Wednesday, April 15, 2015

Monday, April 13, 2015

Clamped!......


One sabtuday i attended a wedding solemnization of a friend's son.

Actually both the parents of bride and groom  are my friends...

One a secondary school friend and another, a taman friend :)

It was held at the masjid in a campus ground.

Upon exiting after the event, i noticed my car and few others were clamped!

(ceh ceh ceh, minggu cakap omputih ke nih??? )....

tak ada laaaa.....saja ja nak speaking campur campur....

Maaf lah kalau ada pencinta bahasa yang kata makcik spoil-the-language..... :)

Kalut la makcik pakcik yang kereta mereka kena clamp....apa pasal? kita park kat petak parking...dan semestinya tak ganggu traffic...

Gelak ja abang2 'trafik' tu....tak pa kita unlock tanpa denda, kata mereka.....

Sebabnya:

1. Tak ada sticker. Pelajar & staf unversity yang guna kereta semua kena ada sticker.

2. Ada orang luar yang park kereta satu hari...(then pi kerja tempat lain dgn kereta lain kot @car-pool )





Opocot! Panik sekejap........




 "Kak nak selfie ka?" tanya abg trafik...
"Issshhhh, dak aihhhh, kak nak abadikan kenangan..." 
abang trafik 'unlock' clamp dengan senyuman...
siap boleh melawak lagi.....
kalau memang kena denda...kau mampu nak senyum?? 
"Kak tak mau ambik dari depan kaa???, saya tengah hensem ni :)" tanya abg trafik
"....kak nak bagi nampak cap kat t-shirt tuuuu..."

Sajala nak bagi tau: 
Ada 4 abg trafik sebenarnya kat situ...pakat2 clamp kereta, lepaih tu pakat2 pi unlock pulak....
HAHAHA....pengalaman makcik yang pertama ni.

Dan juga nak bagitau..:
Makcik pergi jemputan tu bersama 2 lagi kawan makcik...see?? kita pun carpool juga





Don't be Blue on a Monday, cheers





McK




Thursday, April 9, 2015

RM102 cookies......



Suatu hari sewaktu jalan jalan kat mall dekat rumah

Makcik lintas depan kiosk yang menjual biskut yang maha fames tu.......

Belek2 .....rata2 semua jenis biskut...harganya adalah lebih RM6 bagi 100 gram........

Maknanya???

Ya...maknanya, sekilo harganya sekurang2 mau RM60 kan?

Terkejut sebab ada satu tu harganya RM 10.20......102 hengget sekilo???

Mak aihh, kalu beli mau serdak(bits & pieces) dia pun makan kasi habis...

Bahan bahan yang digunakan tu haruslah mahal.............kannn.

"Brand name" dia pun sudah sedia femes......jadi double mahal la kan

Mahai ooooo, tak mampu nak makan

Jadinya, kita pun buatlah sendiri.....sila lah godek2 tanya kakak gugel untuk resepi...

Macam macam resepi ada, pilih mana mau....





Choc Chips.........
 versi tak letak serbuk koko (kiri)......
dan yang letak serbuk koko (kanan)


 Brookies

Yang makcik buat ni guna resepi dari mamafami

Mamafami pula dapat dari sifu hanieliza.......

Makcik pula olah sikit.....ganti gula dengan brown sugar, tukar cocoa powder dengan tepung gandum, kurangkan tepung......jadilah campuran macam kat dalam gambar tu....

Innovative lagi???? Apa2 lah janji bahagia :))

Salam Thursday



McK




Monday, April 6, 2015

Not lazy but innovative..............


Tajuk gempaq pagi isnin......


Pastinya setiap dari kita pernah goreng ikan....betul tak??? sila angkat tangan sapa tak pernah goreng ikan....

Sebelum goreng, kebanyakan kita akan letak garam kunyit...kan??

Dan, bekas yang kita guna untuk gaul garam kunyit tu selalunya akan kuning, bekas kunyit tu...

Begitulah jugak tangan kita.....

Meh kita elak tangan mulus kita dari menjadi kuning.....







Letak ikan dalam beg plastik, 
letak garam/kunyit secukupnya......
Ikat bahagian atas, 'goncang2' beg plastik 
...ikan garam & kunyit akan bercampur sekata...




 Ambil je ikan dari plastik ni dan terus goreng....
buang saja beg plastik lepas selesai...




Sekian petua hari ini :))


McK


Thursday, April 2, 2015

Frozen...............




Bukan......

Bukan cerita yang jadi viral seantero tu......

Yang baju, bag, pencil box & lunchbox semua di'beku'kan tu......


Ni pasal barang2 memasak....

Bagi yang bekerja, kalau pergi pasar seminggu sekali, mesti beli stok seminggu, dan mestilah simpan supaya senang masa nak masak.....

Makcik yang tak kerja, #takkerjaofficelaaadirumahtetapadakerja ni pun selalu portionkan bahan2 memasak....


Lagi pun kat rumah tak ramai orang, bila beli petai, sekali makan tak akan habis, nak buang sayang pulak.......lagipun petai la ni mahai mak oiii.

Bila orang bandar sudah suka makan makanan orang kampung, contohnya petai ,makanya harganya pun mula lah melambung......

Yang jual petai pun tersenyummmm ja, tak minat dah nak jual kat kawan2 di kampung.

Yang dok tengah2 ni, kenalah beli petai paket....yang di import.....dah import mestilah mahai kan

Sekali makan tak habis, jadi simpan lah..........

Makcik pernah buat entry macam ni sebelum ni...tapi...tak apa lah kan...


Petai: letak dengan air dalam bekas




Lemon zest


Cili kisar: 
lama sangat kat petiais (bukan freezer) akan berkulat, 
walau pun dah dimasak

Santan;600gm santan mck dapat 8 bekas 

Bunga kantan/daun cenehom (daun laksa)


Makcik juga sejuk bekukan biskut (left overs/lama tak makan tp belum expire),  yang dah siap di kisar, senang bila nak buat cheesecake

banyak benda juga makcik freeze-kan, kebanyakan letak dalam bekas cukup untuk sekali makan.





McK





Wednesday, April 1, 2015

Kata Pepatah..............



Air tenang jangan sangka tak ada buaya...............

Clear water don't sangka no boya...............


Mungkin ada yang dah tengok ni kat maya,

Tapi tak apa lah................for my keepsake.........













McK

Monday, March 30, 2015

Begitulah ada nya.............



Makcik ada beberapa "Telegram" group, salah satu darinya....kami 3 orang.

Asalnya sembang pasal handicraft, lama lama tu apa saja yang terlintas dek che kiah akan jadi topik perbualan....serba tok nenek kami sembang situ....

Ni salah satu darinya....Product Trending....cehhhh macam bincang kat kabinet..:)

Zaman dulu2 product bukan lah banyak macam sekarang kan........

Sepanjang makcik ingat, satu company saja yang mempelopori barang2 jenama dulu (betul kan?)



ihsan : Google




Perasan tak bila satu hari mak pesan kat ayah.....

"Ayah hang...tolong beli colgate...." (*)

.....dan ayah pun pulang dengan ubat gigi jenama Dar-lie kat tangan & mak tak marah pun......

sebab mak pesan beli ubat gigi..., brand apa ayah bawak balik tidak jadi hal pada mak

(*) : ayah hang, mak hang adalah panggilan biasa antara suami isteri dulu (walau bukan semua)


Perasan tak???

Kalau tak perasan...mungkin;

1. Anda tak pernah dengar makbapak anda berkomunikasi (macam ni)
2. Keluarga anda berada dan educated jadi memang tak akan dengar lah #pesanlainbelilain ni
3. Anda bukan orang kampung
4. Anda kecikkkk sangat lagi masa tu, atau mungkin belum dalam 'pembikinan'
5. Anda adalah gen Y (apa kah sebenarnya genY ni tidak lah pasti)

TQ Google

Yang makcik nak cerita sini adalah satu2 jenama yang sinonim dengan satu2 barang....
Bila sebut jenama ni, mesti tau barang apa yang kita mau, walau nanti yang dibeli adalah jenama lain...

Susu Cap Junjung -(maknanya)  susu pekat

Dumex - Susu Tepung

Colgate - Ubat Gigi

Lux - Sabun Mandi

Fab - Sabun Pencuci serbuk

Sabun Cap Kapak - Sabun basuh berbuku

Cap Gajah - Ubat nyamuk (cap) Fumakilla

Shell - Minyak kereta

Milo - Apa2 powdered malted drinks

Tippex - apa2 jenis blanco

Modess - Tuala wanita

Planta - Yang boleh buat kek/biskut/sapu roti

Odorono - Deodorant/anti perspirant

Sardin - Segala ikan dalam tin, walau bwk balik mackerel

Kodak - Camera Film

Honda - motorsikal

Pisau blade - pisau cukur misai, gillette ( :=D )

Mesti ada banyak lagi yang macam ni....sesuatu jenama yang menjadi trending melambangkan sesuatu barang.....kat atas tu yang makcik ingat saja...............

Sekarang ni....hmmmm, satu barang berpuluh jenama....you are spoilt for choice, kata mat saleh.

Kalau nak tolong belikan barang untuk sapa2 (sekarang ni), silalah tanya dengan detail, brand apa, warna apa, berapa gram....silap nanti, ada orang yang taksayangmulut, tau nak marah saja, kalau tersilap beli....

Begitulah dunia...semakin maju, semakin ramai bijak pandai.......harini keluaq barang jenama A, esok tengok ada benda yang sama jenama B kat sebelah.....eh??? bila depa copycat?

Jawapannya bila ada orang yang nak untung/buat duit cepat, tak payah pikir produk....copy ja...
Tak kurang juga yang tikam belakang ......kerja company A......resign, dia buka company B yang bagi servis yang sama dengan tempat dia kerja dulu....tak ke ...........*(&^%$# (put whatever you want)





Chez & Niza..............hehe.....semuanya bermula dengan Sardin

Nak cerita pasal benang bulu kambing pulak??? lain kali lah...kesiannnn kat kambing


........yang pernah ku buat untuk suatu majlis kawin....
(Credit gambar: Alif Ridzuan)





McK