. Baru 3 bulan dibuka.  Tak rugi bayar  THB300 untuk masuk.
Balik hotel, kita ronda2 sekitar...nak naik bilik haruslah tak keluar lagi.


Semua orang tau la kan, city lights up when the sun goes down. Tepi2 jalan mula penuh dengan gerai yang menjual bermacam2 dari cenderahati ke makanan......kami makan mango pulut for the second time within 2 hours :)....


@gerai tepi jalan
Harga antara THB200 satu bekas ke THB500 se-ekor
surprisingly, ramai pelanggan tau..
Dah di goreng separuh, bila order digaringkan lagi 
& di makan dengan sos. 
Dah kenyang, kami tak makan yang ni



 psssttt...sebenarnya pakcik adalah takut dengan mr elephant ni...
ada ka dia 'baling' je pisang...manalah dia boleh 'sambut' dgn belalai...
hahaha...makcik bagitau ni dengan izin pakcik tau...
ai nak gelak lebih sikit boleh ke darling? HAHAHA..


Satu hari kat Haadyai, kita balik entertain sedara dari S'pore ni kat Penang pulak. Pusing satu pulau cari durian......satu tempat ni je yang ada.....

Tidoq lena abang lan dapat musang king


McK





Friday, March 28, 2014

Jumaat: kalau handphone hilang dalam rumah....

Bulam March ni adalah bulan sedih buat Malaysia .......

MH370.....

PM pun dah announced yang ianya berakhir di Lautan Hindi.

Salam takziah buat semua keluarga yang terlibat......

Tahniah pada semua yang terlibat secara langsung dalam misi mengesan/mencari/menyampai maklumat.

Sedih dengan ketidak-prihatinan sesetengah orang....orang malaysia juga......

Yang memperkecilkan usaha kita sendiri menyelesaikan kemelut ini....

Memperlekeh  menteri/yang terbabit buat PC.

Kadang rasa macam nak jawab saja bila tengok/baca status memperlekeh macam tu.

Tapi teringat; kalau kita dok emo masa jawab tu...kita pun macam kurang cerdik...serupa depa juga....walau kena terima hakikat kita memang tak berapa cerdik pon....

Talking/discuss among ourselves tu okay lah, tapi bila letak status kat social medium...sesetengah tu hanyalah menyerlahkan kebodohan/keangkuhan sendiri.

Pastinya kerajaan kita ada information yang mungkin tidak boleh di kongsi secara detail...considering ini membabitkan banyak negara. Pastinya investigation tidak berhenti di sini....silalah paham.

Kita hilang henphone dalam rumah pon dah kelam kabut....., kadang kena mintak orang lain tolong 'call'.....akan dapatlah if it's within the 'radar' or if the battery masih ada...

This is my public 'diary', boleh rujuk di kemudian hari insyallah. Dan mungkin juga akan dibaca oleh orang lain juga.....

But here i would like to say;

- If you feel you know so many things, go volunteer to help the rescue team.

- If you feel our top guns not doing a good job, get out of Malaysia....go to where you feel you belong.

Sudah sudah lah emo hari jumaat ni..sekurang2 dah keluar sikit berat dalam dada nih...


Happy weekend all...next week I share my across-the-border pics

Cerek teh made-in-India yang cantik



McK



Tuesday, March 25, 2014

MH370.....

Salam takziah.

Tiada kata yang dapat di ungkap bagi menggambarkan kesedihan.
Berat kita, berat lagi kesedihan yang di tanggung keluarga terdekat.

Hanya Allah yang tahu.....





Al fatihah

Monday, March 17, 2014

Alhamdulillah.................



Salam Isnin.

Harap tiada monday blues :)



Gambar sekadar hiasan...

it adds colours to life!





Berita yang di sampaikan oleh PM pada petang sabtu 15/3 memberi sedikit 'cahaya' tentang MH370.

Moga2 ada lagi berita gembira lepas ni.

Apa yang mck (pasti org lain pun) nampak kat media social/internet: 
Walau apa yang di buat oleh pihak berwajib dalam menangani hal ini....ada saja yang tidak kena di mata 'mereka2'....

Ingat kena bagi taklimat khusus pada mereka2 ni....then put them in the SAR team....send them off...to work and not to observe.
It's easier said than done folks...setengah benda boleh lah kita nak main2

Keep Praying for MH370




Image fr google




+++++++++++++++++++




Petang Sabtu jugak, area rumah makcik mula mendapat hujan buat kali pertama selepas beberapa bulan. 

Tidak lebat tapi cukup untuk sejukkan keadaan, alhamdulillah.

Redha dugaan dan bersyukur atas rahmatMu



Maka pokok pun tersenyum......
Google search


++++++++++++++++++++++++++++++++++




Activity pagi ahad.....see the beautiful sky? :)






 Ongoing project....as usual






McK

Thursday, March 13, 2014

Pray for MH370......


8 March 2014 - 13 March 2014.....

Sudah 6 hari berlalu...............


Sedih dan sebak walau tiada siapa yang  di kenali dalam penerbangan tu...........

Sejak awal pagi 8hb March, tiada berita positif yang di dapati.....

Moga pihak yang menjalankan tugas akan mendapat pertunjukNya dalam waktu terdekat.

Janganlah kita membuat andaian sendiri.

Hormati dan simpatilah pada ahli keluarga mangsa.

Mereka perlukan sokongan dan doa kita pada waktu ni...










Marilah kita terus berdoa.

Usah perkecilkan usaha para petugas.....






McK



Thursday, March 6, 2014

Potato Salad & Bags.....



Potato Salad PakSu.
(sumber: my paksu)

Nak share a simple potato salad.....


Bahan2:

Potato (Mck guna washed potato)

Mayonaise
Mustard
Cherry tomatoes
Feta Cheese - chopped into small bits
Chinese parsley- chopped
Spring onion - chopped
Kaffir lime leaves - slice/chopped

Boil potato & drain. Remove skin if you don't like skin.
Mixed All the rest in a bowl. Use a little bit of oil/herbs in that feta cheese
My paksu added sedikit Tumix juga...your choice
put in potatoes and mix till well coated.
Serve



Ilham asal Paksu..potato sebiji2




Olahan Mck...potato potong 4, 
addition; Japanese cucumber, roasted capcicum


Kaffir lime leaves (daun limau purut) beri sikit kelainan 



Nama pun salad kan, jadi boleh lah letak apa2 ja yang difikirkan sesuai...

Selain dari jalan2, rayau2...makcik tengah gelut (bergelut?? hamboihh, guna perkataan....)
 nak siapkan tempahan bag..........





yang dah 95% siap.....


 Yang dok menunggu giliran............




Work harder Che Jah!




Khas buat tatapan che singa




McK





Wednesday, March 5, 2014