Monday, April 11, 2016

PM Please......



Ramai orang yang berniaga online sekarang, boleh look&shop melalui facebook and instagram.

Selalu bila "tauke kedai" tu letak iklan di FB/IG, akan disertailah dengan link untuk lihat product dengan lebih detail kan?

Atau pun akan di beritahu .."Pls WA 01xxxxxxx...for details/enquiry..."


Dah jelas, tapi perasan dak, ramai yang akan terus komen kat situ....

PM please...

Berapa harga ni?

Ada kaler biru??

Perasan tak???

Sikit annoying bila tengok macam ni.

Makcik pun bukan pakar  bab online ni, tapi kadang tu memang dah jelas di sebut;

Pls go to link (diberi) for details......masih lah tak berapa nak faham depa ni.

Makcik tak berjual online tapi pernah membeli...

Bila tengok komen2 macam ni......alaaaahai geram pun ada.

Hmmmm setakat geram saja la.........mungkin setengah link/explanation tu tak jelas gamaknya

Macam macam oiiii depa jual online.....kain, baju, tudung, kuih, jeruk, sambal, murtabak......sungguh enterprising depa ni semua......

Makcik: tengah fikir nak jual apa ya online?? any suggestion? Selain dari bag lah :)

             PM me please.....for suggestion :=D




Cuma hiasan...hasil carian maya...






McK




Thursday, April 7, 2016

All about Condensed Milk.....









Masih cerita masa "berada di luar Penang"...

Tengok dalam fridge depa ada 2 tin susu pekat dah dibuka ......

Dari biarkan rosak, makcik guna khidmat cik google......
Dapat la resepi ni, alhamdulillah jadi dengan jaya, so makcik dengan happy nak share resepi ni dengan sapa2 yang minat nak buat, senang sangat.







Condensed Milk Cake

A
1 can (405gram) condensed milk
100 gram melted butter
150ml water
Vanila essence

B
200 gram flour
2 teasp baking powder
1 teasp soda bicarbonate
1/2 cup(50gram) cocoa powder

Method

Combine A in a bowl, put aside
Sift B
Pour A into B slowly, stirring to mix evenly
Pour in baking tin and bake @150*C for 45 mins

You have a choice whether to put topping or not.
My topping version:

Cocoa powder and condensed milk with little bit of hot water over a bowl of hot water (like double boil).
Done.



Letak ice cream pun sedap...






McK







Wednesday, April 6, 2016

As heard on Radio.....



Gambar tiada kaitan dgn cerita...
Ni dessert makcik buat untuk meja pengantin 
di suatu majlis perkahwinan anak sedara


Sambil memandu suatu hari makcik dengar satu stesen radio ni...

PHD- Pagi Hari Di cool fm; fafau & Ag tengah bersiaran
(  Bkn fafau makcik, tu haiza dag dig dug------> as told by June yg komen dlm box makcik) 

Terima kasih June, dengar suara cam fafau, first time dengar PHD, main belasaaahhh je makcik ni kann


Katanya kalau nak cabar diri lakukan apa pun......lakukannya secara berterusan; walau terpaksa, selama 30 puluh hari.

Memang payah kita nak buat sesuatu yg kita tak pernah/jarang buat secara berterusan untuk satu tempuh yang agak lama.....

Tapi, insyallah sedikit kesabaran diserta semangat yang banyak, sesuatu perkara itu dapat kiat buat akhirnya.....

Contoh;

Nak diet ; asyik "pantang tengok" jer, bila nak pantang makan?
Nak exercise; tangguhhhh jer
Nak menabung; asyik bocorrrr je
Nak solat (jangannakhentaminirealiti); asyik tergelincirrr je

Jadi .....jom pakat2 buat apa yang kita nak buat tapi belum terbuat tu....

Let's jommmm
       

Monday, April 4, 2016

Bilis oh bilis


Suatu hari di rumah depa (anak la), nampak ikan bilis ni complete berkepala berperut semua dok diam dalam plastik tu.......dah lamaaaaa sangat makcik tengok ada situ tidak bersentuh.

Dengan kerajinan yang terhad walau masa yang ada amat panjang, makcik pun mulakan proses pengasingan badan dari kepala.

Satu kg bilis, kepala intact


Process pengasingan...





Satu kilo......3 jam you!!!!
3 jam yg pada makcik sangat tidak productive.....something i hate doing.



Lepas 3 jam.....
700gms of clean bilis..



Begitu jugak nak siang taugeh, maaf lah sangat tidak suka, sanggup tak makan taugeh.
Biaq la org kata makcik malas, kalau nak jugak makan taugeh, makcik hanya sanggup rendam dalam air and make sure "topi keledar" dia tanggal jer,




Ya ampunnn, lain kali jangan lah beli ikan bilis macam ni lagi.

Bukan nak meniaga so tak perlu banyak

Beli 200 gram pun jenuh nak habiskan




McK