Saturday, February 3, 2018

Teluk Senangin-Bila makcik berkumpul

Biar nampak cantik, jangan nampak Katek


13 Jan - 14 Jan 2018

Tarikh dah dipilih lama dulu.....pun masih ada yang tak dapat hadir.
Biasa lah, bukan semua tarikh dapat disesuaikan dengan semua orang kan.

Ladies 2-Day Getaway.

Tempat di pilih sebab kebetulan ia kepunyaan salah seorang sahabat kami;

- Sahabat ini baru "dikesan"

- Dia tidak dapat join kalau buat di tempat lain.

Jadi, kami yang lain pun ON saja lokasi pilihan kali ni, kita biar sahabat berdekatan uruskan semua yang berkenaan.

Tiba hari yang di tunggu, maka para makcikTanpaPakcik pun memulakan perjalanan....ada juga yang bawak family.

Lokasi:






Sahabat dari Perak, Sal, yang merupakan tunjang untuk event ni dah sedia menanti kami......dia bersama suami bertungkus lumus memastikan semua berjalan lancar.

Sebelum tu, kami memang dok communicate; yang bawak nasi, lauk, gifts.....kira semuanya dah kami atur.....

Agenda pertama masa sampai, selain penentuan bilik..... haruslah makan tengahari.....

Lapar sangat kot, tak ada pulak gambar makan tengahari....tapi lauknya..mak oih, meriah...

Kari ikan, sayoq keladi, masak lemak cili api ikan kering, sambal, ulam, daging mamak, ketupat, rendang, buah, kek, sambal sotong, sambal daging......

Bila dah kenyang, barulah start.......gebang lah apa lagi...sana sekelompok, sini sekelompok.

Ada  kelompok yang sembang sambil tangan buat kerja......isi telur dalam sarung untuk majlis khatam Quran esoknya.






Nyaman sungguh...

Pakat gebang di serata pelosok; okay sikit pasal chalet ni....

Ada satu banglo kayu yang boleh muat 14 orang....satu bilik bawah dgn 2 katil queen, 3 bilik ditingkat atas, 2 bilik air kat bawah, ada kitchen, depan mengadap laut ada BBQ pit.

Beberapa chalet mengadap laut dan beberapa buah lagi di bahagian takngadap laut. Well kept, bersih dan dihias dengan pokok2 hijau. kesemua bilik2 boleh accomodate 4 orang; 2 queensize beds.

Nak tau lebih, sila google casa impiana atau call saja no yang tertera kat gambar atas tu.



Konon meeting dalam ayaq la


Malam

BBQ time...memandangkan para suami yg turut serta rajin dok set-up untuk BBQ, maka kami pun buat lah(bring forward) acara gift-exchange/ cabutan bertuah. Happy semua sebab masing2 dapat lebih dari satu hadiah




Jan... Kepala geng cenderahati



Sal, tulang belakang event ni menerima cenderahati..
TQ Sal & suami for their hard work, they worked real hard

Lat(Pah, Latip..antara panggilan manja zaman skolah)
Tuan punya Chalet Casa Impiana, menerima cenderahati


Tema BBQ night: Kain Batik Baju Kedah

Ikan, udang, sotong....cicah ayaq asam...terbaik!



Manja aih :)


Esok pagi (Ahad) jam 7, kita dah mula acara khatam quran. Acara ni pun bawak kedepan(asal 10am), sebab mesyuarat-dalam-ayaq tak habih lagi.....kena sambung :-D



Breakfast pulut kuning, nasi lemak n kuih kuih, jenuh makan. 
Ada nelayan yg bawak naik ikan dan ketam....sapa cepat dia dapat lah. 
Bercanda di tepian pantai.....

Biar nampak cantik, jangan nampak katek! 
Abang-Kumira nak ambik gambar dari atas...
konon nak bagi nampak semua.....tapi....
kalau dari atas...kan nampak kami semua katek? :))






4makcik 2anak cuba banana boat






makan...sembang...


makan....gebang...


Tak habis!!!

Banyak lagi gambar.....banyak kenangan.....pakat dok plan untuk next year dah....

Hebat!

Moga ukhwah berkekalan...aamiin.

Jumpa lagi


Love


McK






9 comments:

  1. Replies
    1. hai kakcik, macih laaaa rajin melawat pondok makcik.
      yes, betoi seronok masa tu...lupa sat yang masing2 dah maktok :))

      Delete
  2. mesti meriah dan kecoh nih bila semua berkumpul
    hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lah meriah Hans.... Dok rasa mcm umoq masa skolah :))

      Delete
  3. Replies
    1. yes! best! pakat plan utk next year dah

      Delete



  4. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete